BAB 2: SURAT

17 1 0
                                    

BAB 2: SURAT

PERASAANNYA semakin berkobar untuk berjumpa dengan Pak Long dan Mak Longnya. Kereta yang dinaikinya melalui lorong kecil memasuki kawasan kejiranan rumah dekat dengan rumah Mak Long dan Pak Long. Dia melihat adik-adik Amalina sedang gembira bermain di halaman rumah Amalina di waktu petang semasa perjalanan ke rumah.

Amalina yang tua dua tahun daripadanya; sama umur dengan Luthfi ialah rakan dan kakak yang sering menasihatinya dengan ayat-ayat puitis.

"Eii, geramnya aku tengok muka comel adik kau ni Luthfi. Nak picit-picit saja pipi dia ni," mengomel Amalina bila berjumpa dengan Huna buat kali pertama di pangkin dekat rumah Pak Long.

"Ni adik aku, Huna Haryani binti Aziz." Perkenal Luthfi, Huna kepada rakannya; Zulaika, Adam, Amalina, di rumahnya.

Huna yang masih malu-malu menyampuk perlahan melambai, " Hai, nama saya Huna Haryani. Umur saya enam tahun."

Amalina yang bersimpuh lantas melutut di hadapan Huna sambut, "Hai Huna Haryani, nama akak Amalina. Panggil Melin saja. Tak yah akak-akak tau," ujar Amalina ceria kepada Huna. " Melin rasa nak panggil Huna Haryani ni, Yani lah. Nanti Melin akan sentiasa diingat oleh Yani sebab Melin satu-satunya kawan Yani yang panggil Yani, Yani! Apa aku cakap ni? Ah, pening aku jadinya. Haha." Mulut murai Amalina secara tak sengaja muncul. "Jom main sekali Yani!" ajaknya bermain batu seremban di pangkin rumah.

"Huna tak pandai main batu seremban"

"Tak apa, Melin boleh ajarkan." Kata Amalina seraya menarik tangan Huna terduduk di atas kayu pangkin binaan Pak Long.

Huna sangat gembira bermain bersama Amalina, Zulaika di atas pangkin. Dan selepas dia masuk tadika, dia mula mengenali Julia yang selepas itu diajak main bersama di pangkin rumahnya walaupun rumah Julia sebenarnya agak jauh.

"Julia, petang ini kau datang tak rumah aku?" tanya Huna ketika berlenggang bersama Julia di jalan untuk pulang ke rumah.

"Huna, mak aku selalu marah aku sebab selalu pulang lambat. Mak aku cakap kalau balik lewat lagi, dia tak bagi aku naik basikal lagi," mengeluh Julia runsing.

Kebetulan pula mereka sedang melalui ladang getah atuk Julia yang jaraknya sama dekat antara rumah Julia dan Huna. Julia terfikir satu idea. Dia memandang Huna riak teruja,

"Huna, apa kata lepas ni kita main dekat pondok atuk aku?"

"Pondok atuk kau... dekat rumah kau ke?"

"Bukan, bukan," menggeleng Julia lalu mengerakkan mulutnya menunjukkan pondok di ladang getah, " tu, tu..."

Huna menoleh ke arah tempat yang ditunjukkan Julia dan ternampak sebuah pondok kecil bertutup, berpintu dan mempunyai serambi kayu yang sudah usang. Dia menggerak-gerak bibirnya tersenyum, tanda setuju dengan idea Julia.

Sejak dari itu, setiap petang mereka bermain bersama di pondok ladang getah yang tak lagi diusahakan.

"Dah sampai!" sebut Luthfi lega mematikan enjin kereta kemudian memandang Huna, "Jom! Pak Long Mak Long dah tunggu tu." Ujar Luthfi sambil menepuk bahu Huna yang sedang duduk berkhayal, lalu keluar membuka bonet kereta.

Huna melihat ke hadapan, melihat Mak Long dan Pak Long dah tunggu terus dibuka pintu kereta keluar lantas mendakap Mak Long.

"Wah, rindunya Mak Long. Mak Long sihat?"

Mak Long yang mula ketawa, " Sihat saja kat kampung ni. Ladang atuk Julia yang Pak Long beli tu pun dah ada orang yang tolong jaga. Tak ada sangatlah masalah wang."

BUNGA KESIDANG SI BISUWhere stories live. Discover now