Jun tak tahu yang aku ikut dia ke tempat kerja. Masa balik dari restoran malam tu, dia menyorong basikalnya.
Seorang lelaki menemaninya. Mamat tu mungkin rakan sekerja dia sebab uniform diorang sama.
Diorang berbual panjang. Jun ketawa ikhlas. Entah kenapa, dada aku tiba-tiba sakit. Aku rasa aku tak berapa suka mamat tu.
Aku rasa lega bila mamat tu akhirnya berjalan menuju ke tempat yang lain. Dia hilang selepas melambaikan tangannya. Perlahan-lahan aku merapati Jun.
"Kau ni! Bagi salam dulu boleh tak?!” Jun mengurut-urut dadanya. Aku tergelak besar melihat muka terkejutnya yang priceless.
"Boyfriend kau ke tu?" Aku cuba mendapatkan kepastian.
"Hotak kau... aku tak ada masa lah nak bercinta. Baik aku study..." balas Jun tanpa berbasa-basi.
Aku gembira sedikit mendengar jawapan yang aku nak.
"Asyik study je. Bosan la kau ni..." aku sengaja mengusik.
"Habis tu kau nak aku buat apa? Lepak dengan member? Aku mana ada kawan..." Jun menjawab sambil duduk di seat basikalnya, sedia untuk mengayuh pulang.
Aduh... Aku rasa terkena balik sebab akulah punca dia tak ada kawan.
"Yelah, yelah... aku tolong kau study malam ni..." aku beralah.
Jun tersenyum senang.
_________________________________________
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Jun dah mula menguap. Tapi penselnya masih menari-nari di atas buku tulis, membuat kiraan matematik yang agak panjang.
Aku hanya duduk berteleku di sebelahnya, memandang keluar bukaan tingkap yang berhadapan dengan meja belajar itu. Akhirnya, aku tak perlu tolong dia apa-apa pun sebab dia sendiri dah pandai.
"Siap!" Jun menghempaskan penselnya di atas meja. Kemudian, dia meluruskan postur badannya dan mengeliat sepuasnya.
"Tahniaahhh..." ucapku mendatar sambil bertepuk nak tak nak. Jun tersengih saja melihat reaksi aku.
"Adam, aku lupa nak bagitau. Ada sorang kakak yang kerja sekali dengan aku tu cakap, dia kenal dengan sorang ahli spiritual apa entah. Jom kita cuba jumpa dia, nak?"
Aku menyeringai. "Mengarutlah semua tu... aku dah tak percaya dengan geng-geng tu semua. Diorang tu nak duit je. Lagi baik kau guna duit kau tu untuk makan."
Jun menghembuskan nafas perlahan. "Aku bagi cadangan je. Mana la tau kali ni menjadi..."
Aku tau niat Jun baik. Tapi.... entah lah.
Sekarang ni aku rasa berat hati nak kembali semula ke dalam badan aku. Aku lagi suka keadaan macam ni. Jauh daripada kehidupan aku yang superficial tu.
Dan aku boleh berada dengan Jun sepanjang masa.
"Jun... macam mana kalau aku dan badan aku bercantum semula, lepas tu aku dah tak dapat ingat kau...?" aku memandangnya penuh kerisauan. Ketakutan mula bersarang di dada.
Kening Jun berkerut sedikit dengan sekelumit tawa. "Sampai ke situ kau fikir?"
Aku tidak membalas. Mataku tak lepas darinya. Sunyi sebentar.
"Aku betul-betul tak mau lupakan semua yang dah aku lalui dengan kau selama ini." Terangku.
Jun sedikit terkesima. Dia berfikir sejenak.
"Adam... sebenarnya, aku pun suka persahabatan kita yang sekarang." Jun tersenyum kecil. "Tapi... hidup kau, keluarga kau lagi penting daripada apa yang terjadi dalam masa 3 bulan ni..."
"Tak. Aku takkan gantikan memori selama 3 bulan bersama kau ni dengan apa pun. Aku tak nak hilang kau." Lancar aku meluahkan rasa.
Jun bertambah tercengang dengan kejujuran aku.
"Kau ni fikir banyak sangat lah. Aku rasa kau akan okay je lepas balik ke badan kau tu..." Jun cuba menepis rasa gundah di hatiku.
Bayu sepoi datang menyapa, meniup rambut Jun menutupi separuh wajahnya. Gadis itu masih memandangku.
Aku cuba menyelit helaian rambut itu ke telinganya semula, tapi jari-jemariku menembusi wajahnya seperti hologram.
Akhirnya Jun sendiri yang berbuat demikian.
Aku memandang telapak tanganku, agak kecewa dengan ketidak upayaan untuk menyentuh apa-apa.
Jun hanya diam. Kemudian dia menghulurkan kedua-dua belah tangannya kepadaku. Aku sedikit bingung. Dia nak apa?
"Pegang tangan aku." Pintanya. Ternyata dia cuba menenangkan aku.
Perlahan-lahan aku tersenyum. Tangan mulus itu aku sentuh. Walaupun tak boleh pegang betul-betul, tapi 'lakonan' ini cukup untuk buat aku bahagia.
Renungan kami bertaut. Terbit senyuman di bibir halus gadis itu. Cahaya lampu meja yang tersuluh di rupa polosnya membuatkan dia kelihatan lebih berseri dari biasa.
"Aku nak pandang kau macam ni sampai bila-bila..." luahku spontan.
Pipi Jun menjadi merah. Segera dia menarik tangannya dan mengalihkan tumpuannya ke arah buku di meja.
"J...Jun...?" Aku mulai bimbang. Adakah aku dah menyinggung perasaan dia?
"Aku kena study English pulak ni..." dia kelam kabut mencari buku subjek itu.
"Tapi dah lewat sangat dah ni. Kau pun dah berapa kali menguap tu... pergi jelah tido..." nasihatku.
"Aku ulangkaji sikit je. Lepas tu aku tido la..." Jun membantah.
Tak sampai 15 minit, minah tu dah tertidur di atas meja. Degil lagi.
Aku merapatkan kedudukanku di sebelahnya lalu meletakkan kepalaku di atas meja juga. Aku renung puas-puas wajahnya yang kini begitu dekat.
Aku harap aku boleh pandang dia macam ni sampai bila-bila.
YOU ARE READING
Satu Garisan Nipis (Completed)
RomanceAdam dan Jun merupakan dua manusia yang sememangnya jauh berbeza dari segala segi. Perbezaan itu jugalah membuatkan mereka sering bertengkar. Tanpa disangka, satu kejadian telah memaksa mereka untuk bersama. Dapatkah garisan yang selama ini memisah...