MEXICO CITY
"A 28-year-old man has been released today after 5 years Involved in murder of a young teenager in Florida.
Mr Aurelio was arrested after DNA was found on a cigarette that matched DNA a sample obtained from the crime scene, according to an arrest warrant seen by The Pensacola News Journal.
However, he is involved in various types of illegal activities such as drug trafficking, Sell internal organs, and has a housebreaking filled with selsmuggling weapons.
They found him killed 1982 of people including women and children. To this day, they do not know why The court released him even though his criminal case is still pending.
The police remind you to beware of this dangerous criminal".
Berita yang baru sahaja disiarkan di kaca tv telah menggemparkan seluruh penduduk ACAPULCO dengan kehadiran penjenayah yang sudah lama berdiam diri yang kini sudah dibebaskan.
Malam yang indah kini sudah bertukar menjadi mimpi ngeri buat penduduk di situ.
Mereka tidak mahu menjadi mangsa penjenayah yang kejam dan tiada belas kasihan itu.
Mendengar amaran dari polis cukup membuatkan mereka semua kembali diselebungi dengan perasaan ketakutan dan kegelisahan.
Tidur yang sentiasa lena tidak lagi seperti dahulu jika lelaki yang bergelar The maskman itu masih hidup.
Mereka tidak menyangka lelaki yang bersembunyi di sebalik bayang-bayang kini sudah mula menunjukkan taringnya semula.
Mereka hanya mampu berdoa agar tidak termasuk dalam salah satu senarai mangsa pembunuhannya.
Kenapa lelaki itu perlu dibebaskan sedangkan dia seorang penjenayah yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan undang-undang?
🚬🚬🚬
Semua polis dan askar berbaris di kiri dan kanan untuk mengiringi penjenayah paling merbahaya ini.
Setelah dia tiba di Acapulco dengan menaiki helikopter, dia dibawa menghadap mahkamah untuk dibebaskan.
Mereka tidak boleh terlepas pandang dengan penjenayah yang licik ini.
Lelaki ini bukan lelaki sembarangan walaupun di luar kelihatan biasa, namun di dalam fikirannya, tiada manusia yang dapat meneka apa yang dia sedang fikirkan.
Tubuh yang tegap dan tinggi lampai yang sentiasa beriak tanpa sebarang reaksi itu, hanya memandang mereka dengan pandangan sinis.
Wajahnya tidak langsung menunjukkan riak gembira atau sedih. Tiada siapa yang mampu meneka.
Lelaki ini seperti puzzle yang tiada siapa mampu menyelesaikan teka-tekinya.
Jelas kelihatan wajah polis wanita ketakutan apabila bersua muka dengannya. Siapa sahaja yang tidak takut padanya?
Sudah berapa banyak stesen polis dan penjara dia letupkan untuk membebaskan rakan-rakan yang berada di dalam sana.
Sehinggalah dia ditangkap dan dihantar ke ADX FLORENCE setelah lima tahun terkurung dalam penjara. Dipandang satu per satu wajah polis yang berada di kira dan kanannya.
Walaupun wajah mereka tegas, mereka tidak mampu menyembunyikan riak ketakutan. Dia dapat lihat ke dalam mata mereka.
Kebanyakkan daripada mereka pernah menyakitinya dan apabila dia keluar hari ini, pasti mereka akan terima hukumannya.
YOU ARE READING
THE MASKMAN SEDUCTOR
Mystery / Thriller#3rd series of His Violence "Hero would save you for the world but villain would destroy the world to save you" >°>°>°>°>°>°> Dia Seorang puteri yang tinggal di istana yang berada di Macedonia. Dia hidup tanpa kasih sayang seorang...