"Hadiah terakhir daripada aku."
▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆
"Aku akan kahwin bulan depan." ayat itu acap kali terngiang - ngiang di telinga aku.
"Aku ada belikan chandelier kesukaan kau. I hope you'll like it." katanya seraya menyuruh pakar elektrik itu memasang chandelier di tengah ruang tamu.
"Anggaplah ni sebagai hadiah. Hadiah terakhir daripada aku." ucapnya lalu menguntum senyum.
Kad jemputan dihulurkan pada aku. Tertera namanya bersama seorang gadis, Han Jihee.
"Kau jangan risau. Dia baik. Pandai masak. Suka buat lawak macam kau." ujarnya bersama ketawa hambar.
Aku cuma tersenyum dan memandang dia yang sibuk menceritakan bakal isterinya.
Aku dah kehilangan Yoongi selamanya.
Surat penceraian yang diserahkan pada aku semalam diambil. Setitis demi setitis mutiara jernih mengalir di pipi.
"Sumpah, saya masih cintakan awak, Yoongi."
Jika boleh, aku mahu undurkan masa dan betulkan segala salah silap aku namun apakan daya ianya berada di luar kemampuan aku.
Dan, aku terpaksa merelakan pemergian dia.