05

32 4 0
                                    

HANEUL POV

Aku sedang berjalan menulusuri lorong-lorong yang terdapat di istana dengan gaun berwarna biru yang labuh menyentuh lantai

Tapi dipertengahan jalan, aku terserempak dengan Baekhyeon oppa yang merupakan abang sulung aku

Aku hanya berjalan tanpa menyadari kewujudannya disana

"Sejak kau kenal manusia tu, kau dah lain eh sekarang" tegur Baekhyeon membuatkan Haneul berhenti berjalan

"Kau tak payah banyak cakap lah dan lagi satu kau tak payah sibuk pasal kehidupan aku" kata Haneul

"Aku kena tau pasal hidup kau sebab kau tu adik aku" kata Baekhyeon dengan penuh penekanan

"Heh, sejak bila kau anggap aku adik kau? Kau tu gila kuasa sebab tu lah kau sanggup tinggalkan aku kat depan istana iblis dulu" kata Haneul

"Dan sebab kau, Taehyung hampir mati. Kau ingat aku tak tau, selama ni kau lah yang buat kereta dia hampir meletup dan hipnotis dia untuk berdiri kat tengah-tengah jalan. Aku tak bodoh lah Baek" kata Haneul dan berlalu pergi

"Kau tunggu pembalasan aku Haneul" kata Baekhyeon

-

Hari ini, Jungkook dan Haneul telah kembali ke dunia manusia selepas 2 bulan berada di langit

"Neul nak balik rumah Kook or nak jumpa Taehyung hyung dulu?" Tanya Jungkook

"Esok je lah jumpa, tengah penat ni" kata Haneul

"Hmm ok jom" kata Jungkook

-

Aeri dan Haneul sedang berada di dapur untuk memasak makan malam.

Semasa Haneul sedang menggaul bihun di kuali, dia terdengar Taehyung memanggilnya dan automatik sahaja dia menghilang dari hadapan Aeri membuatkan wanita itu cuak

"Dia ni pon kalau nak pergi tu cakap lah" kata Aeri geram

-

TAEHYUNG POV

Aku memanggil nama Haneul dan muncullah dia dengan dua senduk dan apron berwarna biru dibadannya dengan gaya menggaul sesuatu membuatkan aku kebingungan

"Awak buat apa ni?" Tanya Taehyung sambil menyengetkan kepalanya

Seketika Haneul melihat tempat dimana dia berada sekarang dan baru dia tersedar yang dia berada di rumah Taehyung

"Awak panggil saya ke?" Tanya Haneul

"Umm Yes" kata Taehyung

"Kenapa panggil?" Tanya Haneul

"Saje" kata Taehyung sambil memangku wajah tampannya dengan kedua tangannya

"Kacau orang masak je" kata Haneul

"Awak masak apa?" Tanya Taehyung

"Kenapa? Nak makan jugak ke?"

"Heheheh kalau boleh lah" kata Taehyung

"Sini tangan" kata Haneul sambil menghulurkan tangannya pada Taehyung dan disambut oleh sang jejaka

Dalam sekelip mata, mereka berdua telah duduk di meja makan yang berada di rumah Jungkook

Haneul hanya menayangkan muka selamba sedangkan tiga orang lainnya menatap tak percaya lebih-lebih lagi Taehyung

"Yakk kalau nak muncul tu pun bagi lah salam" marah Jungkook

"Bila masa pulak Kook ni bersopan santun?" Tanya Haneul sembari tersenyum

"Suka-suka je teleportkan orang" kata Taehyung

[C] My Angel || KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang