4

46 12 0
                                    

Bunyi burung berkicauan menenangkan hati Seonghwa yang sedang duduk di luar.

"Tenang je rasa"

Dia memejamkan mata, badannya terasa selesa terkena angin sepoi-sepoi bahasa. Baru sahaja Seonghwa ingin terlelap, satu suara yang nyaring dan kuat menyinggah telinga dia.

"TU MAKANAN AKUUUUUUUU"

Seonghwa membuat muka masam. Baru sahaja dia hendak berehat suasana rumah itu sudah seperti hospital mental.

"OPPA! KENAPA OPPA PIJAK PATUNG TAEHEE?!"

"LEGO SAPE ATAS LANTAI NI WOIIII"

"BLAH KAU DARI DUNIA NI SANNNNNNNNN"

Seonghwa mendengus dan berjalan masuk ke rumah. Matanya membulat melihat rumah yang bersepah sedangkan dia duduk luar je.

Mingi dan San berkejaran kerana San telah mencuri makanan Mingi. Taehee dan Wooyoung pulak bergaduh sebab Wooyoung terpijak patung pemberian papanya.

Yunho pulak dah nazak sebab terpijak lego.

"DIAM SEKARANG JUGAK!" Terus semuanya beku seperti ais. Tidak berani ingin melihat Seonghwa yang sudah berasap di sliding door.

"Mingi,kau pergi masak lain"

"Ala-"

"MASAK LAIN"

"O-ok" terus dia berlari ke dapur. San meneguk air liur. Seonghwa mendekati Yunho yang terbaring.

"Bangun Yunho, kemas lego tu"

"Tapi bukan aku yang -"

"K.E.M.A.S" Yunho mula mengemas dengan laju. Sape je tak takut ngan naga bernama Seonghwa.

"Kenapa kecoh sangat kat bawah ni? Junhee ngan Junhun tengah tido tahu tak?" Hongjoong turun ke bawah dengan rambut yang serabai. Kompem baru bangun tido.

"Bawak Taehee naik atas Joong"

"Mari Taehee" Taehee mengangguk dan mendapatkan anak patungnya. Dia memegang tangan Hongjoong dengan kemas.

"Jangan ambik hati sangat, Seonghwa tengah marah tu" Hongjoong tersenyum. Yelah mana tak marah kalau keadaan rumah macam temoat sampah.

"Tidur ok, papa Taehee datang ambik Taehee harini"

"YEAY PAPA DATANG"

"Oppa turun dulu ye" Hongjoong menutup lampu dan pintu. Dia menuruni tangga dan ternampak Seonghwa termenung di sofa.

"Seonghwa hyung?"

"Eo...wae?"

"Yang lain dah naik atas ke?" Seonghwa sekadar mengangguk. Hongjoong melihat muka Seonghwa yang sudah bertukar merah. Dia meletakkan tapak tangannya pada dahi Seonghwa.

"Hyung demam ni" Hongjoong bangun untuk mencari alat pengecek suhu.

"Thank you Hongjoong-ah" Seonghwa tersenyum. Dia terbatuk sedikit kerana tekaknya gatal.

"Takpelah hyung, hyungkan penat tadi" Hongjoong menepek tisu basah pada muka Seonghwa.

"Hyung nak tido kejap" dia baring dan melelapkan mata. Hongjoong menatap wajah Seonghwa buat sementara dan berlalu untuk memasak bubur.

"Nah hyung" Hongjoong membangunkan Seonghwa dan duduk untuk menyuap Seonghwa.

"Takpe,aku boleh makan sendiri" dan bermulalah scene tolak-tolak manja😏

"Takpe biar Joong suap"

"Tak nak"

"Ish, baik aku makan" Wooyoung yang muncul entah dari mana mengambil sudu dari tangan Hongjoong dan menyuap bubur ke dalam mulutnya.

Buk!

"Lah? Dah pengsan?" Wooyoung sudah seperti orang kena sawan di lantai akibat dari makan bubur Hongjoong.

"Tulah lain kali jangan curi" Hongjoong cuba merasa buburnya. Dia membuat muka jijik dan berlalu ke singki untuk berkumur.

"JANGAN MAKAN HYUNG! MASIN" Seonghwa hanya ketawa. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja. Hongjoong menolong Seonghwa naik ke bilik untuk berehat.

"Nanti Joong pergi Marrybrown beli bubur" Seonghwa mengangguk dan terlelap. Hongjoong tersenyum dan meninggalkan Seonghwa untuk dibuai mimpi.

Kamera yang merakam Seonghwa turut dipadamkan untuk membiarkan dia tidur.

..........

"Shh jangan kejutkan dia...kang dia jadi harimau jadian macam mana?" Seonghwa terjaga mendengar pelbagai bisikan syaitan dari luar bilik.

"Pehal bising-bising tu?" Dia bangun dan berjalan menuju ke pintu. Dia ternampak kelibat yang berlari ke bawah.

"Mingi?" Lelaki si rambut perang itu terkejut melihat muka Seonghwa di hadapan pintu.

"Hyung...hehe" dia tersengih busuk. Seonghwa mengerutkan dahinya.

"Kau pehal? Jomlah turun" Mingi menggelengkan kepala. Seonghwa makin pelik. Dah kenapa mamat rambut karat ni?

"Jangan turun lagi hyung"

"Pehal?"

"Ish ikut jelah cakap aku" Mingi menolak Seonghwa masuk ke dalam bilik semula.

"Hey hey aku gay ngan Hongjoong je tau"

"Perasanlah hyung ni"

Ding! Satu mesej masuk di telefon Mingi. Dia menarik Seonghwa keluar dari bilik.

"Tadi masuk sekarang keluar pulak? Kau ni mabuk ke apa?"

"Ish jom jelah" mereka berdua menuruni tangga. Seonghwa agak pelik dengab sikap Mingi tetapi hanya mengikutkan sahaja.

"Apa-"

"SUPRISE!" Jerit semua ahli Ateez. Seonghwa terkejut.

"Apa semua ni?" Ruang tamu rumah itu dihias dengan lampu galaksi. Seonghwa kagum.

"Bila korang buat semua ni?"

"Time kau tidolah" kata Yunho yang sedang mengunyah kek. Orang belum potong dia dah sambar dulu.

"Awww korang ni"

"Lain kali hyung jangan marah-marah lagi...kitaorang tahu kitaorang salah" San dan Mingi menunduk. Wooyoung dan Jongho menahan ketawa di tepi.

"Apa masalah kau Jongho?"

"Taklah HAHAHAHHAHAHAHAHA" San sudah sedia ingin membaling kuali pada kepala Jongho.

"Sudahlah tu" tegur Hongjoong. Mereka berdua berhenti tetapi masih menjeling pada satu sama lain.

"Thanks korang...aku tergaru eh terharu" Seonghwa mengelap air mata palsunya. Tetapi benar dia memang terharu.

"YUNHO SAMPAI ATI KAU HABISKAN KEK!"

"HAHAHHAHAHAHAHAHHA PADAN MUKA KAU SAN!"

"KAU SINI SETAN!"

"Hah,baru normal keadaan ni" Seonghwa tersenyum. Keadaan dirumah itu riuh rendah pada malam yang hening itu.

ATEEZSITTER(On-going)Where stories live. Discover now