🧟‍♀️empat🧟‍♂️

573 123 43
                                    

Yuhu I'm back 🧛🏻‍♀️

🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 04

"Apa-apapun jangan sesiapa keluar dari persekitaran balai ray—" arahan yang dikeluarkan oleh Taehyung terpaksa dijedakan seketika berikutan dia terpandang tiga pemuda yang lari lintang pukang, menghala ke arahnya.

"Eh, Namjoon, Jungkook, Hongjoong! Ni dah kenapa muka lain macam ni?" risau dia akan keadaan rona kulit mereka bertiga yang pucat lesi.

Setelah mendapati penat dari berlari mulai kurang, akhirnya sepupunya Namjoon mula membuka cerita yang terjadi di belakang rumah tadi.

Mereka yang senyap-senyap memasang telinga pun mengerumuni pemuda-pemuda itu, berminat untuk turut sama mendengar.

"APA? Tok ketua dalam jamban dengan Jimin? Kau betul ni, Joon?" sampuk Agust D sambil menayangkan air muka kesangsiannya, tidak tahu sama ada kata-kata Namjoon boleh dipercayai ataupun sebaliknya.

"Sumpah bang, saya sendiri nampak dengan dua biji mata ni, walaupun sepet. Kalau tak percaya jugak, tanyalah dekat Jungkook dengan Hongjoong tu."

Berbuih-buih mulut Namjoon panjang bercerita, masih ada yang tidak mempercayai, dikatakan dusta pula.

"Sungguh bang Gesdi oi, itu yang kami cepat-cepat datang ke sini, takut kena kejar zumba Tok Ketua." tokok Jungkook, mahu menyakinkan Agust D.

"Zumba, zumba. Itulah jenis tarianlah! Zombi!" tegas Hongjoong memperbetulkan percakapan rakannya.

"Eh sekejap, mana lagi sorang budak bertuah ni?" tertanya-tanya Namjoon, ingatkan dia turut bersama-sama ketika berlari tadi, rupa-rupanya tidak.

"WOI!" serentak mereka serta penduduk kampung menoleh ke arah seseorang yang menerpa ke arah balai raya.

"A—PA PUNYA KAWANLAH! Sam—pai hati korang ting—galkan aku sorang-sorang dalam jamban hiks." tergagap-gagap Jimin bercakap setibanya di hadapan balai raya, lemah semangat terlihat mayat hidup ketua kampung gamaknya.

"Sorrylah Jimin. Kita orang takut jugak tadi, tu pecut kalah Usain Bolt hehe." tersengih-sengih Jungkook memberi alasan.

San yang ralit memerhatikan mereka berempat mula teringatkan sesuatu.

"Weyh, mana Hoseok dengan Yunho? Tiba-tiba hilang ni."

"Kau ni nyanyok ke apa? Dia orang baru je naik basikal, pergi kedai Pak Manap. Nak beli top-up." sudah terjawab kemusykilan San lantaran Seokjin memberitahu. Namun tidak sampai sesaat, San menepuk dahi.

"Yeke? Lah, kenapa malaun-malaun tu tak bagitahu nak pergi beli top-up? Aku pun kredit dah habis ni hiks." San mula diserang perasaan terkilan, sudahlah kredit telefon umpama nyawa buatnya.

"Ish, apa punya anak? Pentingkan sangat kredit tu, ayah sendiri hilang entah mana taknak endahkan pulak." bagaikan anak panah terhunus pada badan, San terkaku akan kata-kata sentap Jongho, adiknya sendiri.

Mereka yang terdengar perbualan adik beradik itu hanya mampu mempamerkan riak wajah tabah-ye-ada-adik-macam-ni kepada San.

Pada masa yang sama, masing-masing dalam diam mula memikirkan perkara yang sama; mampukah Hoseok dan Yunho pulang ke sini dengan selamat?


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"Haih, kenapa waktu ni jugak nak jadi?" Yunho merungut sebelum menjatuhkan tongkat basikalnya.

Hoseok yang menaiki basikal berasingan pun berhenti di hadapan Yunho.

"Itulah kau, dari haritu lagi aku suruh kau pergi kedai repair basikal, kau tak nak. Degil. Hah, ini makannya." Yunho mengerling Hoseok penuh menyampah sebelum jari jemari ligat menyentuh rantai basikal yang terlorot jatuh.

Setelah beberapa minit menunggu Yunho membaiki basikal, baru sekarang Hoseok menelan liur dengan perit sambil deria penglihatan dihiasi dengan suasana sawah padi di malam hari yang pastinya sunyi dan menyeramkan. Sesekali, bulu romanya pun terpacak naik.

"Erk Yunho? Lambat lagi ke nak perbaiki rantai tu?" soalnya penuh gelisah, emtah kenapa Hoseok merasakan dirinya diperhatikan seseorang  dari jauh.

"Sabarlah, ingat senang ke?"

Secara tiba-tiba, bunyi serigala melolong tanpa henti. Hampir membuatkan Hoseok melatah, tetapi mujurlah istighfar yang mendahului keluar dari mulutnya.

"Ya, aku tahu sabar tu sebahagian daripada iman. Tapi sekarang kita kena blah, basikal tu kita tinggallah dekat sini." desak Hoseok yang sudahpun bersiap sedia untuk mengayuh basikal.

Mahu saja Hoseok memberitahu Yunho apa yang dilihatnya sekarang, akan tetapi lidah jejaka itu menjadi kelu, sukar sekali untuk menzahirkan melalui kata-kata.

"Haih, kau ni kan—" Yunho tidak mampu menghabiskan percakapan tatkala matanya betul-betul bertentang dengan sesuatu yang kasar menghembuskan nafas.

"OTAK! OTAK!"

"LARI SEOK LARI!"


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️

Dorang sendiri jumpa muehehehe

【✔️】𝒁𝒐𝒎𝒃𝒊 𝑲𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒈 𝑪𝒉𝒊𝒂𝒏𝒈𝒌𝒆𝒓𝒊𝒌 • 𝐁𝐓𝐒×𝐀𝐓𝐄𝐄𝐙Where stories live. Discover now