"HUARGH,PENATNYA" Mingi terbaring ke atas sofa. Seonghwa menjeling Mingi yang terbaring dengan badan yang berpeluh dan berdaki.
Busuklah sofa ni nanti dengan bau ketiak dia.
"Pegi mandilah Mingi. Busuk tahu tak" Seonghwa menarik Mingi dari sofa. Habis jatuh tergolek,muka dulu jatuh dulu sebelum badan.
"MY FACEUUU"
"Wooyoung-ah"
"San-ah" mereka berdua saling mencuri pandang satu sama lain. Yang sorang busuk, dua ekor lagi gay.
"Pergi masuk bilik ah" kata Jongho. San dan Wooyoung menjeling Jongho.
"Jeles ke?" San menjelir lidah ke arah Jongho dan sambung aktiviti ber"gay"nya dengan Wooyoung.
"Hongjoong, tolong aku masak" arah Seonghwa. Hongjoong ingin mengadu tetapi tak jadi selepas melihat muka bengis Seonghwa.
"KAMI DAH SAMPAI!" Daehan menjerit sambil membuka kotnya. Junhee dan Junhun membuka kasut dengan cepat untuk memeluk semua member Ateez. Taehee pula masih terkial-kial membuka kot guccinya.
"Meh sini oppa tolong" Wooyoung membukakan jaket Taehee. Dia memandang jaket gucci itu.
"Dulu aku pakai jaket buruk je. Zaman memang dah berlalu" dia mengelap air mata palsu. Berdrama je kerja.
"Minyun mana?" Baru sahaja Hongjoong bertanya, Minyun sudah muncul dimuka pintu.
"Maaf lambat"
"Duduklah Minyun, hyung dah masakkan ayam goreng untuk Minyun" kata Seonghwa dengan ceria namun dibalas dengan anggukan lemah dari Minyun.
Ha sudah, kenapa pulak dengan budak ni.
"Kenapa ni Minyun?"
"Hah? Nothing" Minyun tersenyum paksa dan menjamah ayam goreng yang dimasak Seonghwa.
"Hmmm...ok then" mereka semua melahap makanan Seonghwa dengan gelojoh. Lain pulak Wooyoung dengan San. Main suap-menyuap.
"Oppa tahu tak-" belum sempat Junhee habis bercakap dia dipotong oleh Mingi.
"Tak tahu"
"OPPA NI!" Junhee pout tanda merajuk.
"Tak payah hiraukan perut leper tu" kata Jongho. Mingi menjeling tajam ke arah Jongho.
"Perut aku berketak tahu,bukan macam kau"
"Ek eleh kau tu-"
"Sebelum aku buang makanan korang baik korang makan" api keluar dari belakang badan Seonghwa. Berasap telinganya menahan marah tak terhingga.
"B-baiklah" terus mereka berdua senyap dan sambung makan.
"Minmin dah kenyang" Minyun turun dari kerusi dan pergi membasuh tangan. Hongjoong yang melihat Minyun yang murung itu risau.
YOU ARE READING
ATEEZSITTER(On-going)
HumorApabila Ateez kena jadi babysitter kepada lima orang budak yang berlainan perangai. Adakah mereka akan OK? Atau K.O? Start:16 June 2020 End:...entah bila