Selepas kejadian tersebut ida mengambil keputusan untuk extend semester. Dia trauma dengan apa yang telah terjadi. Akhirnya ida pulang ke kampung dan mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan dengan kampung kami.
Aku fikir semuanya telah berakhir kerana sebulan kami tenang tanpa sebarang gangguan.
"akak. akak. Buka pintu" ketukan bertalu² tanpa henti. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Ana bangun membuka pintu.
Ana: " kenapa terjerit-jerit ni.? Ketuk pintu macam nak roboh. " bebel ana tanda tidak puas hati kerana tidurnya diganggu.
Belum sempat ana melihat siapa yang mengetuk pintu nurul, ila, ara dan ayu terlebih dahulu berlari memasuki bilik."korang ni dah kenapa?" tanya ana pelik.
"kak ros, bangun" panggil nurul sambil menggoyangkan badan aku.
Ros:" korang nak apa malam² ni. Tak tengok jam ke dah pukul berapa. Pergi la tidur." kata aku sambil menarik selimut menutupi kepala.
Ila: " kami takut la kak, boleh tak kami tumpang tidur bilik akak.?" akhirnya aku akur untuk mengorbankan masa tidur aku.
Ros: " apa yang ditakutkan sangat tu?" tanya aku sambil melangkah ke bilik air untuk membasuh muka.
Nurul:" cuba akak tengok gambar ni." arah nurul sambil menghulurkan telifon miliknya.
" gambar apa ni?" lama aku melihat gambar yang terpapar di screen talifon. Ana dan siti juga melihat gambar yang ditunjukkan oleh nurul. Gambar seorang nenek tua. Bermata merah. Kulit muka yang hampir tercabut. Sungguh mengerikan.Siti: " gambar nenek mana pulak kau ambil ni nurul?" marah siti kerana dia fikir nurul cuba menakutkan kami.
Nurul: " tadi kami main tangkap-tangkap gambar. Muka siapa palik hodoh dia menang. Mula-mula semua gambar elok je muka kami. Bila tengok balik gambar ara jadi macam ni." Terang nurul panjang lebar.
Aku mengarahkan semua berkumpul diruang tamu. Niat asalnya nak bincang jalan penyelesaian. Tapi lain pulak jadinya.
Sedang leka mencari cara penyelesaian tiba-tiba ara menjerit dan membaling talifon miliknya.Ana mengambil telifon milik ara dan menghulurkan kepada aku. Luruh jantung aku apabila melihat gambar bungkusan putih bermata merah tegak berdiri ditepi tingkap.
Ros:" siapa yang hantar gambar ni ara?"
Ara:" saya tak tahu kak. Tak boleh tengok siapa pengirimnya" jawab ara dengan suara yang tersekat-sekat kerana ketakutan.
Ros: " cuba korang tengok gambar ni betul². Aku macam pernah tengok tingkap ni." agak perlahan suara aku berbisik kepada siti dan ana risau ada junior yang dengar.
Siti:" ni bukan tingkap rumah kita ke.?" Tanya siti hairan.
Aku, siti dan ana terus bagun menuju ke tingkap ruang tamu. Yes, tekaan kami tepat. Pocong yang kami lihat didalam gambar kini betul-betul berada didepan mata.
Ana: "apa yang kita patut buat ni.?" bisik ana.
Aku dan siti hanya mematukan diri disitu.
Nurul:" akak ok ke tu?" tanya nurul sambil menghampiri kami.
" kami ok." jawab aku. Belum sempat nurul menghampiri kami aku terus menarik nurul untuk duduk semula diruang tamu. Akhirnya persoalan kami menemui jalan buntu.
Ros:" dah pukul 3 ni kita tidur dulu. Esok akak pergi jumpa warden bagi tahu hal ni."
"kami takut la kak." jawab ara.
Ros:" tak ada apa la, gambar je tu. Dah pergi..." belum sempat aku menghabis kan ayat, aku merasakan ada sesuatu menitik di dahi.
Masing² memandang ke atas. Kipas yang berpusing kini berhenti. Nenek tua berambut panjang, bermata merah mengalirkan darah dengan kulit muka yang hangus terbakar sedang bertenggek di atas bilah kipas.
YOU ARE READING
dorm 2B
HorrorKerana dendam, persahabatan musnah. Pelbagai peristiwa aneh yang mengganggu mereka selepas memasuki dorm 2B. Nak tahu apa yang berlaku kepada ros, ana, ida, nurul dan siti. Teruskan membaca.