"Hadiah terakhir daripada aku."
▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆
Aku lemparkan tas tangan ke katil. Mulut tak henti merengus geram.
Insiden di kafe sebentar tadi benar-benar buatkan hidup aku musnah. Impian aku untuk berpisah dengan Yoongi dikuburkan apabila lelaki itu bertindak merayu di kaki aku.
Merayu untuk memberikannya peluang untuk bersama aku untuk satu tempoh yang bagi aku agak lama.
Dua minggu.
Tempoh itu terlalu lama. Bagaimana jika cinta yang hampir terpadam itu membara semula?
Tak. Aku tak mahu itu berulang semula. Cukuplah dia sakiti aku dengan kecurangan yang aku sendiri saksikan.
"Kau gila, Yoongi. Kenapa kau tak lepaskan sahaja aku?" dinding ditumbuk sekuat hati. Darah yang mula mengalir aku abaikan.
Sakit di tangan tidak sama sakit di hati. Hati aku ditoreh sedalam - dalamnya oleh Yoongi.
Kepercayaan yang aku beri dia musnahkan begitu sahaja. Kesetiaan aku dia abaikan. Cinta aku dibuang seperti sampah.