"Baiklah, sampai disini sahaja penerangan saya tentang barang bersejarah disini. Semua bole-"
"Puan ros!"
Puan Ros memandang gerangan yang memanggil namanya
"Saya cuma nak tanya, bunga tu memang wujud ke? ataupun palsu?"
"Saya tak berapa pasti, kalau anak-anak semua nak tahu. Anak-anak boleh cari di dalam sosial media, mungkin ada"
Semua pelajar seperti tidak sabar mahu kembali ke dalam bilik mereka semula. Barangkali mahu mencari fakta tentang bunga misteri itu
"Sebelum kita bersurai, saya ingin memberi satu sahaja amaran"
Mereka memandang Puan Ros bingung
"Amaran apa puan ros?"
"Selepas jarum jam melepasi 12 malam, jangan sesekali keluar daripada bilik. Jangan berlegar dan jika mahu keluar juga, bawa seorang teman. Dan ingat,
jangan sesekali masuk ke dalam bilik di bahagian paling bawah. Itu kawasan larangan, anak-anak semua faham?"
Puan Ros berkata dengan wajah yang terpampang seperti benar-benar melarang mereka daripada melakukan semua perkara itu
"Faham!"
Jawab mereka serentak
Puan Ros tersenyum dan mengangguk
"Bagus, boleh bersurai. Anak-anak semua bebas melakukan aktiviti yang lain. Tetapi, jangan keluar daripada bangunan ini ye?"
"Baik puan ros!"
Puan Ros tersenyum, beliau memandang Seokjin sekilas
Seokjin bertentangan mata dengannya
"Abang, kau kenapa? nampak gugup je, kau okay tak?"
Jungkook bertanya, daripada hari pertama mereka datang ke sini. Seokjin berubah, seperti sedang mengimbas memorinya. Lain sungguh perangainya
"Ak-aku okay"
"Betul ke ni? kau sejak hari pertama kita datang sini, perangai kau berubah. Macam ada sejarah tentang kau dengan tempat ni, jujur dengan aku bang"
Jungkook memandangnya risau
"Tak, tak ada apa-apa. Aku cuma teringat yang-"
"Jungkook! cikgu jat panggil!"
"Kenapa?!"
"Manalah aku tahu! dia suruh aku panggil kau, tak ada bagi sebab kenapa dia panggil kau! ha kau kan detail aku bagitahu!"
"Alah! aku sorang je ke?!"
"Habistu?! siapa lagi nama jungkook bahalul! cepatlah!"
"Ye ye! jap!"
Jungkook memandang Seokjin
"Bang, jap tau. Aku nak jumpa cikgu jat"
Seokjin mengangguk
Sedang Seokjin asyik duduk bersendirian, dia seperti terasa seseorang sedang memerhatinya dari jauh
Seokjin memandang belakang, dan kelihatan Puan Ros memandangnya dengan senyuman
Seokjin memandang ke hadapan semula
"Kenapa cikgu panggil saya?"
Cikgu Jat yang asyik memandang pemandangan bukit terus mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook
"Jungkook, ada sesuatu yang cikgu nak beritahu"
"Apa dia tu?"
Belum sempat Cikgu Jat berkata-kata, bunyi jeritan mencelah
"AAAAH!!"
Kedengaran seorang pelajar perempuan menjerit di dalam biliknya
Padangan Cikgu Jat dan Jungkook beralih ke arah pintu lalu terus berlari menuju ke arah jeritan pelajar perempuan itu
"Kenapa ni?!"
Cikgu Jat bertanya dalam keadaan mengah
Ramai pelajar berkerumun disitu
Cikgu Jat dan Jungkook menolak pelajar lain untuk melihat apa yang berlaku
"Apa yang berlaku ni?!"
Tanya Cikgu Jat
"Cikgu!"
Pelajar perempuan itu terus berlari memeluk Cikgu Jat
"Kenapa ni?"
"Ta-tadi, sa-saya nampak-"
"Nampak apa?"
"Sa-saya nampak perempuan"
"Perempuan?"
"Di-dia pegang bunga"
Cikgu Jat memandang pelajar itu bingung
"Apa yang kamu maksudkan ni?"
"Bu-bunga-"
"Apa yang kecoh ni?"
Puan Ros mencelah
"Kenapa cikgu? apa yang berlaku? apa yang tidak kena disini? ramai betul pelajar berkerumun"
"Saya pun tak tahu, anak murid saya tiba-tiba menjerit. Mungkin dia takut berseorangan kot"
Pelajar perempuan itu memandang Cikgu Jat, dia menggeleng laju
Puan Ros memandang pelajar perempuan itu
"Apa yang berlaku anak muda?"
Pelajar perempuan itu terus menyembamkan mukanya ke bahu Cikgu Jat, badannya berpeluh teruk
Dia tidak mahu bertentang mata dengan Puan Ros
Mungkin masih dalam ketakutan
"Biasalah, tempat ini tempat lama. Mungkin dia tidak biasa dengan tempat sebegini. Maafkan saya ye cikgu"
"Ah, tak apa! biasalah, remaja. Mereka bukan macam kita dulu, puan ros jangan risau"
Puan Ros tersenyum lalu berlalu pergi
"Malam ni mya tidur dengan cikgu ye?"
Pelajar perempuan itu mengangguk laju
Semua berlalu pergi, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tinggal Jungkook seorang diri
Dia masih memproses apa yang berlaku
Perempuan? memegang bunga?
Gila ke?
Jungkook memandang kebelakang
Melihat kelibat Puan Ros yang sudah berlalu pergi
Jungkook mengangkat kedua belah bahunya, lalu pergi turun kebawah ingin berjumpa dengan Seokjin semula
"Dia tak kan tahu perkara sebenar, sehingga dia sedar daripada mimpi panjangnya"
TBC
YOU ARE READING
UPIN IPIN S1+S2
Humor[ SIRI BUDAK KAMPUNG BY TAUGEH ] [ Season 1 = complete ] [ Season 2 = coming soon ] + Hubungan akrab adik beradik memang tidak dapat disangkalkan lagi. Tetapi sedarkah kita? bahawa perkara yang kita tidak impikan berlaku dalam sekelip mata? dan tanp...