episode 1 (harapan)

143 2 1
                                    

Hai. Aku ros. Cerita ni mengisahkan tentang aku dan kawan-kawan aku. Nak tahu apa yang berlaku pada kami? Teruskan membaca.

"Ringggg." Talifon terus berbunyi tanpa henti. Aku hanya memandang dengan pandangan kosong. Fikiran ku bercelaru.  Aku keliru dalam membuat keputusan. Sama ada perlu terus berkerja atau berhenti dan sambung belajar. 

Aqish:" kenapa tak angkat talifon tu? Mana tahu ada panggilan penting." Soal aqish sambil sibuk melayan pelanggan.

"Malas lah" jawab aku sepatah.

Aqish hanya memandang aku dengan pandangan geram . Dia sudah lali dengan perangai aku yang keras kepala dan tidak suka mendengar arahan dari orang lain.

Talifon terus berbunyi. Akhirnya aku mengalah. Telifon dicapai dan panggilan diangkat.

"Waalaikumussalam , iya nenek?" Jawab aku malas.

Nenek:" ada surat tawaran sambung belajar ni. Akak tak nak pergi ke?" Tanya nenek penuh harapan.

Ros:" bukan tak nak. Tapi..." Belum sempat menghabiskan ayat. Nenek terlebih dahulu mencelah.

Nenek:" pergi lah kak. Mana tahu bila akak tolak tawaran ni tak kan ada lagi tawaran lain." Agak perlahan suara nenek memujuk.

Hati aku mula terkesan dengan sikap nenek yang tidak henti-henti memujuk dengan penuh sabar. "Hurrmmm" keluhan berat dilepaskan.

Ros:" iya la. Akak pergi." Akhirnya aku mengalah. Tawa riang nenek membuat aku sedikit lega dengan pilihan yang telah aku buat. Mungkin telah tiba masanya untuk aku membanggakan nenek dan atok.
Wajah ibu dan ayah mula berlayar dimata. Aku mula sebak. Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi.

"Kak, Berapa?" Tanya salah seorang pelanggan .
Lamunan terhenti. Hari yang sibuk membuatkan aku terlupa seketika masalah yang bermain diminda.

Hari sudah hampir melabuhkan tirai. Aku menarik tangan aqish dan menghampiri kerusi yang telah tersedia disitu.

"Kenapa?" Tanya aqish hairan. 
Tiada sahutan. Aku mula memejamkan mata mengumpul kekuatan .

"Aku nak berhenti kerja." Kata aku perlahan.

Aqish:" kau nak sambung belajar kan? " Tanya aqish teruja.

Aku hanya menganggukkan kepala. Hati aku seakan tidak setuju dengan apa yang aku sendiri katakan. Sungguh berat untuk aku meninggalkan aqish dan berhenti kerja.

Aqish:" kejar masa depan kau. Aku tahu kau boleh." Kata aqish memberi harapan.

Aku hanya mampu menghadiahkan senyuman seikhlas hati.

********************************

Hari interview.

Hati aku masih berbelah bahagi. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan . Andai masa boleh diputar kembali aku pasti tidak akan bersetuju dengan cadangan nenek. Aku buntu. Telah terlambat untuk aku berpatah balik. Aku tidak mahu menghampakan harapan nenek untuk melihat aku berjaya suatu hari nanti.

Tiba didewan. Mata aku melilau mencari sesuatu. Aku berharap ada seseorang yang aku kenali.

Nenek": tu bukan ana ke kakak?" Tanya nenek sambil menunjukkan kearah yang dimaksudkan. Aku turut sama memandang kearah yang ditunjuk.
Hati aku mula lega. Nampaknya aku tidak keseorangan.

Laju aku menghampiri ana dan keluarganya. Ana mula melambai dari jauh.

"Ehhh ros. Kau pun ada." Sapa ida yang muncul dari arah belakang.

Aku, ana dan ida merupakan sahabat baik dari zaman sekolah. Hati aku mula disapa perasaan gembira.

Aku , ana dan ida telah bersetuju untuk melanjutkan pengajian dikolej yang sama dan mengambil jurusan yang sama.

dorm 2BWhere stories live. Discover now