Keesokan pagi selepas sarapan
Location
- Animonsta Guest Room
Halilintar berjalan menuju ke bilik yang menempatkan Hyun.
Sedang dia berjalan, mindanya teringat perkara yang terjadi malam semalam.
Gempa memasuki bilik rehat khas untuk BBB dalam keadaan yang tidak bermaya.
Adik-beradiknya yang lain hanya memerhati abang sulung mereka.
Taufan : Gem? Kau okey tak?
Gempa : Kau nampak aku dalam keadaan macam ni, kau masih tanya aku okey ke tak? [-_-]
Gempa menatap datar ke arah Taufan yang tersengih sambil mengaru belakang lehernya.
Solar : Kau babysit budak umur 10 tahun je tapi kenapa kau macam dah hilang semua tenaga?
Gempa : Budak 10 tahun? Aku rasa macam aku jaga budak 20 tahun... Kerja dia semalam makan je! Mana tak penat aku asyik memasak je!
Blaze : Rilek Gem. Budak nak membesar kan? Sebab tu makan banyak~
Thorn : Macam kau tak biasa pulak. Selama ni Ice makan banyak pun kau okey je?
Ice menjeling tajam ke arah Thorn. Segera adiknya itu memasang muka innocent.
Gempa : Ice lain, Hyun lain
Gempa mebenamkan mukanya pada bantal dan mengeluarkan bunyi yang tidak dikenal pasti.
Halilintar : Jangan budak tu suruh aku masak sudah...
Halilintar memulas tombol dan membuka pintu bilik Hyun.
Tetapi apa yang dilihatnya, keadaan di dalam bilik itu gelap gelita tanpa sebarang cahaya.
Bunyi pun tidak kedengaran.
Halilintar : Hyun?
Panggilan Halilintar tidak dijawab.
Halilintar : Hyun, mana kau?
Sunyi.
Kakinya melangkah masuk supaya dia dapat melihat apa yang berlaku di dalam bilik itu dengan lebih mudah.
Halilintar : Hyun, kau ada ke tak dalam ni?
Masih tiada lagi jawapan.
Halilintar : Jangan kata budak tu dah larikan diri? Kalau ya, dia takkan lari jauh sangat
Baru sahaja dia mahu keluar dari bilik itu, tiba-tiba pintu tertutup dengan kuat.
Halilintar kaku. Bulu romanya naik. Air liur diteguk kesat.
YOU ARE READING
BLACKMAIL | BOBOIBOY & BTS
Fanfiction❪ 𝗕𝗟𝗔𝗖𝗞𝗠𝗔𝗜𝗟: BOBOIBOY DAN BTS ❫ blackmail ni macam Mail dalam cerita Upin & Ipin yang selalu jual ayam dua seringgit sebab dua kumpulan kena blackmail tapi dengan satu tujuan。 ❛ anak siapa korang culik ni ? ❜ hanya kerana satu blackmail, Bo...