BAB 1: MEMORI SILAM

17 2 0
                                    

BAB 1: MEMORI SILAM

HUNA merenung ke luar jendela kapal terbang, menanti waktu mendaratnya di Malaysia. Perasaan terujanya makin membuak liar seperti ada orang yang sedar bermain gendang di perutnya. Julia melihat Huna dengan wajah terkebil-kebil seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Huna."

"Ya? Dah sampai ke?" jawab Huna dengan mata bulatnya merenung besar ke mata Julia.

"Eh, tak. Belum sampai lagi." Sahut Julia dan membisu sebentar. " Huna, aku nak cakap sesuatu ni. Kau jangan marah tau."

Kening Huna mula cengkung kehairanan.

" Sebenarnya, nanti aku tak turun di Malaysia. Aku turun di Amerika Syarikat."

"Hah!" gertak Huna di tempat duduknya. "Kenapa pula kau turun kat sana! Kau melancong tak bagi tahu aku ea?" rajuk Huna dengan kata-kata Julia.

"Bukan Huna. Mak ayah aku dah pindah sana. Aku mungkin tak balik Malaysia dah. Lagipun, nenek dan atuk aku yang masih hidup dua-dua ada kat sana. Sebab itulah ayah aku buat keputusan untuk tinggal kat sana."

"Hmm..." toleh Huna ke wajah Julia, "Kenapa kau tak cakap kat aku awal-awal. Nanti aku tak bolehlah nak jumpa kau lagi. Aku ingat nak cari kerja dengan kau, buat ni ke ape ke? Tak pun aku boleh buat kejutan ke apa ke," bengang Huna dengan Julia.

Dengan perlahan, Julia mencapai tangannya ke dalam beg tangan, lalu mengeluarkan sebuah kotak aksesori, "Jeng,jeng,jeng! Sebab tu aku belikan kau hadiah, tanda maaf aku dekat kau. Maaf sangat." Pujuk Julia dengan mengajuk wajah comel seperti kucing dalam filem animasi Puss In Boots. "Nah, ambillah, ambillah!"

Wajah Huna dengan bibir masam langsung senyum mencapai hadiah tersebut, " Yelah. Nasib baik ada hadiah. Kalau tak, aku campak kau dari tingkap kapal terbang ni." Ugut manja Huna kepada Julia. Huna membuka kotak aksesori tersebut dan melihat gelang tangan dengan simbol bunga yang sepertinya pernah dia lihat. " Wah, cantiknya gelang ni Julia! Cantik sangat bunga ni. Aku rasa aku pernah nampak bunga ni, tapi dekat mana ya?" tanya Huna sambil menoleh ke arah Julia.

"Hmm... Lupalah tu. Ni namanya bunga Kesidang."

"Bunga apa?"

"Bunga Kesidang! Kau jangan nak tanya aku banyak kali pula. Nak tiru iklan raya lah tu." Julia menggumam rendah sehingga terlihat giginya penuh mengetap. " Bunga ni ialah bunga yang kau dapat dulu. Alaaa, mak cik yang datang ke kubu rahsia kita kat ladang getah dulu. Ingat tak?"

Huna cuba mengingati peristiwa lama antara dia dan Julia. Jeritan aneh tiba-tiba terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Wowowowowow!" jerit seorang budak lelaki yang memeluk sebatang kayu dua inci, cuba menakutkan anjing liar di dalam ladang getah. Di belakangnya, seorang wanita cantik bertudung mengejar bersama, menjinjing sebakul bunga pelbagai jenis. Anjing liar tersebut tersentak dan terus lari dari pandangan. Wanita tersebut ketawa perlahan dengan nafas kepenatan.

"Kamu berdua okay kan?" tanya Mak cik tersebut kepada Julia dan Huna yang sedang terduduk jatuh di atas tanah. "Tak apa. Anjing tadi dah lari dah. Mak cik halau tadi. Bangunlah. Jangan risau, mak cik bukan orang jahat. Tengok ni, mak cik ada bunga. Semua cantik-cantik," ujar mak cik tersebut.

Julia dan Huna bangun, berdiri kemudian menepuk-nepuk seluar mereka yang kotor kerana jatuh di atas tanah tadi. "Terima kasih mak cik sebab tolong kami. Terima kasih juga kat anak mak cik," kata Julia.

BUNGA KESIDANG SI BISUWhere stories live. Discover now