OK guys, aku seronok nak cerita part ni. Part dimana dorang terpaksa setuju nak ikut aku pindah hostel. Nak tak nak dorang kena jugak setuju nak pindah hostel sebab warden datang kebilik kami untuk minta jawapan.
Yes, akhirnya pindah hostel. Hahahah seronok yee. Tengok apa yang jadi nanti.
*****
Lepas habis kelas business tax aku terus ke bilik warden untuk mengambil kunci hostel baru. Disebakan hostel tu dah lama terbiar dan tak berpenghuni so kami terpaksa la bersihkan dulu hostel tu sebelum boleh berpindah masuk ke situ. Hari sudah melabuhkan tirai jadi kami mengambil keputusan untuk tidak membersihkan hostel pada hari yang sama.******
Keesokan harinya.Disebakan hari ni hari sabtu, aku, ida, ana dan siti dah berpakat nak kemas "rumah baru" kami . Kami memang tak ada kelas pada hari sabtu dan ahad.
So, inilah masa yang sesuai untuk membersihkan "rumah" baru kami."Klikk" , pintu yang berkunci bertahun lamanya akhirnya terbuka.
"bismillah, assalamualaikum" kata kami serentak sebelum melangkah masuk. Bau busuk mula menusuk hidung kami. Ruang yang penuh bersawang menjadikan ruang tersebut nampak sedikit suram.
Ida: "weh, Jom la balik. Aku takut la."
Siti: "kau ni ida. Tak ada apa pun. Tak kan sawang pun kau takut."
" habis yang bau busuk ni apa.? Kau nak cakap bau kentut kau ke?" jawab ida hampir menangis.
Ida ni paling penakut antara kitorang. Bayang² sendiri pun dia cakap hantu. Hehehehe.
"dah la tu, kalau asyik gaduh je sampai bila pun tak kan siap." marah ana.
"so, kau nak kami buat apa ni ros?"tiada jawapan.
"ros!! Kau jangan main². Tak kan kau cabut dulu kot." jerit ana sedikit kuat.
" ye, aku dekat dapur ni. Dari dengar korang gaduh baik aku buat kerja" jawab aku sambil membuka paip untuk membasuh bahagian dapur.
Disebabkan hostel terlalu besar jadi kami bahagikan bahagian masing-masing.
Sedang leka memberus lantai.
"ros" ada bisikan halus memanggil nama aku. Aku terus mendongakkan kepala.Tiada sesiapa.
"Aduhh" hampir tersungkur aku ke lantai. Laju tangan aku menggosok kepala yang sakit terhantuk kedinding.
"siapa pulak yang tolak aku ni!! " sedikit tinggi suara aku menahan marah.
" kau ok tak ros?" jerit siti dari bilik 4.
"aku ok" jawab aku dengan perasan penuh hairan.
" siapa pulak yang tolak aku ni" bebel aku sendiri." aaarrggghhhhhh" bergema satu hostel dengan jeritan ida.
"kenapa wehh? Kau ok tak?"
kelam kabut kami berlari mendapatkan ida. ida hanya mampu menangis dan menunjukkan bungkusan yang berada dibawah katil.
Belum sempat membuka sepenuhnya bungkusan tersebut aku terus berlari ke tandas membuang segala isi perut.Habis nasi ayam yang aku makan pagi tadi.
"siti kau tolong buang plastik tu boleh tak? Aku tak tahan la bau dia. Busuk sangat" loya bila mengenangkan cebisan daging dipenuhi ulat.
Siti: " aku pergi buang jap, korang settle kan dulu mana yang tak siap" nasib baik tong sampah besar hanya di tepi hostel.
"aduhhh, maaf ye saya tak perasan" hampir terlepas bungkusan ditangan. Siti menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang telah melanggar dirinya. Namun tiada sesiapa.
YOU ARE READING
dorm 2B
HorrorKerana dendam, persahabatan musnah. Pelbagai peristiwa aneh yang mengganggu mereka selepas memasuki dorm 2B. Nak tahu apa yang berlaku kepada ros, ana, ida, nurul dan siti. Teruskan membaca.