⊱ ────────── ⊰
Location
- Rintis Mall
Di K-Style, kedai pakaian lelakiHyun : Cepatlah Solar...
Solar : Ish, sabarlah
Hyun memutarkan matanya.
Hampir dua jam dia berada di dalam kedai pakaian itu sejak dia tiba di Rintis Mall.
Hyun : Kau rembat jelah mana-mana pun. Semua okey je aku tengok
Solar : No! Aku utamakan penampilan aku tak kira ke mana pun aku pergi!
Solar memberi sehelai baju pada Hyun manakala tangannya memegang sehelai lagi baju.
Dia kemudian menarik tangan Hyun untuk duduk di atas kerusi yang berada di hadapan bilik persalinan.
Solar : Kau duduk sini. Jangan pergi mana-mana. Aku nak cuba baju ni
Solar terus memasuki bilik persalinan tanpa menunggu balasan dari Hyun.
Hyun menyilangkan tangannya sambil membuat bunyi 'huff'.
Seketika kemudian, Solar keluar dengan pakaian yang berada di tangannya tadi.
Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam saku seluar supaya kelihatan ala-ala model.
Solar : Macam mana? Okey tak?
Hyun memandangkan Solar dari atas ke bawah dan mengangkat ibu jarinya.
Hyun : Okay, wow. Lebih bagus dari sangkaan aku
Solar : Of course lah sebab aku yang pakai~
Solar menolak cermin matanya dan tersenyum bongkak. Hyun memandang datar ke arahnya.
Dia menghulurkan telefonnya pada Hyun.
Solar : Ambilkan gambar. Nanti senang nak pilih baju mana lebih sesuai
Hyun menyambut telefon Solar dan menangkap sekeping gambar sebelum melihatnya semula.
Solar mengambil baju yang dia berikan kepada Hyun tadi.
YOU ARE READING
BLACKMAIL | BOBOIBOY & BTS
Fiksi Penggemar❪ 𝗕𝗟𝗔𝗖𝗞𝗠𝗔𝗜𝗟: BOBOIBOY DAN BTS ❫ blackmail ni macam Mail dalam cerita Upin & Ipin yang selalu jual ayam dua seringgit sebab dua kumpulan kena blackmail tapi dengan satu tujuan。 ❛ anak siapa korang culik ni ? ❜ hanya kerana satu blackmail, Bo...