BAB 14🍫 - Charming!

0 0 0
                                    

       Hari yang dijanjikan telah tiba. Malam ini Fiqa telah siapkan diri dia. Dia memakai baju T berwarna hitam berlengan panjang dan seluar jeans hitam. Di lengkapkan dengan shawl berwarna hitam juga. Tampak elegan dia pada malam itu walaupun hitam dari atas sampai bawak. Akhirnya dia turun ke ruang tamu untuk meminta izin dari kedua orang tuanya itu. Lalu mereka pun mengizinkan Fiqa untuk keluar. Tidak lama selepas itu  , Ajim pun sampai. Fiqa segera ke kereta dan dia berkata

      'Awak bagi sayalah bawak kereta!  Nanti senang nak pi tengok BB!.. '  pinta Fiqa. 'Awak ada lesen ke? ' soal Ajim sedikit khuatir.  'Awak jangan pandang saya takdak mata ok!  Saya ada ja lesen tapi malas nak bawak kereta! ' kata Fiqa. Akhirnya Ajim mengangguk dan bertukar tempat dengan Fiqa.

Selepas 35 minit...

       Tibalah mereka ke destinasi yang di bawa oleh Fiqa. Lalu Fiqa pun mematikan kereta dan  mereka pun melangkah keluar dari kereta. Reaksi muka Ajim sedikit bingung. Fiqa yang perasan muka Ajim lain macam akhirnya dia menegur lelaki itu.

       'Awak okay dak ni?  ..'  soal Fiqa. Tanpa menunggu jawapan dari Ajim  , dia terus meninggalkan lelaki itu yang masih terpinga-pinga.

       'Now kita dah sampai!  Welcome to BB!  Atau nama penuhnya Bakti Budi!'  kata Fiqa dengan semangat pada Ajim. Ajim menjadi semakin terkejut hingga tidak terkata dia melihat begitu ramai orang disitu dan terdapat juga banner besar yang tertulis

Welcome to BB / BAKTI BUDI!
Program Amal yang menyediakan makanan  , minuman dan keperluan kepada golongan  :
Gelandangan
Anak Yatim

       'Awak ni lah BB yang awak katakan tu? '  soal Ajim.  'Aha nilah BB tu..'  balas Fiqa. Tanpa melengahkan masa Fiqa terus mengajak Ajim untuk ke sana. Mereka turut serta memberi pertolongan sebagai sukarela.

       Sedang asyik menolong tanpa sedar Fiqa sedang memandang Ajim yang seronok dengan keadaan itu dan terbit satu perkataan dari mulut Fiqa. 'Charming! ' kata Fiqa dengan perlahan. 'Dia memang pilihan yang tepat!  tuhan aku sedang jatuh cinta! ' bisik Fiqa dalam hati kecilnya.

       Selepas selesai menolong  , mereka berdua melangkah kearah sebuah bangku yang berdekatan disitu lalu duduk untuk menghilangkan penat. 'Saya seronoklah datang sini!  Kalau boleh nak datang selalulah! ' pinta Ajim. 'Boleh ja.. Kalau awak nak tau program ni milik babah dan umi saya.. lepas diorang bersara dari kerja sayalah yang sambung jaga. ' terang Fiqa.

        'Awak saya ada sesuatu nak bagi tahu awak...  Saya harap awak okay ye? ' kata Ajim. 'Ahaa.. Apa dia? '  balas Fiqa. 'Sebenarnya saya.... sukakan awak Iman Syafiqa! ' kata Ajim dengan senafas. Fiqa yang terkejut dengan kata-kata Ajim terus diam bukan kerana tak suka tapi jantungnya seperti hendak meletup sahaja! Melihat Fiqa yang hanya mendiamkan diri membuatkan Ajim berkata

       'Takpa kalau awak tak terima lagi saya tahu awak masih takdapat nak terima mana-mana lelaki dalam hidup awak.. tapi tolonglah bagi saya peluang untuk menjaga awak Iman Syafiqa... Saya akan tunggu hingga awak betul-betul bo... ' belum sempat Ajim menghabiskan ayatnya terus Fiqa memotong

       'Tapi saya tak sukakan awak! ' balas Fiqa bersahaja kerana ingin melihat reaksi Ajim. Wajah lelaki itu terus berubah sedih dan dia hanya diam. Lalu dia bangun dari duduk dan mengajak Fiqa untuk pulang. Fiqa hanya tersenyum kerana dia yakin yang Ajim mesti sedang terluka. Belum sempat lelaki itu melangkah pergi  , akhirnya Fiqa bersuara

       'Awak! Azim Haikal!  Memang saya tak suka kan awak sebab saya... cintakan awak!!! '  jerit Fiqa lalu meninggalkan Ajim yang seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. Terasa bagai jantungnya terkena renjatan elektrik apabila mengingatkan kata-kata Fiqa sebentar tadi.

See How Much I Luv You!Where stories live. Discover now