"Opah!"
Jungkook berlari menuju ke arah opah yang sedang leka menonton televisyen dan terus duduk di hadapan opah
"Ye kook? kenapa?"
"Kook nak bagitahu sesuatu ni"
"Apa dia tu? kook dah ada girlfriend?"
"Ish, kook muda lagilah nak ada awek ni. Tak sedia nak menjalankan rumah tangga"
"Eleh, opah kata sikit melebih sampai ke rumah tangga pula. Apa yang nak ditanya sebenarnya tu?"
"Em, lusa kook dengan abang ada lawatan sambil belajar. Surat kebenaran ada dalam beg, opah izinkan ke kitorang pergi tinggalkan opah sorang-sorang?"
Opah mengangkat alis sebelahnya
"Apa pula opah tak izinkan? opah izinkan je, kenapa? takut opah tak pandai jaga diri sorang diri?"
"Bukan macam tu, tapi lawatan tu lama opah. Dalam seminggu macam tu, tak kan kitorang nak tinggalkan opah sorang-sorang seminggu?"
"Tak apalah kook, apa guna jiran sebelah? atok kamu tu bila-bila masa je opah boleh telefon. Janganlah risau"
"Tapi opah-"
"Tak ada tapi tapi, jangan risau pasal opah. Lagipun lawatan sambil belajar tu bagus juga untuk perkembangan otak kamu tu, daripada terperuk duduk rumah hujung minggu,
baik kamu berdua pergi lawatan tu. Kan bagus?"
Opah tersenyum
Jungkook menggigit bawah bibirnya, bukan apa, jika opah kata jangan risau padanya itulah penyebab kenapa Jungkook menjadi semakin risau
Dan Jungkook teringat sesuatu hal yang belum diberitahu
"Opah"
"Ye?"
"Tapi, kook pelik sikitlah pasal lawatan ni"
"Apa yang peliknya?"
"Lawatan kali ni tak payah bayar pun, percuma"
"Pelik apanya tu? eloklah, tak adalah membazir duit nak bayar mahal-mahal kan?"
"Bukan apa, cuma tempat dia macam-"
"Eyy dahlah, pergi ambil surat kebenaran dalam beg tu. Ambil abang punya sekali"
"Ah, ye surat kebenaran. Tapi, kook tak nak ambil abang punya"
Kook berlalu pergi masuk ke dalam biliknya
"Ambil jelah abang punya sekali, Allahu budak ni"
"Tak nak! abang ada tangan ada kaki boleh ambil sendiri!"
"Macam-macamlah kamu berdua ni"
Opah menggeleng kepalanya
Jungkook masuk ke dalam bilik dan berjalan menuju ke arah begnya
"Kook"
Panggil Seokjin yang berada di atas katil
"Apa?"
"Aku, aku tak sedap hatilah nak pergi lawatan tu. Kita tak payah pergi boleh tak?"
Perbuatan Jungkook terhenti
Jungkook memandang Seokjin yang berada di atas katil, kelihatan resah
"Kau kenapa ni?"
"Tak, bukan apa. Aku cuma tak sedap hati tu je"
"Perasaan kau je kot"
"Tapi kook-"
"Aku bukan apa, memang perasaan aku sama macam kau. Tapi kita tak bolehlah ikut perasaan sangat kan? lagipun opah memang sarankan kita pergi lawatan ni, kau relax okay?"
Seokjin tidak menjawab
"Weh bang, aku ada. Janganlah risau, kita tak tinggalkan masing-masing kan? dah janji"
Seokjin hanya tersenyum tipis
"Alah kau ni, drama je lebih. Bagi surat kebenaran kau"
"Ada dekat atas meja tu"
Jungkook mengambil surat kebenaran milik Seokjin di atas meja belajar dan melangkah keluar
Tetapi langkahnya terhenti seketika dan memalingkan wajah ke arah abangnya yang berada di belakang
"Bang, jangan risau. Aku ada"
Jungkook terus berlalu pergi
Muka Seokjin kelihatan sungguh gelisah, tidak tahu mengapa. Tetapi puncanya tidak lain tidak bukan disebabkan lawatan tidak berbayar itu
Adakah hidup yang penuh dengan warna warni selama ini, akan bertukar kepada hidup yang kelam dan suram?
YOU ARE READING
UPIN IPIN S1+S2
Humor[ SIRI BUDAK KAMPUNG BY TAUGEH ] [ Season 1 = complete ] [ Season 2 = coming soon ] + Hubungan akrab adik beradik memang tidak dapat disangkalkan lagi. Tetapi sedarkah kita? bahawa perkara yang kita tidak impikan berlaku dalam sekelip mata? dan tanp...