BAB 4: TEMU DUGA

23 2 0
                                    

BAB 4: TEMU DUGA

PERSEDIAAN untuk temu duga selesai dihadapi dengan pertolongan Awani dan diari ungu Amalina. Selama dua bulan mereka cuba memperbaiki diri mengikut kriteria calon terbaik pembantu rumah rumah agam. Bulan Disember sudah sampai ke penghujungnya. Pengambilan pembantu rumah agam bakal berlangsung satu hari lagi. Huna dan Luthfi sedang berada di rumah Mak Long dan Pak Long. Awani juga turut bersama di rumahnya. Maklumlah, orang peramah senang dapat kawan. Bergurau sikit terus rapat. Awani membantu Huna mempersiapkan diri dengan segala tip dan segala pengetahuannya tentang rumah agam yang perlu Huna tahu walaupun pada awalnya dia malas nak beritahu. Namun, Huna masih ragu-ragu untuk menunjukkan surat bantuan dari Amalina kerana teringat akan pesanan Adam,

" Jangan mudah percaya seseorang."

Pintu bilik Huna dibuka perlahan oleh Mak Long. Dipandang wajah Huna kerisauan.

" Mak Long..." sebut Huna selepas melihat Mak Longnya masuk ke biliknya.

" Huna... Boleh Mak Long nak cakap sikit dengan Huna?"

Huna yang sedang bersimpuh d atas katil tergagap sebentar dan menutur sopan, " Boleh Mak Long." Huna menolak siku Awani dengan sikunya berbisik, " Kak Wani, boleh tak Kak Wani keluar kejap? Huna nak cakap sikit dengan Mak Long."

" Oh!" Awani menoleh ke arah Mak Long dan berpaling semula ke Huna, " baiklah." Berjalan keluar Awani dengan sopan melepasi Mak Long.

Mak Long menutup pintu bilik Huna. Bergeraknya perlahan mengelilingi bilik Huna. Gambar-gambar di dinding bilik banyak mengimbau kehidupan anak saudaranya dari kecil hingga besar. Lalu dia terhenti pada gambar graduasi Huna di Australia.

" Ni gambar baru ya, Huna?" tanya Mak Long sambil menoleh ke arah Huna di katil.

" Haah. Huna baru saja gantung bulan lepas," jawab Huna pertanyaan Mak Long yang kemudian berkata,

" Dan cepat Huna nak pergi meninggalkan Mak Long."

Huna mendengar rintihan Mak Long lalu bergerak memeluk Mak Long dari belakang. Mak Long menyentuh tangan Huna lalu digenggam erat lengan Huna.

" Walaupun dekat Huna pergi bekerja, tapi Mak Long masih tak dapat berjumpa dengan Huna setahun lamanya."

" Maafkan Huna kalau buat Mak Long risau. Tapi Mak Long jangan risau setahu sahaja Huna kerja di hujung kampung tu. Lepas tu Huna akan kerja di bandar dekat dengan kampung kita ni. Boleh lah Huna ulang-alik dari sini."

Mak Long pusing badannya tentang Huna. Mak Long memegang bahu Huna seraya berkata, " Mak Long tak risau malah bangga dengan Huna. Ummi dan abah pasti bangga dengan Huna jika mereka masih ada."

Huna memeluk erat Mak Long sehingga terjatuhnya titsan kasih sayang Mak Long yang telah menaruh rindu dari Huna selama empat tahun namun kerinduannya bakal menemani sekali lagi dengan pekerjaan Huna.

Mak Long melepaskan dakapan dan mengesat air mata Huna.

" Oh, Mak Long tanya Lupi tadi 'pukul berapa nak pergi temu duga tu?' Dia cakap pukul 6.30 pagi. Main-main pula dia," ujar Mak yang menganggap Luthfi hanya bergurau.

" Eh, betullah tu Mak Long."

" Yakah? Kenapa pergi awal sangat?" tanya Mak Long aneh.

Huna mengukir senyum licik seraya berkata kepada Mak Long, " Tak ada apa lah Mak Long. Yang penting Mak Long doakan kami lulus temu duga tu nanti."

BUNGA KESIDANG SI BISUWhere stories live. Discover now