🧟‍♂️prolog🧟‍♀️

1.6K 173 114
                                    

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 (𝔓𝔯𝔬𝔩𝔬𝔤)

"Ish, apa ni Wooyoung? Kan dah habis semua dalam ni." bentak K-onn yang tak henti-henti melayangkan bekas bulu tangkis kosong kepada abangnya berserta wajah cemberut.

Langsung tidak terdetik perasaan serba salah pada diri pemuda itu, malahan ada saja idea untuk mengusik adiknya.

"Bulu tangkis dah habis lesap kan? Apa kata kita main guna bulu ketiak aku, nak tak?" rasa tercabar si K-onn tatkala sesenang hati abangnya bergurau disaat dia serius.

"Ouh kau main-main ye? Meh sini aku tarik sampai ketiak kau botak, halus, licin! Lepas tu, aku ikat-ikat buat jadi bulu tangkis hehe."

"Jangan K-onn!"

"Khairil Uwais! Khairun Nisa! Apa kau orang terpekik-pekik dekat belakang rumah ni?" perbuatan K-onn terhenti ekoran seseorang mula melolong terjerit, memanggil nama mereka berdua.

"Ni ha abang Wooyoung ni dia smash kuat sangat, habis semua bulu tangkis tersangkut atas pokok kelapa hiks." adu si K-onn bersama rengekan manjanya.

San yang mendengar keluhan K-onn sekadar tergelak kecil.

"Nanti aku belikan bulu tangkis dah alang-alang nak keluar ni." tersengih-sengih K-onn yang baru meneliti wajah sepupunya.

"Ouh, patutlah lain macam saja bedak Carrie Junior bertepek dekat muka tu. Nak keluar rupanya." secara spontan San membelek wajahnya bersama perasaan malu bergunung.

"Halah, bedak je bukan celup tepung." dalihnya, cuba mempertahankan diri.

"Yelah, yelah. Pergi cepat, aku tak sabar nak buat tournament dengan Wooyoung ni!" desak K-onn yang cuba mengusir San.

"Em tengoklah kalau aku balik awal." ujar San yang sudahpun menghampiri motosikal tiga rodanya.

━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

Terbahak-bahak tiga rakan ini berbual di warung Pak Dollah, hinggakan salah satu mereka menepuk-nepuk meja.

"Tak sangka ada jugak yang curi buluh lemang kau, Gesdi." San cuba menahan diri daripada mentertawakan Agust D, namun dia tak mampu. Makin menghilai tawanya.

"Kau pun samalah, Hassan oi! Kena khianat dengan kawan sendiri pulak tu. Tak payah nak gelakkan aku sangat." terkedu San saat Agust D cuba mengorek rahsia yang dia hadapi sewaktu kejatuhan operasi kilang santannya.

Taehyung yang turut duduk semeja dengan mereka mahu saja menghamburkan tawa, namun tidak kesampaian tatkala dua susuk tubuh dikenalinya menghampiri warung mereka berlepak.

"Weyh, weyh, abah dengan pakcik kau tu!" perbualan lagha mereka mula dijedakan sejurus pandangan teralih pada ayah dan ayah saudara San yang lengkap berbaju Melayu dan berkain pelikat.

"Eh abah, pakcik. Datang dari mana ni?" kekok San menyoal mereka.

"Dari surau. Yang kamu semua ni mesti dari tadi melepak dekat sini kan?" terbungkam San untuk membalas disaat ayahnya, Encik Murad Choi bertanya.

Habis dalam benak fikirannya menyusun ayat untuk diperkatakan nanti.

"Kita orang pun dari surau jugak, lepas solat Isyak terus datang lepak sini hehe." sengaja San mengakhiri alasannya dengan sengihan gedik.

Kedua-dua lelaki berusia separuh abad itu melemparkan riak wajah sangsi terhadap San. Seingat-ingat mereka, kelibat San dan rakan-rakannya tiada langsung di mana-mana saf solat di surau tadi. Takkan budak tauke kilang santan ini mahu temberang mereka berdua?

Seperti tidak percaya, Encik Murad Choi cuba mengajukan soalan spesifik buat anak terunanya itu.

"Kalau betullah kamu bertiga dari surau tadi, surah apa yang dibaca Tok Imam Syed tadi di waktu rakaat kedua selepas Al-Fatihah?" mati kutu San dibuatnya tatkala soalan yang menjerat diri itu keluar dari ulas bibir ayahnya.

"Surah Al-Ikhlas." pantas dia menoleh Agust D yang tiba-tiba mencelah.

"Cuba bacakan." kali ini Agust D tergagap-gagap nak baca kalimat suci itu. Walhal sebenarnya, dia memberitahu secara rawak, tidak pasti surah itu dimulakan dengan ayat apa.

Sempat Taehyung menghantar pandangan asudah-mampoih-kita-weyh-kantoi-tak-solat-berjemaah-kat-surau-tadi kepada mereka berdua.

Dengan gugup, dia berdehem kecil sebelum memulakan bacaan. Moga-moga bacaan ini tepat dengan nama surah yang dijawabnya.

"Bismillahirahmanirah—" bacaan basmalah yang dilafazkan Agust D tergendala oleh kerana kedua-dua tubuh ayah dan ayah saudara San tiba-tiba tumbang di hadapannya.

Habis pelanggan warung Pak Dollah lari lintang pukang sejurus melihat insiden mengejutkan itu.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🍉🍉🍉🍉🍉

Nak fanfic ni diteruskan ke tak? 💆🏻‍♀️ Kalau tak dak sambutan, Wauthormelon nak unpub 😌

【✔️】𝒁𝒐𝒎𝒃𝒊 𝑲𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒈 𝑪𝒉𝒊𝒂𝒏𝒈𝒌𝒆𝒓𝒊𝒌 • 𝐁𝐓𝐒×𝐀𝐓𝐄𝐄𝐙Where stories live. Discover now