episode 5 (siapa nurul?)

42 1 0
                                    

"ros!!" Laung seseorang.
Melilau aku mencari kelibat siapa yang memanggil nama aku.

"wehhh, ros. Laju² ni kau nak pergi mana?" tanya amar.

Amar merupakan pelajar jurusan accountant semester 4 . Hubungan kami tidak rapat kerana kami bukan dari jurusan yang sama. Macam mana aku kenal amar? Boleh dikatakan amar ni lelaki pilihan dekat kolej kami. Mempunyai wajah yang kacak dan datang dari keluarga senang membuatkan amar digilai ramai. Kiranya hot staff la katanya. Macam mana amar kenal aku? Jangan tanya, sebab aku pun tak tahu. Mungkin time bacaan yassin dekat hostel aku. Hehehhe  aku ni bukan la pelajar yang terlalu aktif dekat kolej so mustahil kalau ada pelajar dari jurusan lain yang kenal aku.

Ros: "ehh. Amar. Aku nak balik hostel je ni" jawab aku acuh tak acuh. (malu sebenarnya)

Amar:" kau tak balik kampung ke ros?" tanya amar. Sambil berjalan bersebelahan aku.

Ros:" tak," jawab aku sepatah.

Amar:" boleh aku mintak number kau tak? Aku ada benda penting nak cakap."

"sorry la, aku nak cepat." jawab aku sambil melajukan langkah. Malas nak berborak lama-lama dengan amar takut juga kalau ada fans dia yang datang serang aku. Hehehehe.

****
Pukul 8 malam.
Bib.. Telifon aku berbunyi menandakan ada pesanan yang diterima. Selesai membaca pesanan tersebut aku terus memandang ana dan siti.

"bila kau free? Aku nak jumpa. - amar"

Belum sempat aku bertanya ana terlebih dahulu bersuara.
Ana: " aku yang bagi number kau dekat amar. Bosan aku, dia asyik mintak number kau je. So aku bagi je la. " jawab ana tanpa ada perasaan bersalah.

Ros: "malas la. " kata aku dengan perasaan geram.

Siti:" pergi je la ros, mana tahu ada benda penting dia nak cakap. Dia nak lamar kau kot. "  suka sangat siti dapat menyakat aku.

"ok, aku tunggu kau dekat mamak" aku membalas whatApps dari amar.
Dengan perasaan malas aku gagahkan juga diri untuk bersiap dan berjalan menuju ke kedai mamak. Setibanya aku disitu, kelibat amar sudah kelihatan.

Ros:" ada apa kau nak jumpa aku ni? " Tanya aku acuh tak acuh. 

Amar:"kau tak sihat ke ros?" tanya amar seakan berbisik.

Ros:" ada la demam sikit tapi tak teruk pun. macam mana pulak kau boleh tahu aku tak sihat ni? Ana bagi tahu ke?" tanya aku sedikit tak selesa. Dalam hati aku ni rase nak hempuk je ana dengan kuali.

Amar:" bukan ana yang bagi tahu. Tapi aku yang nampak."

Ros:" nampak? maksudnya.? " almaklumlah aku ni blurr sikit. So memang akan banyak tanya bila tak faham.

Amar:" aku nampak ada nenek atas bahu kau." Kata amar sambil memandang ke arah aku.

Ros:" what? Nenek?" sedikit tinggi suara aku akibat terkejut. Nasib baik tak ramai yang ada masa tu. Kalau tak buat malu je.

Amar:" aku rasa macam ada yang tak kena dengan hostel kau dan dengan kau jugak. "

aku hanya diam membiarkan amar bersuara.

"ada orang bagi kau makan benda pelik-pelik tak.?" tanya amar.

"takkan la sup nurul tu" monolog aku sendiri.

"Kau cakap apa ros? " tanya amar apabila soalannya tak dijawab.

Ros:" ehh tak ada apa-apa. Mana ada aku makan pelik-pelik." dalih aku.

Amar:" aku rase elok kau buat sport check dekat hostel kau. Mungkin kau akan jumpa sesuatu." cadang amar bila tengok aku still diam tak bersuara.

Ros: "ermmm. Ok" jawab aku dengan perasaan yang bercampur baur. Tak tenang aku memikirkan nurul. Aku tak percaya nurul sanggup buat aku macam ni. Puas aku menidakkan persoalan yang berlega diminda.

dorm 2BWhere stories live. Discover now