Bukan selalu nak update malam buta macam ni muehehehe
🍉🍉🍉🍉
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 02"Lari? Mana mungkin mayat ayah dan pak ngah boleh lari, apatah lagi nak terjun dari tingkap bilik. Nonsense!"
Semua penduduk yang berkumpul di balai raya Kampung Chiangkerik tekun mendengar suara tentangan daripada Harraz Johari, selaku anak kepada ketua kampung itu sendiri.
"Dah Jongho, duduk, duduk. Jangan melulu cakap, pasti ada sebab dia orang lenyap dari bilik." Harraz Johari yang dipanggil Jongho itu dengan geram menghenyak punggung pada tempatnya.
Dengusan dilepaskan penuh kasar, masih tidak berpuas hati akibat hujahnya dihentikan oleh abang sendiri, Hassan Mustakeem.
Dalam keriuhan yang melenyapkan suasana sunyi di balai raya, salah seorang hadirin mengurut dagu, cuba mencari logik di sebalik kehilangan mayat ketua kampung dan adiknya.
Perbalahan sesama penduduk kampung bertukar menjadi senyap tatkala bunyi kerusi ditarik kedengaran kuat.
Dengan yakin, dia bingkas berdiri dari kerusi plastik yang didudukinya, mahu menyuarakan pendapat berunsurkan teori.
"Maaf sebab mencelah wahai hadirin semua, tapi berdasarkan teori yang cuba saya kaitkan ni, saya dapat rasakan yang mayat ketua kampung dan adik dia telah bertukar menjadi cengkerik jadian yang asyik mengeluarkan bunyi 'chiachiachia' tu.
Sepertimana kita sendiri tahu, kampung kita ni mendapat namanya bersempena kisah legenda yang terjadi dekat sini dulu.
Jadi, tak mustahillah kalau semua terjadi, kan?" rata-rata penduduk membalas anggukan memandangkan teori yang diterangkan oleh Amin Zakwan kedengaran agak relevan pada halwa telinga mereka.
Namun tanpa diduga, sekotak santan dilempar oleh seseorang yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ini. Habis kepala jejaka itu membenjol akibat dibaling objek bersegi itu.
"Kau jangan nak merapulah, Mingi. Jangan nak kaitkan kisah legenda Kampung Chiangkerik dengan kehilangan dia orang, ini bukan teori BTS.
Baik kau duduk sebelum aku kurangkan upah membelah buah kelapa kau nanti." tersengih-sengih Mingi mengambil tempatnya semula. Malu dilempar produk keluaran kilang SanTan Enterprise itu oleh bos sendiri.
"Okey sebelum kita kupaskan telur-telur, eh maaf, kupaskan topik ni lebih lanjut, terlebih dahulu saya nak—" kata pembuka bicara San pertuturkan tertangguh berikutan dia terpandang beberapa orang kampung tiba-tiba rebah ke lantai.
Lain-lain yang masih tidak diserang pengsan hanya mampu beriakkan wajah asudah-jangan-lepas-ni-turn-aku-pulak.
━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━Makin tegang keadaan di balai raya setelah diketahui angka kematian penduduk kampung Chiangkerik kian melonjak naik, hingga ke larut malam.
"Haih, tertanya-tanya aku sekarang ni, macam mana boleh ramai yang meninggal malam ni? Berjemaah pulak tu." mata-mata penduduk kampung ralit memerhati lagak Yusoff Thariq yang melangkah ke hulur ke hilir dari tadi.
"Erm Yunho, ayat tu kasi elok sikit. Beramai-ramai keyh, bukan berjemaah." sempat Harris Solihin menyampuk untuk membetulkan istilah yang sepatutnya diperkatakannya.
"Sama jelah Hoseok oi~" jelingan menyampah Yunho hadiahkan buat Harris Solihin yang dikenali dengan gelaran Hoseok itu. Ada saja nak diperbetulkan si pengusaha lemang itu.
"Dah dahlah tu kau orang, benda kecik jugak nak gaduhkan." bercekak pinggang Zarul Irsyad dibuatnya, payah sekali nak redakan situasi begini.
"Jangan marah bang Seokjin. Nanti lekas tua, dah tak boleh jadi kampungwide handsome." seloroh Fahmi Safwan lalu merehatkan lengannya pada bahu lebar milik Zarul.
Zarul yang diketahui dengan julukan nama Seokjin mula mengemam bibirnya, sambil mencipta pandangan jangan-sampai-aku-debik-kau-nanti-Seonghwa-oi pada Fahmi.
"ARGHHH!"
Namun pandangan maut itu tidak berkekal lama ekoran dia dan yang lain-lain terdengar satu jeritan aneh dari ruang dalam balai raya.
"Siapalah yang menjerit macam Elmo tercekik mikrofon tu?" berkerut-kerut Agust D memikirkan gerangan yang melolong jerit seperti itu.
Tanpa membalas persoalan jejaka berona putih pucat bak mayat hidup itu, San serta yang lain berdesup lari memasuki balai raya.
Dan pastinya, apa yang difikirkannya dalam diam tadi betul-betul terjadi. Kesemua mayat yang dikumpul atas tikar getah hilang begitu saja.
Patutlah Wooyoung menjerit-jerit tanpa henti dari tadi.
✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
🍉🍉🍉🍉🍉
Wauthormelon nak cakap satu benda. Welcome BTS (back to school muehehehe) Tau-tau saja BTS nak buat comeback hari yang sama😌
YOU ARE READING
【✔️】𝒁𝒐𝒎𝒃𝒊 𝑲𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒈 𝑪𝒉𝒊𝒂𝒏𝒈𝒌𝒆𝒓𝒊𝒌 • 𝐁𝐓𝐒×𝐀𝐓𝐄𝐄𝐙
Horror©2020 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [KAMPUNG BOI SERIES #3] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝙻𝙰𝚆𝙰𝙺 𝙱𝙾𝙳𝙾 𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙿𝙰𝚂𝚃𝙸𝙽𝚈𝙰 𝙷𝙰𝙼𝙱𝙰𝚁⚠️ Kampung Chiangkerik, sebuah penempatan terpencil ya...