"Kau kemas elok-eloklah kook, susun buku sekolah pun tak reti ke?"
"Alah, ni buku aku kan. Buku kau, kau susun cara kau, buku aku, aku susun cara aku"
"Suka hati kau je susun buku pun nak ada cara, masalahnya cara kau susun tu tak tersusun langsung"
"Biarlah! yang kena marah nanti aku bukan ka-"
Pintu bilik mereka dikuak perlahan oleh opah
"Apa ni gaduh-gaduh? susun buku sekolah pun nak bergaduh ke? sampai ke dapur opah boleh dengar kamu berdua tengking-tengking satu sama lain"
"Tak adalah opah, kook dah susun buku ni dengan cara kook dah, abang ni ha tak puas hati pula"
Seokjin mengecilkan matanya tanda tidak puas hati
"Eh, aku tegur je tadi kan, bila masa aku tak puas hati? kau jangan nak reka cerita depan opah tau"
"Memang betul pun kan kau tak puas hati dengan aku? selama ni aku hidup dengan kau semua benda salah di depan mata kau, apa yang betul pun aku tak tahulah!"
"Sebab cara kau salah! aku tegurlah! aku tak pernah berniat nak dengki dengan adik sendiri tahu tak, tak pernah terdetik pun dekat hati ni, tapi kenapa kau buruk sangka dengan aku?"
"Dah dah"
Opah cuba meleraikan pergaduhan mereka, daripada masalah kecil bertukar menjadi masalah besar
Memang susah kalau dua-dua dah menjadi api, sukar untuk meredakan kemarahan yang sedang membuak naik
Tapi apakan daya, mereka tidak endahkan kata-kata opah, mereka terus-menerus berbalah, melihat siapa yang akan menang dalam pertarungan memberikan kata-kata yang mengguris hati antara satu sama lain
"Aku tak berharap nak ada abang macam kau! kau tak layak jadi abang aku! semua benda tak boleh, ni tak boleh, itu tak boleh, apa je yang boleh?!"
"Jungkook! aku buat semua tu sebab aku tak nak kau jadi macam aku! tolonglah faham!"
"Memang nak kena faham kau sorang je? habistu aku? tak ada siapa-siapa faham! semua benda kau je yang dilebihkan, aku macam mana? aku macam mana?!"
Semua yang terpendam dilepaskan, apa yang terbuku di dalam hati seorang insan bernama Jungkook dihamburkan dihadapan wajah abangnya
"Jungkook-"
"Kau bukan abang aku! aku tak pernah bahagia hidup dengan kau! kenapa kau wujud dalam hidup aku seokjin?!"
Badan Seokjin terpaku
Apakah benar ayat yang diutarakan oleh adiknya itu? mengapa dia berkata begitu? adakah senyuman dan kebahagiaan selama ini hanya palsu?
"Aku benci kau"
Jungkook keluar daripada bilik dan mengambil kunci motornya lalu berlalu pergi
"Jungkook! cucu opah! nak pergi mana?! Allahuakhbar"
Seokjin menangkap opah yang mula rebah
"O-opah, jin bawa opah masuk bilik dulu ye, opah kena rehat, biar jin cari kook"
"Jin, jangan biarkan kook sorang-sorang dekat luar tu, bahaya"
Seokjin hanya menganggukkan kepala
"Jin janji akan bawa dia balik"
Seokjin mengangkat opah masuk ke dalam bilik dan membaringkannya diatas katil lalu menyelimuti tubuh opah yang kelihatan lemah
Dia keluar daripada bilik opah dan menutup pintu perlahan
"Apa yang aku dah buat? mesti kook marah sangat dengan aku, kaulah seokjin, kau memang tak layak jadi abang, tengok adik kau dah lari sebab kau"
Seokjin menampar dirinya sendiri
Kalau diikutkan hati, ingin saja dia menghentakkan kepala di dinding akibat amarah terhadap diri sendiri
"Maafkan jin ibu, jin selalu buat masalah, sampai adik sendiri tak tahan dengan perangai jin"
Seokjin menarik nafas dalam lalu berjalan menuju ke ruang tamu dan mengambil kunci motornya yang berada di atas meja
"Maafkan abang"
Seokjin menuruni tangga dan menaiki motornya lalu dibonceng untuk mencari kemana Jungkook berada
TBC
YOU ARE READING
UPIN IPIN S1+S2
Hài hước[ SIRI BUDAK KAMPUNG BY TAUGEH ] [ Season 1 = complete ] [ Season 2 = coming soon ] + Hubungan akrab adik beradik memang tidak dapat disangkalkan lagi. Tetapi sedarkah kita? bahawa perkara yang kita tidak impikan berlaku dalam sekelip mata? dan tanp...