4. Persamaan

128 21 7
                                    

Dah lebih 3 minggu aku duduk kat rumah pompuan ni. Aku takde pilihan sebab aku hanya boleh bercakap dengan dia je.

Malam tu, aku melepak di ruang tamu sambil melihat Jun membuka tali kasutnya. Dia baru balik dari kerja part time di sebuah restoran.

“Weh… selama aku kat sini, aku takde nampak pun ayah kau balik rumah.” ajuku.

Jun membisu. Dia hanya mengunci pintu depan dan terus naik ke bilik.

Aku mencebik. “Datang bulan ke?”

Bosan, aku pun naik ke atas. Masuk je ke dalam bilik, aku nampak Jun dah pun tidur menghadap ke dinding. Kipas mejanya dipasang maksimum.

Tak semena-mena, angin yang deras itu meniup baju T-shirtnya, lalu mendedahkan sedikit belakang badannya.

Aku kaget apabila terpandang sejumlah parut yang terdapat di tubuhnya. Ada beberapa kesan biratan yang kelihatan masih baru.

Aku menjeling ke arah bingkai gambar di atas meja belajarnya. Dalam kesamaran lampu tidur, aku melihat foto Jun ketika kecil bersama ibu dan ayahnya.

Aku tahu ibunya dah meninggal sejak dia kecik. Ada cikgu yang pernah bercakap tentang hal tu.

Tapi aku tak pernah tahu cerita pasal ayah dia.

_________________________________________

Aku ke sekolah hari ni. Tak sangka aku boleh rasa rindu pulak kat tempat ni. Jun tak hiraukan aku. Mungkin kalau dia layan aku, dia akan nampak macam tak siuman sebab cakap sorang-sorang.

Di dalam kelas, aku duduk di kerusi aku. Menyedihkan sebab tak ada sorang pun dari member aku yang bercerita pasal aku. Malah diorang nampak lebih happy tanpa aku.

Aku benci jadi lutsinar.

Waktu rehat, aku ikut Jun ke belakang bangunan lama sekolah. Rupanya, inilah port dia melepak selama ni. Memang tak ada orang yang akan lalu kat sini melainkan cleaner.

“Selamat datang ke Forever Alone Club.” Perli Jun sambil menggigit sekeping roti kosong.

Aku merengus. Tapi jauh di sudut hati sememangnya aku menyesal. Apa yang aku buat kat pompuan ni sekarang berbalik pada aku.

Apa yang paling teruk, aku sebenarnya tak pernah ada kawan pun. Aku hanya ‘beli’ diorang selama ni.

Sorry…” Suara aku antara dengar dan tidak.

“Hah? Apa?” Muka Jun berkerut.

“Aku cakap aku mintak maaf. Aku tau aku dah banyak buat benda jahat kat kau selama ni.” Terasa panas pipi aku waktu aku mengucapkan kata-kata tu. Sungguh, aku rasa malu. “Kalau aku ada peluang, aku nak tebus balik semua tu...”

Minah tu tak membalas apa-apa. Lepas tu kitorang melayan fikiran masing-masing.

“Aku tau kau buat semua tu pun sebab kau sebenarnya sunyi. Kau nak perhatian.” Jun bersuara.

Aku mengangkat kening. “Perghh… kau bercakap macam kau kenal sangat dengan aku…”

Dia memandang aku beberapa ketika. “Dari tingkatan satu aku tak pernah nampak mak atau ayah kau datang sekolah, sokong kau masa kau lompat galah, masa kau menang bahas, pertandingan Tae Kwan Do, atau masa hari anugerah kecemerlangan… sama macam ayah aku.”

Aku terdiam. Tekaannya betul.

Selama ni, Mama dan Papa jarang ada masa untuk aku. Diorang pemurah dengan duit. Tapi cukup kedekut dan berkira nak luangkan masa untuk aku.

Masa tulah aku cuba mengisi kekosongan yang aku rasa di dada dengan mencari keseronokan. Membuli orang lain menjadikan aku rasa berkuasa dan mendapat segala perhatian yang aku nak selama ni. Aku suka bila rasa sungguh penting dan diperlukan.

Mungkin aku dan Jun sebenarnya sama. Kitaorang hanya ada diri sendiri.

“Ayah kau, dia….” Ayat aku terhenti di situ. Aku tak tau macam mana nak bertanya.

“Mak aku mati sebab selamatkan aku dari lemas. Masa aku darjah lima. Lepas tu ayah aku jadi pemabuk. Dia kata aku punca mak aku mati.” Jun memberitahu aku tanpa sebarang ekspresi di wajahnya.

"Dia... pukul kau?" Soalku berhati-hati.

Lama perempuan itu diam. Akhirnya, dia mengangguk kecil.

“Aku kena dapat keputusan bagus supaya ada yang taja aku ke universiti nanti. Pastu aku boleh keluar dari rumah tu.” Terang Jun lagi.

Saat tu, satu persatu jawapan mula tersusun dalam kepala otak aku.

Sebab tulah dia kerja part time. Sebab tulah dia study sampai pagi. Sebab tulah baju-bajunya sentiasa lusuh. Sebab tulah ayah dia tak pernah pedulikan dia.

Aku?

Aku pulak hanya tahu menyusahkan lagi hidup dia. Hanya sebab dengki. Cemburu sebab aku tak sepandai dia walaupun aku ada tutor peribadi. Sakit hati sebab dia tak pernah ikut arahan aku macam orang lain. Marah sebab aku tak dapat ‘beli’ dia.

Betapa angkuhnya aku.

Disebabkan hal-hal remeh tu, aku jadi orang yang paling bangsat sekali. Tapi orang yang aku aniaya ni yang tolong aku.

Sekarang aku tahu, keadaan aku ni adalah balasan atas segala perbuatan setan aku kat dia.

“Jun, aku mintak maaf…” Sekali lagi ayat itu terkeluar dari mulut aku. Kalau boleh, aku nak ucapkan ayat yang sama beribu kali.

“Aku pun nak mintak maaf sebab selalu tumbuk kau.” Dia tersenyum sedikit. "Aku tau macam mana sakitnya bila kena pukul. Aku tak patut guna kekasaran pun kat kau..."

"Taklah... aku rasa memang patut pun aku kena tumbuk. Perangai aku memang macam celaka." aku tersengih hambar, cuba menutup rasa bersalah yang masih menebal.

"Yang lepas tu dah la... benda dah jadi. Dah la takyah ungkit dah..." dia tersenyum kecil sambil terus mengunyah makanannya.

Senang gila dia maafkan aku. Aku rasa makin teruk.

Satu Garisan Nipis (Completed)Where stories live. Discover now