episode 6 (kerana dendam)

43 1 0
                                    

Kami memilih untuk berjumpa di sebuah cafe di bandar. Meja bahagian dalam dan ditepi dinding menjadi pilihan kami. Kedudukan meja tersebut agak tersorok dan tidak terlalu bising sesuai untuk kami berbincang. Hampir 20 minit menunggu akhirnya amar tiba bersama aliff.

Amar:" sorry lambat, aliff ni bersiap mengalahkan perempuan."

Aku dan ana hanya mampu tersenyum.

Amar:" kenapa korang nak jumpa ni? Kau rindu aku ehh ros?"

Ros:" banyak la kau punya rindu." geram aku dengan sikap amar yang keanak-anakan.

Ana:"kitorang ajak jumpa sebab nak tunjuk benda ni."

Amar dan aliff berpandangan sesama sendiri sebelum mengambil bungkusan kuning tersebut.

Aliff:" korang jumpa kat mana bungkusan ni? Aku rasa aku dah buang hari tu." kata aliff musykil.

"dah buang.?" tanya kami serentak.

Aliff:"korang ingat tak time kami azankan hostel korang?"

"Ingat" penuh teliti aku dan ana mendengar.

Amar:" masa tu kitorang jumpa bungkusan ni dekat bilik 2."

"hah.? Bilik 2?" terkejut aku kerana bilik 2 merupakan bilik aku dan ana.

Amar:" selain dari bungkusan ni aku ada jumpa banyak lagi gambar kau ros. tapi gambar kau penuh tercalit darah."

Ros:"gambar aku?" tanya aku blurr. Terus aku memandang ana.

Ana:"kau jangan nak tuduh aku yang buat." laju ana menidakkan.

Aliff:" korang jangan risau, aku dan amar akan cuba bantu apa yang patut."

Amar:"aku cuma nak ingatkan, dalam berkawan kena ada had. Jangan ingat orang baik dengan kita maknanya dia suka kita." pesan amar.

Aku dan ana hanya fokus mendengar. Tak berani nak menyampuk.
Selesai menjamu selera kami minta diri untuk pulang kerana hari sudah hampir senja.

Amar:" ingat pesan aku tu. Sebelum tidur amalkan baca 3 qul dan berwuduk."
Aku dan ana hanya mengangguk sebelum pulang ke hostel.

Tiba dihostel azan maghrib sudah kedengaran.

"Assalamualaikum " kata kami serentak sebelum melangkah masuk.

Ana:" ros jangan pandang atas." Bisik ana agak perlahan.

disebabkan aku ni kawan yang menurut kata aku terus mendongak ke atas. Bukan nenek tua yang bertenggek dibilah kipas tetapi nurul.

Perasaan tidak sedap hati mula mengetuk pintu hati.

"jom la masuk bilik, kita solat dulu." kata ana sambil menarik tangan aku.
Sudah menjadi kebiasaan kami berdua membaca yassin sementara menunggu masuk waktu isyak.

"Ulek mayang ku ulek. Ulek dengan jala jemala"

Terdengar sayup-sayup orang menyanyikan lagu ulek mayang.
Aku buat-buat tidak dengar dan teruskan bacaan yassin dengan nada yang lebih kuat.

"Ku tahu asal usul mu, Yang laut balik ke laut, Yang darat balik ke darat"

"Ana" panggil aku.
Ros:" ana. Kau dengar tak apa yang aku dengar?"

Diam tiada sahutan.

Ros:" ana!! Kau dengar tak? " tanya aku sambil pusing kebelakang untuk melihat ana.

Aku lihat ana duduk dalam posisi menari. Tangannya lentik ke atas. Sungguh lembut gerak tarinya. Ana bukanlah seorang yang suka menari apatah lagi pandai menari.
Ana berhenti menari tetapi posisi nya tetap sama. Dia memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

dorm 2BWhere stories live. Discover now