2

71 11 3
                                    

Sudah dua hari mereka menjaga semua kanak-kanak dan menjadi semakin rapat. Walaupun Ateez penat perform sana sini, diorang tetap rasa bahagia menjaga Junhee,Junhun,Daehan,Taehee  dan Minyun.

Setelah penat bermain, semua budak-budak yang diasuh mereka mula tidur sorang demi sorang. Wooyoung yang berasa lapar berjalan malas menuju ke dapur.

"Oppa"

"Wae? Kenapa Taehee tak tidur ni?" Wooyoung memandang ke arah Taehee yang nampak sedih.

"Apesal ni? Mimpi buruk?" Taehee menggeleng. Wooyoung menggaru kepala.

"Habis tu? Lapar?" Taehee masih menggeleng.

"Kenapa ni Wooyoung?" Tanya Hongjoong yang kebetulan ingin ke dapur.

"Junhee ni, dia nak something tapi aku tak tahu apa. Asyik menggeleng je dari tadi" Hongjoong mendukung Taehee.

"Kenapa ni?" Taehee membisikkan sesuatu kepada Hongjoong. Wooyoung pula sibuk mencuri dengar.

"Jom Wooyoung"

"Jom?"

"Jom jelah" Hongjoong menurunkan Taehee dan mula memakai kasut. Taehee turut mengambil beg dan kasutnya.

"Eh eh hyung, takkan nak keluar bertiga je? Orang lain tak nak ajak?"

"Banyak tanya pulak kau. Kau nak ikut jom tak nak duduk diam-diam dekat sofa tu" Wooyoung memuncungkan mulut dan mula memakai kasut.

"Pergi bagitahu Seonghwa yang kita nak keluar. Aku tunggu dalam kereta"

"Kenapa aku?"

"...."

"....yelah"

Setelah memberitahu Seonghwa yang sedang tidur bersama Minyun,dia terus keluar menuju ke kereta.

"Taehee nak pergi mana sebenarnya?"

Taehee mula menggosok matanya dan memandang ke arah lain. Hongjoong menepuk belakang Taehee untuk menenangkannya.

"Dia nak jumpa appa dia"

"Taehyung sunbaenim?"

Hongjoong mengangguk. Tapi Wooyoung masih mempunyai banyak persoalan di mindanya.

Junhee mahu bertemu bapanya tapi kenapa dia nangis? Kenapa dia sedih? Bukan sepatutnya dia gembira?

"Papa jatuh tapi papa masih nak pergi kerja" Taehee mula menangis. Wooyoung dan Hongjoong memandang satu sama lain.

"Jangan risau Taehee... papa Taehee kan kuat"

"Betul tu"

Lima minit kemudian...

Mereka sudah sampai di Bighit ent. Hongjoong mendukung Taehee dan memasuki gedung Bighit yang besar dah megah itu.

Kamera tidak mengikuti mereka jadi mereka boleh bertenang tanpa menghiraukan kamera yang merakam.

"Kau pergi ambik kad pelawat dekat meja depan tu" arah Hongjoong.

"Eh eh aku pulak! Pergilah hyung, awek yang kerja situ lawa pulak. Kita malu" Hongjoong memukul kepala Wooyoung.

"Mengada"

"Eh? Wooyoung?"

"Yeonjun my man!" Mereka berdua mula melompat macam budak kecik. Yelah lama tak jumpa member.

"Kau buat apa datang sini?"

"Ni hah bawak anak Taehyung sunbaenim. Nak jumpa papa dia"

"Hai,Taehee!" Yeonjun melambai ke arah Taehee. Taehee tersenyum dan membalas lambaian Yeonjun.

ATEEZSITTER(On-going)Where stories live. Discover now