PROLOG

15 3 1
                                    

PROLOG

LANGIT biru di Australia kian terang dek matahari yang menyilaukan mata Huna yang sedang bersiap untuk graduasinya, sudah terpacak tegak jam sembilan. Julia yang sedang mengemas barang untuk ke majlis itu asyik menyanyi di atas katil dengan suara ala serak-serak basah menusuk ke telinga siapa yang mendengar. Huna mula jengkel dengan silauan dan tusukan itu lantas bersuara.

"Arghh! My eyes!" jerit Huna di dalam bilik, sedang berhias lantas menyahut, "Julia, boleh tak kau tolong tutupkan tirai tu?"

"Of course, my princess" balas Julia dengan mata juling ke atas seraya gelak tanda bergurau. Julia memandang ke arah tirai balkoni dengan mata terkelip-kelip silau, laju membelakangi tirai mengelak cahaya kepanasan dan menarik tirai sampai ke hujung. "Wah, panas betul hari ni! Hmmm... Harap-harap dewan nanti tidak lah sepanas ni." kata Julia, bergerak ke katil, "Wah, excited-nya aku nak tauliah. Lama dah tak balik rumah. Eh Huna, kau ada rasa teruja tak nak tauliah ni?"

"Mestilah teruja. Dah lima tahun dah tak balik Malaysia. Tak sabar nak jumpa abang aku kat rumah. Mak cik dan pak cik aku mesti tak sabar nak jemput aku esok kat KLIA. Asyik skype je, tak feelings."

"Macam mana-lah agaknya muka abang aku sekarang. Mesti dah gemuk sebab kerja makan sahaja. Dulu punyalah famous sebab mukalah konon. Arghh, tak sabarnya nak balik rumah!" desis hati kecil Huna sendirian.

Teringat Huna akan wajah abangnya yang mempunyai rambut tebal yang selalunya diikat ke belakang seperti samurai Jepun. Pernah sekali rambut itu cuba dipotong oleh Huna tapi abangnya sangat sensitif dan sukar dikawal menyebabkan misinya gagal. Terusik di fikirannya dengan kisah silam abangnya yang pernah menjadi pelajar popular di sekolah menengah dahulu.

"Kacaknya Luthfi Dil tu. Dia dah ada girlfriend ke, Huna?" tanya Fatiya, rakan sekolah Huna.

"Apa yang kacaknya dengan abang aku tu? Macam beruk je aku tengok. Kau tak payahlah mengurat dia. Baik kau kejar Aiman tu. Hensem, macho, pandai dan sebagainya. Hiks-hiks" menggedik Huna menyebut nama budak pandai tersebut.

"Kau ni Huna. Tak yah 'sebagainya' sangatlah." sindir Fatiya dengan jari membuat simbol pembuka penutup kata. "Abang kau tu budak popular kat sekolah kita ni. Dah lah hensem, bergaya, badan kuat, ahli sukan, semua lah. Kau nak budak skema tu ambil-lah, janji kau bagi abang kau kat aku. Hehe...

"Heh!" dengus Huna lalu berpaling tidak peduli hendak ke kelas. Fatiya yang tidak perasan kerana leka memandang Luthfi Dil, dengan pantas mengejar Huna di belakangnya setelah sedar ketiadaan Huna dengan memaling kepalanya ke kanan dan kiri tercari-cari.

LOCENG terus berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat. Ketika semua pelajar bergerak pulang melalui susur gajah, Luthfi ternampak Huna dari belakang, berlari, kemudian mengunci kepala Huna dengan tangannya. Tertunduk Huna menghadap lantai merengek.

"Hei, lepaslah abang!"

"Tak nak. Abang nak putuskan kepala kau yang bulat ni."

Huna lantas menggigit lengan Luthfi memaksa lidahnya untuk menjerit kesakitan. Luthfi membuka headlock dan mengipas tangannya kesakitan.

"Tulah. Nak sangat.Kan dah kena"

"Alah, bergurau sikit pun tak boleh. Nanti kalau abang dah tiada, kau juga yang menangis tak berlagu, rindu nak kena buli dengan abang, kan?" usik Luthfi yang masih meredakan sakit di tangannya.

Huna selamba beralih wajahnya ke depan terus berjalan untuk pulang.

Luthfi menggosok laju kepala bertudung Huna dengan tapak tangan terbuka sinis, "Manja betul sayang abang ni!"

Senyuman manis abangnya yang kadang-kadang menjengkelkan selalu menghenyak fikiran Huna ketika di Australia.

"Huna!" panggil Julia dengan nada bisik di dewan graduasi. "Huna Haryani!" dicuba sekali lagi dengan nada yang lebih kuat. "Huna Haryani binti Aziz!!!" marah Julia menggegar gegendang telinga Huna sentap.

"Ah! Haah! Kenapa Julia?"

"Nama kau sekarang. Pergi cepat ambil sijil dekat atas pentas. Cepat!" gesa Julia dengan tolakan perlahan ke belakang badan Huna.

Huna bangun berdiri dari kerusinya, bergerak ke pentas sambil membetulkan tudungnya dengan kedua-dua belah tangan, mengusap pipinya yang merah padam kerana malu.

Selesai ambil sijil, Huna terus duduk di kerusi asalnya. Dia melihat Julia bangun untuk mengambil sijil kemudiannya. Huna menarik nafas lega namun gusar dengan gambar ambil sijil tadi. Risau diejek abang, muka bulat seperti epal. Sedar tak sedar, Julia dah pun duduk di kerusi asalnya, di sebelah Huna dengan pandangan tajam.

"Woi! Mengigau lagi lah tu. Tadi dekat bilik mengigau, dalam kereta mengigau, nak ambil sijil pun berkhayal entah ke mana. Kau ada masalah ke?" bimbang Julia dengan nada runsing.

Huna hanya tersenyum kepada Julia menandakan dia baik-baik sahaja. Dia sering teringat akan abang kesayangannya sejak kebelakangan ini. Tapi dihiraukan igauannya kerana dia bakal pulang ke rumah tidak lama lagi. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Esok dia akan bertemu dengan abangnya. Mesti abangnya bangga kerana mempunyai adik yang pandai seperti Huna. Jika ibu bapanya masih hidup, pasti mereka akan turut gembira. Mak Long dan Pak Long mesti dah beli bahan mentah nak masak lauk ikan bilis masak tempoyak kegemarannya. Maklumlah, anak buah kesayangan. 

BUNGA KESIDANG SI BISUWhere stories live. Discover now