BAB 19🍫 - Tunangku!

2 0 0
                                    

       Selepas beberapa bulan mereka ber'kawan'. Akhirnya Ajim membuat keputusan untuk menghantar rombongan untuk masuk meminang Fiqa. Hal ini juga disokong oleh Fiqa hundred percent  ! Gila sapa tak syok nak kahwin omjjjj!!!

       Selepas Ajim berbincang dengan kedua orang tuanya Encik Azeli dan Puan Kamsah akhirnya mereka setuju dengan pilihan hati anak kesayangan mereka itu. Mana tidaknya hendak di larang takut terjadi hal yang tidak diingini pula. Hati muda ni bukan boleh diusik sangat! 

Tibalah hari untuk menyunting bunga di taman...

       Fiqa yang sedang berada di dalam biliknya agak nervous apabila teringatkan kata-kata bapa Ajim

'Alang-alang dah nak merisik apa kata kita adakan majlis pertunangan terus... lagipun perkara yang mulia tak elok di lambatkan! '

       Kata-kata itu  bermain di benak fikirannya saat ini. Dia juga tidak sangka selepas apa yang terjadi dalam hidupnya dulu  , dia fikir yang mungkin dia tidak akan hidup dalam berumahtangga lagi. Iyalah dia pun sudah putus harapan untuk mengenali hati budi manusia yang bergelar lelaki.  Tidak sangka lelaki yang selama ini menjadi instacrushnya telah meruntuhkan pandangan buruknya  terhadap kaum lelaki. Dan kini lelaki itu akan bergelar tunangnya kemudian suami

        Selepas 30 minit Fiqa bersendirian dalam biliknya yang telah dihias cantik itu. Akhirnya salah seorang wakil dari pihak lelaki iaitu mak kepada Ajim , Puan Kamsah dan uminya  , Puan Aisyah juga turut diikuti para tetamu yang lain masuk ke dalam biliknya. Fiqa berasa malu apabila Puan Kasmah mula mendekatinya untuk sesi menyarung cincin .

       Selepas selesai sesi tersebut photograper mula bermainkan peranan mereka untuk menangkap gambar. Bilik itu dipenuhi dengan flash dari kamera milik mereka. Pada saat itu Fiqa dan Ajim sah bergelar tunang ! Tunang ja dulu kahwin kahwin tunggu dulu jangan nak gelojoh sangat!

Keesokkan hari...

       Tersebar luaslah berita tentang Instaselebriti Pujaan Ramai kini bergelar Tunangan orang!  bermacam macam kata-kata yang dikomenkan pada posting gambar majlis pertunangan di account instagram  milik Ajim saat ini

Tahniah idolaku 😍! Semoga bahagia sentiasa dengan tunangmu!

Congrat Ajim sem ! 😊😊

Kenapa!!!  whyy perlu bertunang??  i hate it!! 😑😤

Dasar perempuan perampas!!  Aku benci dia!!  😡😡

       Berbagai-bagai komen yang dilemparkan oleh warga net itu untuk dirinya. Ada yang mengucapkan tahniah ada juga yang melemparkan bunga taik ayam padanya. Tetapi dia tidak menghiraukan semua itu. Dia cuma membalas

      Terima Kasih kerana sentiasa menyokong saya!!  Saya hargai niat baik korang semua.. ☺☺

       Selepas menghantar komen itu. Dia terus menutup telefonnya kerana hendak merehatkan dirinya yang sedikit penat sejak akhir-akhir ini. Mana taknya dia sudah mula busy menguruskan hal kahwinnya. Pergi khusus kahwin lah macam macam nak kena buat..

       Dalam penat itu terselit rasa bahagia yang tak terhingga kerana tidak lama lagi dia kan bergelar seorang suami!!

See How Much I Luv You!Where stories live. Discover now