"Hati-hati pergi sekolah, jangan bawa motor laju sangat kook"
Nasihat opah
Anggukkan dan senyuman yang kekok diberi oleh Jungkook
"Dah pergi sekolah cepat, buat apa tercegat dekat depan pintu ni lama-lama?"
Seokjin dan Jungkook menundukkan kepala mereka
"Opah, tak apa ke kitorang tinggalkan opah? esok kitorang dah nak pergi lawatan tu, berat hati kami ni nak tinggalkan opah sorang-sorang"
Kata Seokjin sayu
"Jin, opah baik-baik je. Tak perlu risau pasal opah, opah bukan budak kecil lagi. Opah dah tua dah jin, opah tau macam mana nak jaga diri ni"
Opah ingin menyedapkan hati mereka
"Betul ni?"
"Iya, betul"
"Janji?"
Jungkook menghulurkan jari kelingkingnya kepada opah
Opah tergelak kecil lalu menyambut jari kelingking Jungkook dengan jarinya
"Janji"
Jungkook tersenyum puas
"Kali ni kook percaya opah, opah jangan mungkiri tau!"
"Ye, tak kan opah nak mungkiri janji opah dengan cucu kesayangan ni"
"Memang kook sorang je cucu kesayangan opah, campaklah jin jauh-jauh"
"Aloloh cucu opah lagi sorang ni, dua-dua opah sayanglah. Dah dah pergi sekolah cepat nanti lewat"
"Gediklah kau ni bang"
"Eleh kau, kau lagi gedik nak bagi jari kelingking bagai. Fikir comel?"
Jungkook menjeling
"Lambat jangan salahkan opah"
Opah menyilangkan tangannya di dada
"Okay okay, bye opah!"
Seokjin dan Jungkook berlalu pergi sambil melambai ke arah opah
Opah melambai perlahan
Apabila kelibat mereka tidak kelihatan, opah mengeluh kasar dan menutup pintu hadapan rumah
"Jin, kook. Korang dah hantar belum surat kebenaran dekat cikgu jat?"
Tanya salah seorang pelajar sekelas dengan mereka
"Belum"
Jawab dua beradik itu serentak
"Oh, kalau macam tu korang kena hantar surat tu sendirilah dekat cikgu jat"
"Kenapa pula?"
"Sebab tadi ketua kelas dah kutip awal-awal, takut dia lupa. Macamlah korang tak tahu ketua kelas kita ni jenis pelupa, bakal ada penyakit nyanyuk tu"
"Kau kata elok sikit eh, ketua kelas kita kawan aku. Korek hidung kau karang, hilang najis dia nanti"
Pelajar itu terdiam, lupa bahawa Namjoon sahabat kepada dua beradik ini
"Tau pun nak diam, tak apalah. Kitorang berdua jumpa cikgu jat nanti, thanks"
Kata Jungkook, tapi nadanya seperti ingin mencari gaduh. Kalau tiada keberadaan Seokjin disitu, dah lama rakan sekelasnya yang berada dihadapan ini disita
"Sama-sama"
Dia terus berlalu pergi, takut dibulilah tu. Dua beradik ini tidak sejahat mana pun, kalau sudah melebihi batas baru mereka bagi balasan
YOU ARE READING
UPIN IPIN S1+S2
Humor[ SIRI BUDAK KAMPUNG BY TAUGEH ] [ Season 1 = complete ] [ Season 2 = coming soon ] + Hubungan akrab adik beradik memang tidak dapat disangkalkan lagi. Tetapi sedarkah kita? bahawa perkara yang kita tidak impikan berlaku dalam sekelip mata? dan tanp...