CHAP 2 ¦ SCARED

1K 74 30
                                    

Raja Evandry yang sedang sibuk di dalam bilik kerjanya sebentar tadi, digemparkan dengan khabar penampakan seorang lelaki yang menyelinap masuk tanpa diketahui oleh sesiapa. Raja Evandry memegang kepalanya yang terasa pening.

"Bagaiman perkara ini boleh berlaku? Sedangkan istana ini dikawal dengan begitu ketat sekali", kata Raja Evandry dengan tangan menggosok kepalanya perlahan-lahan.

Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah Bendahara yang sedang menunduk ke bawah. Hatinya begitu panas apabila mereka bersikap acuh tidak acuh.

"Patik tidak tahu tuanku. Lelaki itu sungguh licik sekali", kata bendahara sambil menunduk hormat.

Tidak semena-mena Raja Evandry menghentak meja. Terangkat bahu bendahara dek terkejut dengan tindakan Raja Evandry. Dia kelihatan sungguh marah.

"Itu bukan jawapan yang beta mahukan!! Sudah berapa kali beta bilang, perkara begini jangan diperlekehkan!!", jerit Raja Evandry dengan begitu lantang sekali.

Mereka hanys mampu menadah telinga dengan wajah yang menunduk. Sudah lama mereka tidak nampak Raja Evandry marah begitu teruk sekali.

"Bagaimana jika lelaki itu menculik anak beta tanpa kalian sedar?! Jika apa-apa terjadi pada Puteri beta, beta tidak dapat mengampunkan kesalahan beta!!". Dia duduk semula di kerusi dengan wajah yang bertukar sedih.

"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun! Ampunkan patik yang begitu alpa Tuanku! Patik berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi! Jangan murka pada Patik Tuanku!", kata bendahara yang sudah melutut di hadapa Raja Evandry.

"Mulai hari ini, beta mengarahkan semua pengawal-pengawal menjaga setiap sudut istana terutama sekali di bahagian bilik Puteri Valeria! Semuanya harus dijaga sehingga beta menganjurkan Jamuan Diraja untuk menyambut Putera Rupert sebagai menantu beta! ", titah Raja Evandry kepada Bendahara.

"Patik dengan berbesar hati akan memaklumkan kepada pengawal-pengawal diraja secepat yang mungkin", kata Bendahara dengan wajah menunduk. Tidak berani menentang pandangan Raja Evandry.

"Pada hari Jamuan Diraja, beta mahu semuanya berjalan dengan lancar. Beta mahu semua orang berada dalam keadaan selamat". Bendahara yang mahu beredar dipamit oleh Raja Evandry semula.

"Carikan siapa gerangan manusia yang berani menceroboh kawasan istana ini. Beta mahu menghukum dia kerana berani melanggar undang-undang yang tiada rasa hormat pada Kerabat Diraja".

"Patik menjunjung titah Tuanku", kata bendahara sambil menunduk hormat.

Setelah Bendahara beredar, Raja Evandry kembali berfikir siapakah lelaki yang begitu licik menceroboh kawasan istananya tanpa pengetahuan sesiapa.

Dia begitu takut sekali jika lelaki ini ada niat jahat pada Puterinya. Dia tidak sanggup kehilangan Puteri tunggalnya Valeria. Dia sanggup menukar nyawa dengan Valeria.

'Oh Tuhan, jagalah puteriku dengan sebaiknya'


👑👑👑

2 minggu kemudian


Valeria dikejutkan dengan berita oleh Ayahandanya tentang Jamuan Diraja yang akan dianjurkan oleh Raja Evandry pada malam ini.

Makin dia keliru apabila tujuan ayahanda adakan Jamuan ini adalah untuk menyambut putera Rupert.

Aku yang masih merenung ke luar jendela yang menjadi tempat aku meluahkan segalanya.

Di situlah aku selalu meluangkan masa melihat bulan dan bintang. Apabila dia melihat bintang pasti dia akan tidur dengan lena.

Valeria mengeluh apabila ayahanda langsung tidak bertanya pendapatnya. Dia perasan yang ayahanda nampak begitu tergesa-gesa mahu satukan dia dengan Putera Rupert.

THE MASKMAN SEDUCTOR Where stories live. Discover now