Semua ejen dah berkumpul di dewan.Ejen leon memulakan bicaranya.
''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang.Tapi....kamu Ali.Kamu banyak membuatkan kecuaian.Tidak mengikut arahan dan tidak berkejasama dalam kumpulan.Sya mahu kamu banyak berlatih faham?!''balas ejen leon dengan tegas.
''Err..faham ejen leon.''ali hanya berkata sambil menundukkan mukanya.
''Bagus,sekarang kamu semua boleh bersurai.''
Semua ejen berlalu diikuti ali dan alicia dibelakang.
''Kan aku dah kata,ikut arahan tadi.Kenapa kau susah nak faham sangat?!''Jawab alicia marah lalu pergi.
Ali bersalah.Dia berjalan tidak tengok depan sampai terlanggar seseorang.
''Bukk!''Ali terjatuh duduk sambil memegang kepalanya.
''Adoi..sst''
''Kau buta ey?!Jalan tu pakai mata bukan pakai lutut macam kau buat dekat misi tadi!!ujar Rudy dengan geram.Yelah..ni kali pertama dia gagal misi macam tu.
''Aku...minta maaf''balas ali sambil menundukkan muka.
''Ceh.Minta maaf konon.Dahla lemah.Ada hati nak pakai iris?!''ujar Rudy dengan sinis.
Ali tidak dapat bertahan dengan kata-kata si mamat landak tu lagi.Hatinya terguris.Dia berlari pergi sambil mengesat air matanya.
''Uwa...nak mama nak mama!!Hahahahhah!!''Jet mengejek ali.Chris pun ketawa sekali.
''Korang ni tak baik buat dia macam tu.Kesian dia.''Jawab moon dengan geram.
''La betullah...dia tu dahla lemah.Sikit2 nangis.''balas chris.Jet hanya mengganguk setuju.
Rudy terkejut mendengar kata-kata chris.Takkanlah ali menangis sebab kata-kata dia..
Ali menangis?...
''Eyy dia ni--''Moon mula rasa hilang sabar terhadap chris dan jet itu.Ada saja nak menjawabnya.
''Dahlatu moon..biarkan diorang tu''jawab iman dengan lembut.
Chris dan Jet menjelirkan lidah.Moon menahan geram.Ikutkan hati nak je dia kasi makan selipar tandasnya.Tapi sabar jelah..
Ejen geetha pergi ke ejen2 muda.Semua ejen mula senyap.
''Apa yang bising-bising tadi?''ujar ejen geetha.
''chris,jet dengan rudy ni ha..Diorang ejek Ali.Kesian dia.''Jawab moon sambil memandang tajam ke arah tiga ekor tu.
Ejen geetha hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai ejen mudanya itu.
''Baiklah kamu semua,korang boleh balik.''ujar ejen geetha lalu pergi.
Diorang balik rumah masing-masing termasuklah ali dan alicia.Ali berjalan sayu apabila balik kerumahnya.Dia membuka pintu.Kosong...
Ayah tak balik lagi ...-getus ali
Ali mengangkat kakinya masuk naik atas bilik.Dia meletakkan begnya lalu pergi ke bilik air.Seusai mandi dan tukar baju,dia merebahkan badannya ke atas katil.
''Ceh.Minta maaf konon.Dahla lemah ada hati nak pakai iris?!''
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya.Dia dah minta maaf tapi takyah ucap sampai macam tu sekali?.Ali mahu tenangkan fikirannya dengan tidur.Lalu matanya terlelap.
Keesokan harinya...
Ali bangun dari tidurnya.Kadang-kadang ayahnya kejutkan dia.Hari ni tak pula.
YOU ARE READING
RuLi Story Love ♣️♥️
RomanceAli bin Ghazali...budak lelaki yang merasa depressed,stress dan angst.Disebabkan dia dipandang remeh oleh kawan-kawannya juga begitu kepada MATA ACADEMY... Mengisahkan Ali menjejakkan pertama kali kaki ke MATA.Di sana,Rudy dan gengnya selalu mencari...