Ben pov
Selepas semua kawan kawannya bertolak balik , dia terlihat masih ada seorang kawannya yang masih tercongok di dalam rumahnya itu. Siapa lagi kalau bukan si Ajim , ya sahabatnya yang satu itu memang sedikit pelik tapi tetap menjadi kegilaan ramai wanita walaupun sudah warga emas HAHAHAHA.Back to the topic
'Asal kau tak balik lagi ni? ' tanya Ben pada kawannya itu. 'Aku nak tanya sikit boleh tak pasal... Fiqa? ' soal Ajim. 'Hm boleh ja. Nak tahu apa? ' kata Ben. 'Boleh tak kalau kau tolong aku sikit. Aku nak tahu semua tentang dia , apa yang buat dia berubah? makanan faveret dia? semualah!.. ' balas Ajim. 'Amboi kau!! Semangat nampak.. jangan cakap yang kau dah... ' Ben sengaja tergendalakan kata-katanya itu.
Ajim terus tersenyum dan mengangguk tanda dia memahami apa yang ingin dikatakan oleh Ben tadi. 'Hm okaylah aku tolong.. tapi aku nak kau janji yang kau takkan sakitkan hati dia lagi. Dan takkan ulang peristiwa yang dia pernah lalui dulu! ' Ben memberi amaran kepada Ajim. 'Okay!! Aku janji!! ' kata Ajim sambil mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.Lalu Ben pun memulakan mukadimahnya untuk menceritakan jalan hidup seorang gadis yang bernama Iman Syafiqa.
'Seperti yang aku cerita tadi dia dah lama kenal laki tu , nama laki tu Adam Zafril. Dialah manusia durjana yang telah mengubah hidup Fiqa dari seorang yang ceria ke seorang yang kasar. Sebenarnya lepas kejadian tu Fiqa mula kemurungan dan sentiasa berkurung dalam bilik sampai umi dengan babah dia dah tak tahu nak buat macam mana dah. Dan akhirnya umi dan babah dia minta tolong aku untuk slow talk dengan dia , selepas seminggu aku bercakap dengan dia bagi dia semangat. At last dia decided nak ubah hidup dia. Paling aku terkejut sekali dia buang semua baju dia yang warna warni tu tinggal yang hitam putih dan kelabu ja. Aku pun taknak push dia sangat dah itu yang dia nak , asalkan dia nak keluar dari bilik dan hidup macam biasa tu pun kitorang dah bersyukur... tapi perangai dia juga berubah semakin hari semakin kasar tapi yang uniknya dia tetap pakai baju kurung dan tetap ada manja dia tu. Mungkin orang lain tak nampak tapi kalau dah betul kenal rapat dengan dia memang dia manja. Macam yang kau tengok tadi kat dapur dia nangis kat bahu aku.' terang Ben pada Ajim.
'Jadi apa makanan yang dia suka? Nak nombor fon dia boleh?.. ' tanya Ajim lagi pada Ben. 'Fiqa suka Nasi goreng pattaya , kek coklat dan ayam masak merah... tapi sebenarnya dia tak memilih dalam makan ni sebab dia tu kaki makan apa yang ada semua dia bedal je HAHAHAHA! ' kata Ben. 'Kalau dia merajuk kau bawa je dia pergi makan nanti okay la tuh.. ' kata Ben lagi.
'Nah ni haa nombor dia 012×××××××… yang selebihnya pandai pandailah kau tackle sendiri ye. Aku cuma boleh tolong setakat ni ja. ' kata Ben setelah selesai ceritanya tadi. 'Baik boss!! Patik janji akan menjaga tuan puteri sebaiknya.. hahahaha ' kata Ajim sambil tertawa.
YOU ARE READING
See How Much I Luv You!
RomancePermulaan kisah cinta antara dua hati yang asing antara IMAN SYAFIQA , seorang gadis tomboy tapi masih memakai baju kurung. Dengan AZIM HAIKAL , seorang instaselebriti HOT yang telah lama menjadi 'pujaan hati' sang gadis. Pertemuan demi pertem...