22

942 48 12
                                    

BBBBBAAAAANNNNNGGGGGG!!!

''H-huh?''

Asap-asap kuat bertiupan seperti berada di puting beliung.Rudy menghala tanggnnya ke muka bagi hendak tengok apa yang terjadi.Yero menahan kakinya supaya tidak terpelanting jauh kebelakang.

Yero merasa seperti ada orang di depannya yang menahannya daripada menembak landak inviso tadi.Sebab tulah angin tiup kencang?

''Ughhhh...a-apakah...''

Rudy menilik sedikit orang yang berada di depannya.

Ali?

Ali sedang mempertahankan Rudy dengan mempusingkan yoyonya dengan laju.Tetapi kalau letupan bazuka tu kuat,...macam mana Ali boleh tahan yoyonya itu daripada musnah?

''A-ali?''

Ribut di dalam dewan semakin hilang.Hanya tinggal asap sahaja yang memenuhi dewan itu.

Yero merasa cuak dan geram.Siapa yang berani halang dia daripada membunuh landak ni???

''Hehehehe....''

Gulp

Yero mula merasa takut.Suara yang berada di depannya serak-serak basah.Siap boleh gelak lagi.

Semakin lama asap tu semakin hilang,Yero cuba melihat orang yang berada di depannya.Dia mula kaku.Peluh mula basah dahi.

Ali...mata sebelah dia berwarna merah.Matanya juga tiada kilauan langsung.Emontionless tetapi boleh senyum dengan senyuman lebar.

''Ali..k-kau..''

Rudy tidak tau sangat apa yang jadi.Dia hanya dapat melihat Ali dari belakang.Yang dia pelik,kenapa muka Yero menunjukkan rasa cuak dan takut.

Ali melepaskan yoyonya lalu membaling ke arah Yero dengan laju seperti kilat.Akibat kelajuan Ali membaling yoyonya,Yero terpelanting kebelakang dewan dengan kuat.Hentakan di kepalanya membuatkan Yero merasa pening.Darah keluar dari melutnya juga.

Tup..tup..tup...

Rudy merasa ada sesuatu yang jatuh atas kepalanya.Apabila Rudy memegang kepalanya,lalu dia tengok

Tompokan darah.

Rudy mendongak ke atas.Kepala belakang Ali basah dengan darah yang boleh dikatakan banyak la juga.
Rudy ingin menegur Ali tetapi Ali mula berjalan perlahan-lahan ke arah Yero yang berada di hujung dewan.

Yero terduduk.Dia bangun cuba mengimbangkan dirinya supaya berdiri.Dia dapat melihat sedikit yang bayangan Ali sedang datang kepadanya...dengan seram...

Rupa Ali kini matan kirinya tertutup dan darah mengalir membuatkan sebelah muka kiri Ali mengalir darah.

''Akhirnya dapat keluar juga..''

Rudy terkejut dengan suara Ali.Walaupun tak jelas,tetapi masih dengar suara yang serak basah tu.

''Rudy..''

Rudy memandang gerangan yang memanggilnya.

''Moon?''

Moon berlari ke arahnya.

''Kau tak cedera Moon?''soal Rudy yang mula bangun apabila Moon yang tolong memapahnya.

''Aku adalah cedera sikit.Tapi tak banyak macam korang semua.Wei,..kau tau tak apa jadi dekat Ali tu?''Moon mula soal lalu menghala jarinya ke arah Ali yang sedang berjalan ke arah Yero.

''....entah.Tapi kita kena tolong dia!''Rudy ingin berjalan tetapi dibantah oleh Moon.

''Kau tu cedera parah!Duduk je situ.Aku dah minta bagi amaran kecemasan tadi dekat MATA.Sekejap lagi diorang datanglah''

RuLi Story Love ♣️♥️Where stories live. Discover now