Papa dan Mama meluangkan masa untuk bersarapan dengan aku hari ini. Aku memeluk Mama sebelum keluar dari rumah.
Kebelakangan ini, papa bermurah hati untuk menghantar aku ke mana-mana saja yang aku nak pergi. Sekarang ni dia semakin pulang awal dari pejabatnya.
Nama Jun dah pun aku bersihkan. Ramai guru yang tak sangka dengan pengakuan aku serta segala kejahatan yang aku lalukan selama ini. Aku terima apa saja hukuman. Yang penting, aku dah tunaikan janji aku pada Jun.
‘Kawan-kawan’ pun dah banyak yang tinggalkan aku lepas aku tak lagi memanjakan mereka dengan wang. Agak sedih pada mulanya, tapi lama kelamaan perasaan itu digantikan dengan kesyukuran. Aku tak lagi dikelilingi dengan manusia bermuka-muka yang hanya tahu mengambil kesempatan. Aku tak peduli kalau populariti aku merudum sekalipun. Semua benda tu dah tak penting buat aku.
Ayah Jun dah pun ditangkap. Dia telah disabitkan kesalahan. Aku harap dia terima balasan yang setimpal atas perbuatan dia selama ini.
_________________________________________
Pintu wad itu kutolak perlahan. Aku meletakkan jambangan bunga lili di dalam pasu yang terletak di atas meja.
Aku duduk di sisi katil pesakit, memandang seraut wajah itu.
"Selamat pagi, Jun." Ucapku seperti yang kulakukan setiap hari.
Tak pernah ada respon darinya.
Minggu keempat, Jun masih begitu. Doktor sendiri tak pasti bila dia akan sedar.Aku mengusap perlahan pipinya. Tiap saat, aku berharap dapat melihat 'rohnya' seperti mana dia melihat aku dulu. Namun, hal seperti itu tidak berlaku.
Hingga detik ini, aku masih mengharap pada sebarang keajaiban kerana aku pernah mengalaminya. Aku percaya satu hari nanti kitorang akan dapat berjumpa lagi kat alam nyata.
Ada satu garisan nipis antara kita dan seseorang. Kadang kala kita tak sedar ia wujud. Tapi selalunya kita melihat jelas garisan tu, namun tak punya keinginan untuk melenyapkannya hinggalah ia menjadi lebih tebal dan gelap.
Aku menyesal membiarkan saja garisan itu dulu.
Jun, aku nak kau tau yang aku sangat berterima kasih pada kau kerana telah merubah pandangan aku selama ini, dan merubah kehidupan aku.
Sekarang, aku dah mampu pegang tangan Jun dengan erat. Bila dia bangun nanti, aku akan suarakan ayat keramat yang sepatutnya aku luahkan pada dia tempoh hari.
Jun, tak kira berapa lama sekalipun, aku akan tunggu kau.
- TAMAT-
YOU ARE READING
Satu Garisan Nipis (Completed)
Roman d'amourAdam dan Jun merupakan dua manusia yang sememangnya jauh berbeza dari segala segi. Perbezaan itu jugalah membuatkan mereka sering bertengkar. Tanpa disangka, satu kejadian telah memaksa mereka untuk bersama. Dapatkah garisan yang selama ini memisah...