04

29 5 0
                                    

"Awak akan cintakan saya walaupun saya bukan manusia?" Tanya Haneul membuatkan Taehyung kebingungan

"Apa benda awak cakap ni?" Tanya Taehyung

"Saya bukan manusia" kata Haneul

"Habis tu awak ni apa? Hantu? Alien?" Kata Taehyung

"Saya malaikat yang ditugaskan utuk menceriakan awak balik dan tinggal seminggu je saya kat dunia manusia ni" jelas Haneul

"Apa benda semua ni? Saya tak faham"

"Awak pergi jumpa Jungkook" arah Haneul

-

"Kook jelaskan semua ni sekarang" kata Taehyung

"Ok macam ni, aku dengan Haneul tu malaikat atau lebih tepatnya Putera dan Puteri Langit. Setiap malaikat akan ditugaskan untuk menjalankan tugas yaitu menceriakan manusia-manusia di bumi dan pada tugas terakhir, kami diberi pilihan akan menjadi manusia ataupun malaikat"

"Tugas terakhir aku adalah untuk ceriakan balik Aeri yang masa tu hampir bunuh diri dan siapa sangka kitorang jatuh cinta pulak jadi aku putuskan untuk jadi manusia. Tapi disebabkan aku Putera Langit, aku tak boleh buang kuasa aku. Sebaliknya aku boleh bertukar menjadi manusia dan malaikat dalam suatu masa yang sama" kata Jungkook

"Haneul macam mana pulak?" Tanya Taehyung

"Dia sama jugak macam aku, kalau dia nak jadi manusia kuasa dia masih ada dalam diri dia dan ada lagi satu pasal Haneul yang akan aku bagitau selepas kau kawin dengan dia" kata Jungkook

"Pasal apa?" Tanya Taehyung

"Kau tunggu je sampai Haneul dah sah jadi isteri kau" kata Jungkook

-

"Neul" panggil Jungkook

"Hmm apa?" Tanya Haneul

"Dari semalam Kook tengok asyik termenung je, fikirkan Taehyung ke?" Tanya Jungkook pada kembarnya itu

"Ye lah Kook, Neul rasa bersalah sangat sebab tipu dia" kata Haneul lalu meneteskan air mata

Inilah kali pertama Jungkook melihat adiknya menangis di hadapannya kerana seorang lelaki.

"Kook faham apa yang Neul rasa sebab Kook pun pernah rasa benda tu, Yang Neul kena buat hanyalah redha yang dia bukan jodoh Neul" pesan Jungkook sambil mengusap lembut rambut Haneul

-

Selama beberapa hari ini, Haneul tidak pergi ke pejabat membuatkan Taehyung merindukan gadis yang selalu menjadi mood booster nya di pejabat.

Lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah langit dan seketika terlintas momen kebersamaannya bersama gadis itu.

Dia langsung mengambil kunci keretanya dan melajukan keretanya meninggalkan pejabatnya.

-

Dia memasuki pejabat JJK Company dan masuk ke dalam ruangan kerja Jungkook.

Tetapi dia tidak menemukan kelibat Jungkook sama sekali di situ. Setelah itu dia langsung menemui Aeri di ruang kerjanya.

"Mana Jungkook?" Tanya Taehyung

"Ouh Jungkook takde kat sini" kata Aeri

"Dia kat mana?"

Aeri hanya menunjukkan jarinya ke atas yang bermaksud Jungkook berada di langit

"Dengan Haneul?"

"Yup!"

"Bila diorang balik lagi?" Tanya Taehyung lagi

"Entah tak pasti yang pasti diorang akan balik lepas semua hal kat sana selesai" kata Aeri

[C] My Angel || KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang