"Jangan!-"
"Jungkook!"
Satu balingan pemadam papan putih terkena tepat di kepala Jungkook yang sedang lena tidur
Jungkook mencelik matanya dan memandang perlahan ke hadapan
Kelihatan Cikgu Jat memandangnya tajam dan sedang mencekak pinggang
Jungkook bingung dan menoleh ke arah kedua belah sisinya dan terkejut
"Ka-kau bukan dah mati ke?"
Seokjin yang berada disisinya membulat matanya
Jungkook menjadi tumpuan kelas
"Bu-bukan semua dah mati ke?"
Lagi merah padam wajah Cikgu Jat
"Jungkook! duduk luar kelas! sekarang!"
Jungkook dengan wajah sugul duduk diluar kelasnya
"Macam mana aku boleh ada dalam kelas? ke aku masuk dalam dunia lain?"
Dahinya mengerut
"Ke aku dah mati sekali? eh tak tak, eh kalau ye? eh tak mesti tak, tapi kalau aku memang dah mati? eh ta-"
"Adik? makcik nak tanya"
Seseorang menegur Jungkook yang daripada tadi berdebat dengan dirinya sendiri
"Ah ye, apa makcik?"
"Kelas 6 Namu dekat mana?"
"Tempat dimana makcik berdiri ni lah kelas 6 Namu"
"Tapi, kenapa kamu berdiri dekat sini?"
"Saya pelajar contoh"
"Oh! baguslah, em makcik masuk dulu ye?"
"Masuklah makcik, ni bukan sekolah mak bapak saya pun"
Wanita tua itu tergelak kecil dan menampar perlahan bahu Jungkook
"Kelakarlah kamu ni, ada masa jadi menantu makcik nanti ye?"
"In Shaa Allah tak kan"
Wanita tua itu tergelak kecil lalu mengetuk pintu kelas 6 Namu perlahan
"Ye saya? puan nak jumpa anak puan ke?"
"Eh tak tak, saya wakil daripada MUZIUM YANG TIADA NAMA"
Mata Jungkook membulat
Wajahnya tertoleh ke arah wanita tua itu
Terkejut
"Oh ye, nanti kita berjumpa di dalam bilik guru ye. Kita akan bincang lebih detail lagi"
"Baiklah, saya pergi bilik guru dulu"
Cikgu Jat mengangguk
Beliau memandang Jungkook yang mencuri dengar perbualan mereka
"Apa stalk stalk?! nak kena sebat?!"
"Tak tak!"
"Diri elok-elok!"
Jungkook memperbetulkan keadaan berdirinya
"Jangan pergi mana-mana!"
"Mana je saya nak pergi, saya miski-"
"Melawan! nak kena sebat?!"
"Tak cikgu!"
"Duduk diam-diam!"
"Baik cikgu!"
Patuh Jungkook
Cikgu Jat masuk semula ke dalam kelas menyambung apa yang tergendala sebentar tadi
YOU ARE READING
UPIN IPIN S1+S2
Humor[ SIRI BUDAK KAMPUNG BY TAUGEH ] [ Season 1 = complete ] [ Season 2 = coming soon ] + Hubungan akrab adik beradik memang tidak dapat disangkalkan lagi. Tetapi sedarkah kita? bahawa perkara yang kita tidak impikan berlaku dalam sekelip mata? dan tanp...