"Hadiah terakhir daripada aku."
▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆
Chandelier pemberian Yoongi di siling ruang tamu aku renung lama.
Hari ini, hari perkahwinan Yoongi dan gadis pilihannya. Aku tumpang bahagia.
Deringan telefon dan mesej yang masuk dari tadi aku abaikan. Kaki mengorak ke luar pintu dan bergerak ke dewan.
+ + +
Yoongi tersenyum bahagia tatkala wanita kesayangan berada di sisi. Kini, mereka sudah sah bergelar suami dan isteri.
Tetamu yang hadir juga tak henti mengucapkan tahniah kepada mereka.
Saat mahu menyambut tetamu yang lain, matanya menangkap susuk tubuh aku yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
Aku tersenyum melihat dia dan Jinhee.
Lantas dia juga menghadiahkan senyuman manis buat aku.
Tanpa sedar, air mataku mengalir tanpa dipinta.
Terima kasih kerana pernah bahagiakan saya.
Terima kasih kerana pernah hadirkan cahaya kegembiraan pada saya.
Terima kasih atas segala kasih dan cinta yang pernah awak curahkan dahulu.
Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan saya walau hanya sementara.
Terima kasih kerana hadirkan diri dalam kisah hidup saya.
Terima kasih untuk pemberian hadiah terakhir awak.
Chandelier, ia bukti cinta saya pada awak.
Di bawah langit malam, chandelier ini akan sentiasa menemani saya.
Tanpa awak di sisi.
.
.
.- E N D
dengan itu, tamatlah fanfic segera ini. Maafkan min kalau ada tersilap atau terkasar bahasa atau tak kena dengan gaya korang.
Min buat secara spontan fanfic ni. tengah duduk dalam rumah orang kaya astu ternampak chandelier ni pulak AHAHAHA entah la tibeh je idea datang.
maafkan min kalau ending dia hambar AHAHAHAH pftt ketahuilah min buat dalam rumah orang ni ♥️ once again, thank you visiting this story. Your vote and comment means a lot to me ♥️🔅
thank you.
love tags :
ssawyoongs ssawvaend iamputr1 honeydeew_ ainatasha_ pottaetto trouvaillx-jm scftjm- lexxalyn07 ssawvantae taehyunggborahae_ Myleopard98 imowlek mintangerine mintsugashi -Minimonimo dairymlk_ -j3onjk Duriyan japchaejoon- moommeeyoons staeberriesmilk