9

1K 50 0
                                    

Chocos are sweet,
Spourts are bitter,
You got me feeling,
Happy And Better!!
***********************************

''Sorry lambat!''

''Huff..huff..ugh''tercungap-cungap Ali mengambil nafasnya di depan pintu masuk akademi.Semua ejen memandangnya termasuklah general Rama.

Ali pergi ke arah tepi Alicia.Alicia mahu menegurnya tetapi dipotong oleh a.k.a ayah kesayangannya.

''Dey!Apasal lambat?!''Ujar general Rama dengan tegas.Ali menggarukan belakang tengkuknya lalu menjawab.

''Jalan sesak tadi..hehe''

General Rama mengecilkan matanya terhadap Ali.Ali meneguk aliur kesat.Dah kenapa general ni?

''Hm..baik saya percayakan kamu.Lepasni jangan buat lagi''Tegur general.Ali menggangukkan kepalanya.

General Rama membukakan bicaranya''Baik semua dah adakan?!''

''Sudah general!''ucap mereka semua serentak.

''Kita boleh bertolak sekarang.Saya nak kamu semua sudah siap sedia ada rancangan untuk tangkap Yero nanti.Pasal kelengkapan barang dekat sana jangan risau.Ejen Karya,Ejen Bakar dan Ejen Leon akan mengawasai dan menolong kamu.Dan kamu Ali..''

General bermisai comel memandang ke arah Ali.Ali mengangkat keningnya menandakan(apa).

''Saya harap kamu buat terbaik di atas pentas nanti''hanya pendek sahaja ayat,membuatkan Ali menundukkan mukanya.Dia pun tidak yakin terhadap diri sendiri.Macam mana dia nak hadap?

''B-baik general..saya cuba yang terbaik''kata Ali dengan nada perlahan tetapi dapat didengari oleh general.

General mengganguk bahawa yakin terhadap Ali.''Itu sahaja.Kalau tak faham kamu boleh tanya ejen mentor dekat sana.Pastikan rancangan berjaya.BERTINDAK SEGERA!!''

SUP!

Hologram berbunyi menandakan telah tutup.Mulalah ejen-ejen muda mengikut Ejen leon memasuki bas.

Bas mereka bukan kaleng-kaleng..siap ada aicon lagi.Dan mempunyai 2 tingkat.Tingkat bawah untuk ejen muda duduk dan tingkat atas khas untuk ejen mentor.Ditambahkan pula dengan tv dan mempunyai banyak cerita movie.Bas peribadi MATA kot.Memang lengkap la nak dikatan!

Ejen-ejen muda berebut-rebut ingin meletakkan beg mereka dalam bonet terlebih dahulu.Ada yang bertolak-tolak seperti Jet dan Moon.

''Ish sanalah!Aku yang datang dulu!''

''Kau tu yang sana anak bulan!Tak nampak aku jejak dulu dekat sini?''

''Oups ouh iye ey?Tak nampak pula aku..maklumlah pakai kasut acah-acah tinggi''

Deg!

Pedas sungguh kata-kata Moon.Mereka berdua mula bertengkar membuatkan yang lain hanya berersweatdrop.

Ejen Leon yang tidak tahan dengan pertengkaran tersebut terus mengetuk kedua kepala Moon dan jet.Tidak perlahan dan tidak kuat.Barulah mereka berdua diam dengan mulut dimancungkan.

''Sudah bergaduhnya!Kamu jet biar Moon letak dulu begnya.Lelaki mesti mengalah dengan perempuan!''

Jet memasamkan mukanya.Moon senyum kemenangan.Bergilir-gilir ejen-ejen muda itu meletakkan beg mereka.Tiba masanya giliran Rudy,dia meletakkan begnya di alam bonet.

RuLi Story Love ♣️♥️Where stories live. Discover now