Kereta mewah BMW I8 memasuki perkarangan rumah agam Tengku Adha dan Tengku Amina. Pintu keretanya ditutup dan berjalan memasuki rumahnya tanpa memberi salam atau mengetuk pintu terus badannya dihempaskan di sofa empuk itu.
"Ma! Pa! Adam dah sampai!" Laung kuat suara Adam memanggil kedua orang tuanya. Kot hitam dibuka lalu dicampak tepi.
"Aduhh!" Terus bangun Adam dari pembaringannya apabila ada sesuatu yang mencubit telinga. Terlihat kedua ibu bapanya sudah selamat duduk di hadapannya.
"Adam kenapa masuk tak beri salam" Keras suara Tengku Adha menegur Adam. Masuk sahaja terus baring dan hanya memanggil mereka berdua seperti itu sahaja? Ya Allah anak aku ini.
"Hurm..apa yang penting urgent sangat papa dengan mama nak bagitahu ni?" Adam menukar topik berbualan kerana malas mahu menjawab soalan remeh papanya.
"Bila kamu nak berubah Adam. Tolong.."
"Papa and mama suruh Adam datang sini semata-mata nak cakap benda ni lagi?" Adam cepat memotong kata-kata papanya seraya mendengus kasar. Kaki terus berjalan meninggalkan mereka berdua. Penat-penat aku datang sini. Benda yang sama sahaja diungkit.
"Papa nak Adam bernikah hujung bulan ni" Sebaris ayat yang pendek akan tetapi tepat dan padat. Tidak perlu bercakap panjang lebar dan dia perlu paksa juga Adam bernikah dengan anak Kamaruddin itu.
Terus terhenti langkah Adam apabila gegendang telinganya mendengar 'hajat' papanya. Badan terus berpusing melihat kedua orang tuanya. What?!
"Pa! No!" Adam meninggikan suaranya. Ini gila! Suka tentukan masa depan dia! Dia sudah besar dia yang sepatutnya tentukan haluan hidup dia sendiri!
"Adam, mama merayu kali ini saja Adam patuh dengan kami ya? Mama dan papa sayang kamu. Adam ikut kata kami ya?" Lembut pertuturan Tengku Amina pada Adam. Dia dan suaminya perlu juga berbesan dengan Kamaruddin untuk bermenantukan Shafura. Dia mahu kerana dia kenal Shafura itu. Amat sopan dan dia pasti menjaga dirinya dengan baik.
"Mama papa please. Soal ni biar Adam yang tentukan! Ini masa depan Adam! Bukan mama dengan papa!"
"Kalau macam tu. Betul Adam tak mahu tunaikan permintaan mama dengan papa?" Tengku Adha bangun menuju ke arah Adam. Dia berjalan mengelilingi Adam.
"Yes pa! No! No and no!" Adam masih tetap dengan pendiriannya. Papanya yang berjalan mengelilinginya dibiarkan.
"Kalau macam tu, jawatan CEO of Adam's Luxury Pearl Hotel Auristela papa gantikan dengan Affandy dan Adam akan hilang semuanya. Termasuk kekayaan yang Adam ada. Mahu?" Tengku Adha mengugut supaya Adam menerima cadangan mereka berdua.
"Huh! That's it?! Pa ma, I don't care about anything what you say. Duit? Huh Adam boleh cari sendiri, semua Adam boleh buat sendiri. Papa and mama tak payah penat-penat nak ugut Adam. Adam tak kisah" Senyuman sinis dibibir Adam membuatkan Tengku Zaiton tidak keruan. Apa perlu dia lakukan? Dia sudah tiada idea.
Tengku Amina melihat wajah suaminya. Dia betul-betul sudah tiada idea. Dia tidak sangka Adam sebegini. Fikirnya Adam akan terima.
"Okay. Disebabkan Adam tolak permintaan papa dan mama, papa terpaksa hantar kamu pulang ke Australia sana. So, Adam akan bertolak pulang ke sana esok juga!" Ditekankan sedikit ayat 'pulang Australia' supaya anak keduanya mendengar apa yang dikata olehnya. Dia berjalan menuju ke sofa meninggalkan Adam yang terpinga-pinga. Dia tahu, Adam tidak mahu pulang ke Australia sana.
Adam mendengus kasar. Bibirnya diketap menahan geram. Argh! Dia sudah agak papanya akan mengungkit tentang itu!
"So?" Tengku Adha hanya memandang wajah anaknya. Senyuman panjang terukir dibibir. Dia tahu mesti Adam terima juga.
YOU ARE READING
MR.CEO ITU AKU YANG PUNYA! [S.U]
RomanceNew version from 2017 Siapa sangka seorang playboy dan CEO yang amat terkenal akan menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan keluarganya. Hanya untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik? Huh! "Aku tetap Adam yang sama! Takkan berubah!" -Tengk...