BAB 3: RUMAH AGAM

15 2 0
                                    

BAB 3: RUMAH AGAM

LAMAN sesawang di internet tak banyak maklumat tentang rumah agam tersebut. Ketika Huna mencari kata kunci Dato' Haji Ahmad Safih, ialah seorang ahli korporat dalam bisnes pembekal terbesar di Malaysia. Beliau juga mempunyai anak syarikat kotraktor gred tinggi yang pakar dalam pelbagai jenis projek. Namun, beliau telah meninggal dunia akibat kemurungan dan kanser otak. Pewaris syarikatnya sekarang ialah Dato' Saiful Abid bin Mahmadi, anak tirinya.

" Hmm, kenapa anak kandung dia tak mewarisi syarikat dia?" tanya Huna di dalam hati.

Lalu dia taip: anak kandung Dato' Haji Ahmad Safih.

" Oh, Am Shufandi bin Dato' Ahmad Safih. Hmm..." Huna terdiam sebentar melihat biodata anak kandung Dato' Safih lalu membaca sekali lagi. " mengalami masalah percakapan; bisu sejak kecil tapi masih boleh mendengar dan memahami seperti biasa. Bahkan anaknya pernah memenangi banyak anugerah pelajar istimewa cemerlang semasa zaman persekolahan." Baca Huna artikel biografi tersebut.

Kemudian dia mengezum masuk gambar Am Shufandi, jantungnya berdegup secara tiba-tiba, air matanya mengalir tanpa sedar. Perasaan aneh yang dia sendiri tidak faham berlaku secara spontan dan tanpa kehendaknya. "Kenapa aku macam ni?"

" Nah cekodok! Abang bawa air milo lagi abang bancuh tadi," ucap Luthfi selepas menolak pintu masuk ke bilik Huna. Dia melihat air mata jatuh dari mata Huna. Dia menpercepatkan kakinya ke arah Huna, " Kenapa ni Huna? Jangan kata kena rasuk. Argh! Macam mana ni? Aku kena baca doa. Okay. Baca doa Luthfi." Ke hulu hilir Luthfi dalam bilik Huna.

Huna membiarkan pipi basahnya, membuat wajah seram cuba menakutkan abangnya, "Woi!" sergah Huna dengan suara garau.

Terbang darah Luthfi melompat di depan Huna.

" Haaaaaa...... haahaa." Terbahak-bahak Huna gelak melihat abangnya terkesiap.

" Kenapa pula dia gelak ni. Jangan masuk dalam badan saya. Maafkan saya," pinta Luthfi dengan tangan memohon.

" Hei abang. Huna tak apa-apa lah. Abang ni memang dari dulu takut benda macam ni kan? Harap saja kerja ladang, tapi takut hantu."

Meniup nafas lega, Luthfi bangun dengan muka selenga menafikan fakta adiknya, " Mana ada abang takut. Abang tahu Huna berlakon. Tu abang berlakon pura-pura takut."

" Eleh, dulu kak Ika dan kak Melin pakai telekung takutkan abang masa balik mengaji, melompat abang pergi peluk abang Adam. Eleh."

Luthfi yang malu cuba mengalih tajuk, " Huna tengok gambar siapa sampai menangis tu? Drama betul!"

" Huna pun tak tahu kenapa Huna menangis. Huna rasa macam pernah jumpa muka iras-iras dia masa kecil. Tapi Huna tak rasa yang Huna jumpa dulu tu bisu!" Jelas Huna kepada abangnya.

" Bisu? Tak pernah pula abang jumpa budak bisu kat kampung kita. Gambar orang yang Huna tengok tu bisu ke?" tanya Luthfi dan sambung, " mungkin sebab Huna kesian dekat dia. Mana tahu? Hati muka epal ni suci dan murni, kan?"

Huna melayan saja abangnya dan merenung semula gambar Am Shufandi. " Mungkin ke?" fikir Huna dan cuba mengimbas kembali peristiwa dengan lelaki iras-iras muka Am Shufandi sewaktu dia kecil.

HUNA mengayuh basikalnya laju menuju ke ladang sebab tertinggal buku latihan sekolah di pondok. Hujan renyai bertukar lebat secara mendadak. Huna yang sedang membawa laju ditiup angin kuat dilibas air hujan jatuh tumbang ke jalan.

"Aduh!" keluh Huna yang terbaring bersama basikalnya. Bajunya basah dek hujan yang semakin lebat. Sedang dia leka menahan sakit, air yang menyiram Huna dihalang daun payung yang berlinang nipis seperti ditarik kuat dari pokoknya yang renek. Huna mula sedar mendongak ke atas dan dia fikir abangnya yang datang memayungi, namun bukan. Budak lelaki yang ceria mengukir senyum manis ke arahnya.

BUNGA KESIDANG SI BISUWhere stories live. Discover now