Keputusan ujian pertengahan tahun Jun cemerlang seperti biasa. Kitorang pergi ke fun fair yang baru saja dibuka beberapa hari yang lepas untuk meraikannya. Pada mulanya, dia anggap idea aku mengarut. Tetapi lepas puas aku paksa, akhirnya dia bersetuju.
Kitorang cuba main beberapa permainan kat situ. Cekap juga Jun. Dia berjaya memenangi plush toy Totoro daripada permainan melontar dart.
Jun tak kisah berbual-bual dengan aku walaupun orang di sekeliling dia melemparkan pandangan yang pelik.
Sesekali dia berlari-lari anak ke gerai-gerai permainan. Apabila mencuba makanan baru, bermacam ekspresi terpancar di mukanya. Kadangkala keriangan dia tu macam budak-budak.Aku tak pernah lihat dia seceria ini. Perlahan-lahan hatiku menguntum sesuatu. Aku tak tau perasaan apa. Jantung aku berdebar, tapi aku sangat gembira.
Aku suka rasa ini.
Kami akhirnya duduk di kerusi panjang yang agak jauh dari orang ramai. Keadaan di situ lebih tenang.
“Mana kau pergi siang tadi?” Soal Jun seraya menyumbat popcorn ke dalam mulutnya.
"Melawat badan aku kat rumah. Tengok Mama dan Papa.” Aku mengeluh. “Dah berbulan, tapi aku masih macam ni. Mungkin aku akan kekal macam ni selamanya kot…”
"Adoi, janganlah give up. Haritu kau cakap kecederaan kat badan kau dah nak sembuh sepenuhnya. Mana tau dalam masa terdekat ni kau dapat ‘masuk’ balik.”
Aku hanya mengangguk. “Thanks Jun, sebab temankan aku selama ni. Aku tak tau apa akan jadi kat aku kalau kau takde. Mungkin aku dah gila.”
“Dah. Takyah sedih-sedih. Esok besdey kau kan? Kau nak apa?” Jun tersengih.
“Aku harap dapat makan sepuas hati. Malangnya aku tak boleh rasa apa-apa.” Aku tergelak. Jun ikut ketawa.
"Tu… hadiah kau.” Jari telunjuknya menghala ke atas.
Beberapa saat selepas tu, percikan bunga api meletus-letus menerangi dada langit yang gelap, menandakan tepat pukul 12 malam.
Hadiah hari lahir yang simple tapi begitu bermakna bagi aku.
"Happy Birthday!” Ucap Jun ikhlas.
"Thanks.” Aku tersenyum lebar. Dia juga begitu.
Aku dan Jun sama-sama menikmati persembahan gemilang di langit malam. Cahaya-cahaya berwarna-warni begitu indah, seolah-olah menggambarkan apa yang terjadi di jiwaku sekarang.
Sorotan mataku beralih ke arah Jun yang masih teruja memandang ke angkasa.
Diam-diam aku berjanji, seandainya aku diberikan peluang kedua, aku akan menebus segala kesalahan aku kepada dia selama ini. Aku akan beri apa saja yang dia mahu. Aku akan buat dia jadi perempuan yang paling bahagia di dunia.
"Kenapa tengok aku macam tu?" Soal Jun bersama senyuman hairan.
Kami berbalas renungan. Aku hanya diam mengamati setiap inci wajahnya. Dadaku bergetar kencang. Pipi aku terasa panas.
“Jun, aku... aku....”
“Adam!” Jun memotong kata-kata itu. Matanya buntang memandang aku.
“Apa ni?!” Aku mulai panik apabila melihat hujung jariku yang mula terurai menjadi partikel-partikel kecil yang berkilauan. Sedikit demi sedikit diri aku menjadi lut cahaya. Aku mula menghilang.
Kitorang merenung satu sama lain dengan resah. Aku cuba untuk pegang tangan yang dia hulurkan. Tapi genggaman aku menembusi jari jemarinya.
“Adam!” Suara Jun seakan hampir menangis.
“Jun, aku cin – ”
Aku tidak sempat menghabiskan ayat itu.
YOU ARE READING
Satu Garisan Nipis (Completed)
RomanceAdam dan Jun merupakan dua manusia yang sememangnya jauh berbeza dari segala segi. Perbezaan itu jugalah membuatkan mereka sering bertengkar. Tanpa disangka, satu kejadian telah memaksa mereka untuk bersama. Dapatkah garisan yang selama ini memisah...