"Hadiah terakhir daripada aku."
▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆▆
Wajahnya yang kosong tanpa riak itu aku pandang. Genggaman kertas di tangannya melonggar.
"Perlu ke kau buat semua ni?" soalnya sambil memandang aku.
Aku mengangguk perlahan dan hulurkan sebatang pen. Aku ketap bibir dan cuba pandangnya.
Riak wajah aku kawal sehabis baik. Aku tak mahu nampak lemah di hadapannya. Saat pen itu diambil, aku berharap agar semuanya segera selesai.
Belum sempat dia mahu turunkan tandatangan, suara garaunya memenuhi halwa telinga aku.
"Kau pasti aku akan turunkan tandatangan? Tak. Aku takkan."
"Kenapa? Give me the reason." soalku tidak puas hati.
"Beri aku peluang terakhir. Jika benar kita sudah tiada rasa cinta, aku akan lepaskan kau."
"Enough , Yoongi. Saya tiada masa nak layan. Tolong tandatangan segera." kertas permohonan penceraian aku tolak perlahan padanya.