CHAP 4 | HELL

354 32 0
                                    

"Miss me?", tanya lelaki itu dengan senyuman yang menyimpan seribu makna.

Valeria hanya mengamati lelaki yang berada di hadapannya ini. Auranya seperti dia kenali dan seakan-akan pernah berjumpa.

Tatapannya juga sama seperti seseorang yang pernah dia lihat. Matanya membesar apabila orang yang berada di hadapannya ini juga pernah mencuri first kiss dia.

"I bet you remember me", katanya bersahaja sambil meneguk sedikit koktel di tangannya. Dia kembali merenung ke bulan yang menyinari kawasan istana itu.

"Wh-why are you here?", tanya Valeria takut kalau-kalau lelaki ini akan melakukan sesuatu di luar jangkaannya lagi.

Dia mengundur sedikit ke belakang apabila dia terasa lelaki itu terlalu dekat dengannya. Dia tidak mampu menduga pergerakan lelaki ini kerana kerana dia terlalu pantas.

Ryker yang melihat wanita itu yang menjauhkan diri sedikit darinya hanya tersenyum sinis. Dia menjeling ke arah Valeria.

"Nothing. Just chilling with my royal family".

Sengaja dia menekan sedikit perkataan kerabat diraja kerana dia benci mereka. Mereka terlalu memikirkan kedudukan dan kekayaan sehingga menindas orang yang tidak mempunyai apa-apa.

Mereka mengambil kepunyaan orang miskin dan menjadikan hak mereka. Apabila difikirkan balik dia berasa mahu menembak semua orang di dalam itu tadi apabila mendengar perbualan mereka yang begitu menyakitkan hati tetapi dia harus bertahan kerana dia mempunyai rencana lain.

Bongkak. Sombong. Tamak.

Itulah pandangan dia kepada mereka. Kerana terlalu geram dia mengambil keputusan untuk mengambil angin luar. Tidak sangka orang yang dia cari sudah berada di hadapannya. Semakin mudah rancangannya berjalan lancar.

Valeria langsung tidak mempercayai kata-kata lelaki di hadapannya ini. Dari apa yang dia perhati pada lelaki ini, sedikit pun tidak seperti kerabat diraja. Firasatnya kuat mengatakan yang lelaki ini mempunyai niat yang tidak baik.

"You're lying! I know you're not from royal family! ", katanya dengan nada yang sudah naik seoktaf.

Dia juga menentang jelingan tajam dari lelaki ini dengan berani. Bibir yang tadi menguntum senyuman sinis itu juga sudah tidak lagi kelihatan.

Aura lelaki ini juga sudah berubah seakan-akan aura kegelapan yang menyelubungi dirinya. Ryker yang merasakan wanita ini sudah melebih terus mendekatinya perlahan-lahan.

Valeria yang melihat perubahan lelaki ini terus berasa takut. Dapat dia rasakan yang dia sudah melebih dengan lelaki ini kerana tingkah lakunya juga berubah.

"Scared?", Katanya dengan dingin sambil mendekati Valeria.

Valeria telan liur. Kenapa lelaki ini tiba-tiba berubah dengan begitu drastik. Lelaki ini seperti menukar personalitinya.

"Wh-what are you going to do with me?".

"Torture you maybe?".

Tanpa Valeria sedar dia kini sudah tidak boleh mengundur apabila tubuhnya sudah berlanggar dengan dinding balkoni.

Dia tidak dapat melarikan diri lagi kerana dia telah terhimpit dengan dinding dan lelaki ini. Valeria semakin takut dan jantungnya berdegup kencang.

THE MASKMAN SEDUCTOR Where stories live. Discover now