BAB 12🍫 - Ice Berg

0 0 0
                                    

Selepas 30 minit...

Ajim pov

       Tibalah mereka di sebuah taman. Tiba-tiba dia terdengar suara dengkuran halus disisinya. Dengan segera dia mengalihkan pandangan ke arah bunyi tersebut dan dia melihat Fiqa yang sedang nyenyak tidur. 

       'Eyyy comelnya dia tidur!!  Macam nak cubit-cubit je pipi dia tu.. '  kata Ajim dengan perlahan. Setelah beberapa minit dengan keadaan itu. Dia terus menolak sedikit tubuh Fiqa untuk membangunkannya. Akhirnya Fiqa yang sedar dari lenanya itu terus menggeliat. 'Eh awak kita dah sampai eh? '  soal Fiqa yang sedikit mamai itu. 'Ahaa kita dah sampai, jomlah turun.'  kata Ajim pada Fiqa.

Selepas penat berjalan...

       Mereka menuju ke sebuah tempat rehat batu yang tersedia dia taman itu. 'Awak apa kata kita main ice berg nak? '  kata Ajim setelah beberapa minit mereka duduk disitu. 'Laa nak buat apa pulak main benda tu? '  soal Fiqa yang hairan. 'Yala senang sikit kita nak kenal diri masing-masing kan.. ' jawab Ajim. 'Hm oklah kalau macam tu.  Jomlah main! '  jawab Fiqa pula.

Ajim pov

      Ajim pun memulakan soalannya pada Fiqa.

'Parents awak kerja apa? '

Babah saya pesara tentera darat. Sebab tulah tadi dia macam garang sikit dengan awak.  Umi saya pula pesara cikgu sekolah.

'Awak kerja apa?  Nama penuh awak apa?  lahir bila? '

Buat masa sekarang ni saya tak kerja lagi. Sebab saya masih blur nak kerja apa walaupun saya ada degree. Nama penuh saya Nur Iman Syafiqa Binti Kamal Ezri. Birthday saya dah lepaslah 9 haribulan Mac.

'Awak suka apa? '

Saya suka makan  , baca novel dan dengar lagu. Saya juga sukakan kpop.

'Ni soalan last dari saya...  awak dah berpunya? '

Macam mana saya nak kata eh. Nak kata dak macam ya. Tapi buat masa lani saya kapel dengan kpop ja HAHAHAHA.

'Jadi awak single lah kan? '

Aha single lah.  Sapa la nak kat saya ni.

'Ni soalan paling last...  Awak orang mana? '

Saya orang Utara Kedah. Awak tanya ni mesti awak tengok saya cakap pelik sikit kan..

'Ahaa betoila tuh.. '

Selepas selesai soalan dari Ajim. Maka kini mulalah giliran Fiqa pula untuk bertanya.

Fiqa pov

'Awak kerja apa? Nama penuh apa?
lahir bila? '

Saya kerja sebagai paid review di ig atau lebih senang saya ni instaselebriti. Nama penuh saya Muhd Azim Haikal Bin Azeli.  Birthday saya hujung tahun ni 30 Disember.

'Kenapa awak nak kawan dengan saya?  Macam mana awak tau saya suka makan? '

Sebabnya adalah saya nak kawan dengan awaklah. Ouh pasal tu saya tanya Ben.

'Kenapa awak baik sangat dengan saya ni?  Awak tau kan saya ni bukanlah perempuan yang fames macam awak? '

Iman Syafiqa saya nak kenal awak dengan lebih rapat.. Saya nak tahu siapa diri awak sebab saya rasa saya jatuh hati pada awak sejak kali pertama kita berjumpa dulu. Saya tak kesah siapa awak.

'Apa maksud awak sejak kali pertama?'

Saya tahu awak adalah gadis yang pernah langgar saya di mall dulu.  Gadis yang pakai mask hitam tu adalah awak Iman Syafiqa!

'Awak merepek apa ni Ajim!  Kita tak pernah jumpa la! '

Tak awak tipu saya yakin tu awak sebab mata tu memang mata awak. Saya cam mata hazel awak tu! Kenapa susah sangat awak nak mengaku?

       Haishhh terbongkar sudah semuanya. Fiqa tidak mampu berkata-kata lagi. Selepas lama dia diam akhirnya dia bersuara. ''Ya sayalah gadis yang langgar awak haritu.  Saya tak sengaja lah. Saya tau la awak marahkan sayakan?? '  kata Fiqa pada Ajim. 'Tak saya tak marah pun.  Tapi saya pelik kenapa awak lari macam nampak hantu eh?? '  tanya Ajim. 'Sebenarnya saya seronok gila masa tu sebab.... jumpa dengan instacrush saya.. ' kata Fiqa dengan nada yang perlahan tapi dapat didengari oleh Ajim.

       Fiqa yang malu dengan kata-katanya tadi terus blushing. ajim yang perasan muka Fiqa dah berubah merah sebab malu terus tersenyum. Tanpa dia sangka yang Fiqa juga salah satu peminatnya dia instagram.

       'Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan aku yang satu ini! '  bisik Ajim dalam hatinya. Setelah hampir sejam berada di taman itu mereka berdua membuat keputusan untuk pulang. Lagipun sudah nak masuk waktu senja.

See How Much I Luv You!Where stories live. Discover now