CHAP 3 ¦ HIM

428 42 4
                                    


Dari tingkap kaca biliknya yang besar itu, kelihatan ramai kenalan undangan ayahnya yang datang dari setiap pelusuk dunia bagi memeriahkan lagi majlis untuk menyambut menantu ayahnya.

Valeria hanya mengeluh perlahan apabila mengenangkan yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang hanya beberapa kali sahaja bertemu. Valeria sudah siap mengenakan gaun berwarna peach yang simple, bercorak bunga seperti feminim.

Rambutnya pula diikat menjadi bun dan sedikit rambut dibiarkan terjuntai di bahagian tepi pipinya. Elegan sekali! Wajahnya pula dikenakan solekan yang nipis agar kelihatan neutral.

Dia menuju ke arah cermin yang besar di dalam biliknya untuk menilik wajahnya yang sudah siap disolek oleh dayang Rania. Wajahnya sebiji persis ibundanya. Anggun sekali. Oleh sebab itulah Rania menjadi rebutan jejaka-jejaka terutama sekali putera di seluruh negara.

Alis matanya yang cantik dipandang membuatkan para jejaka hilang tumpuan. Ditambahkan pula dengan senyuman semanis madu dan keriangannya.

PERFECT!

"Puteri Valeria!". Kedengaran suara Dayang Rania yang tergopoh-gopoh memanggil Valeria dari luar. Pintu bilik dikuak dan kelihatanlah Dayang Rania yang berasa lega apabila Valeria sudah siap.

"Anggun sekali Tuan Puteri!", jerit kecil Dayang Rania kesukaan. Valeria hanya tersenyum sambil berpusing perlahan menyebabkan gaunnya turut sama kembang.

"Hasil tangan Dayang tidak pernah meragukan!", kata Valeria kesukaan.

"Terima kasih Puteri. Patik berbesar hati dengan lujian Tuan puteri berikan", kata Dayang Rania dengan megah membuatkan Valeria ketawa kecil.

"Mari Tuan Puteri. Majlis akan bermula tidak lama lagi. Raja Evandry dan tetamu-tetamu lain sedang menunggu kehadiran Tuan Puteri", kata Dayang Rania sebelum menghulurkan tangannya untuk memimpin Valeria ke majlis dewan.

Valeria menyambut tangan Dayang Rania. Mereka bersama-sama melalui koridor istana yang di jaga oleh pengawal. Valeria berasa sedikit gementar kerana dia sudah lama tidak menghadiri majlis sebesar ini.

Selalunya ayahandanya akan mengadakan majlis kecil-kecilan yang hanya memanggil teman-teman rapatnya sahaja. Dia tidak menyangka ayahandanya ingin membuat majlis sebesar ini hanya untuk menyambut bakal menantu barunya.

Dan bertambah pelik lagi apabila ayahandanya tidak suka majlis besar-besaran diadakan setelah pemergian arwah ibundanya. Pasti sesuatu yang akan terjadi. Dia juga begitu curiga apabila pengawal-pengawal semakin bertambah terutama sekali dengan biliknya.

Dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ayahandanya. Tetapi dia hanya membuang perasaan itu seolah-olah tidak mempedulikannya. Mungkin ayahandanya tidak mahu sesuatu buruk terjadi kepadanya memandangkan dia satu-satunya pewaris takhta keluarga Evandry.

"Kita sudah sampai Puteri", kata Dayang Rania yang memberhentikan langkahnya di hadapan pintu besar yang menghubungkan dengan dewan besar istana.

"Beta rasa gementarlah Dayang".

Dayang Rania hanya tersenyum melihat Valeria yang berkerut-kerut. Dia tidak menyangka Valeria yang dijaga sejak kecil setelah kematian ibundanya akan berkahwin tidak lama lagi. Dia menggenggam jari jemari Valeria untuk menyalurkan semangat kepada Valeria.

"Puteri tidak perlu gementar. Puteri sudah melakukan yang terbaik. Jika permaisuri ada untuk melihat Puteri pada masa kini pasti dia akan berasa bangga dengan Puteri", kata Dayang Rania dengan senyuman yang ikhlas.

THE MASKMAN SEDUCTOR Where stories live. Discover now