CHAP 1 ¦ KINGDOM

987 79 17
                                    

MACEDONIA KINGDOM


Gaun berwarna pastel yang diperbuat daripada kain sutera dan dihiasi dengan corak bunga itu dipandang sekali lagi di hadapan cermin setinggi dinding biliknya.

Memang dia mahukan cermin yang besar agar mudah untuk dia berlatih Ballet di hadapan cermin. Dia memusing badannya untuk melihat gaun itu mengembang sambil ketawa.

"Puteri nampak begitu anggun sekali. Patik yang melihat juga terpegun dengan kecantikan Puteri", kata seorang wanita yang dari tadi hanya memerhati gelagat puteri yang mencuit hatinya.

"Oh kamu dayang Rania! Terperanjat beta. Menjunjung kasih Dayang", kata Valeria sambil tersenyum.

Dia memandang cermin untuk kesekian kalinya. Dayang hanya memerhati Puteri Valeria yang masih sibuk menyiapkan dirinya.

Puteri Valeria seorang yang periang dan ceria kerana itulah bibirnya tidak loket dengan ketawa dan senyuman. Wajahnya saling tidak tumpah seperti almarhum Bondanya.

Rambut Valeria diikat menjadi bun serta rambut yang sengaja dibiarkan terjuntai itu menampakkan lagi keanggunannya.

Ditambah pula dengan bunga-bungaan yang dibentuk menjadi bulat dan diletakkan di atas rambutnya.

"Beta sudah siap Dayang. Bawakan beta menghadap Tuanku", kata Puteri Valeria dengan suara yang sengaja diubah menjadi garau.

"Patik menjunjung titah Tuan Puteri", kata Dayang pula.

Mereka sama-sama ketawa dan berjalan beriringan. Valeria memaut lengan dayang seperti memaut lengan bondanya.

Dayang-dayang di situ semuanya dianggap seperti bondanya yang sudah lama tiada sejak dia masih kecil lagi.

Mereka semualah yang menjaga penampilan dan kesihatannya sebab itulah dia terlalu mesra dengan mereka.

Mereka juga berbual ketika berjalan sehingga sampai ke pintu yang memisahkan mereka ruang meja makan.

Seorang lagi Dayang sedang berdiri sambil menunduk ke bawah. Valeria yang perasan akan riak wajah dayang itu terus bertanya.

"Mengapa Dayang Diana kelihatan muram?".

"Ya. Mengapa muka hamba tampak begitu takut? Ada apa yang berlaku?".

Terus wajahnya diangkat memandang Valeria dan Dayang Rania. Selalunya dia akan menyambut dengan wajah yang ceria tetapi hari ini dia kelihatan muram sekali.

"Patik rasa baik Tuan Puteri lihat sendiri di dalam. Tuanku kelihatan sungguh murka", kata Dayang Diana yang membuka pintu untuknya.

Valeria memandang wajah Dayang Rania sebelum berlalu masuk dengan hati yang berdebar-debar.

Selalunya ruang makan inilah dia selalu bergelak ketawa dengan Dayang-Dayang di sini tetapi hari ni mereka semua hanya diam sambil menunduk ke bawah.

Tidak berani menentang wajah Raja Evandry yang sedang marah. Valeria mencari ayahandanya yang tiada di meja makan.

Rupanya Raja Evandry sedang berdiri sambil memandang ke luar tingkap yang besar itu. Valeria telan liur sebelum perlahan-lahan melangkah ke arah ayandanya.

"Ayahanda. Mengapa ayahanda tidak duduk di kerusi? Ayahanda tidak mahu santap bersama anakanda?", tanya puteri Valeria lemah-lembut.

Memang itu caranya dia bercakap dengan semua rakyatnya. Sopan santun. Bila api sedang marak, kita haruslah bersikap seperti air yang memadamkan api.

THE MASKMAN SEDUCTOR Where stories live. Discover now