"Hadiah terakhir daripada aku."
▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆
Entah mengapa sejak dari aku memarahinya, dia langsung tidak mengunjungi aku.
Masih terasa dengan akukah? Aku memicit perlahan pelipis kepala yang terasa berdenyut.
Mengapa aku perlu berfikir tentang dia? Bukankah itu yang aku mahu? Jauh dari lelaki yang pernah menyakiti aku.
Lelaki yang pernah menabur janji untuk membahagiakan aku dan akhirnya diakhiri dengan kecurangan.
Melihat suami sendiri bersama gadis lain di atas katil, bukankah itu sudah cukup untuk aku membencinya?
Tapi mengapa hati aku masih dihurung rasa bersalah?
Jangan katakan yang aku sudah mula jatuh cinta padanya semula.
Tak, ini semua mimpi. Sedarkan aku dari mimpi ini.
TING TONG
"Yoongi?" tanpa sedar, aku menyebut namanya.