Part 4

26 3 3
                                    

KRINGGGGGG!!!!!!!!!!!!! KRINGGGGGGG
Jam loceng menunjukkan pukul 6:10pagi tetapi Eva masih lagi lena dibuai mimpi di atas tilam empuk miliknya , almaklumlah tertidur lewat akibat menonton drama korea.

"hishh bising betul lah jam ni , jangan sampai aku hempas " marahnya kerana lena nya diganggu oleh sebuah jam loceng

"EVAAAAA ROSE! TAK BANGUN BANGUN LAGI KE?!! DAH NAK PUKUL 7 NI!!! KAU TU DAH LA SIAP LAMBAT , TERHEGEH HEGEH"jerit puan Zara sekuat hati

"alamak isteri singa dah mengamuk"kata Eva bersendirian lalu terus melompat dari katil dan terus bergegas ke kamar mandi

-----------------------------
"dah tak sempat nak breakfast dah  Eva"kata Encik Zalif yang berada di muka pintu kepada Eva yang baru sahaja ingin menyedok mihun goreng singapura yang dimasak oleh ibunya

" tulah lain kali bangun awal kalau nak sarapan" cadang Puan Zara lalu menghirup kopi panas yang berbaki di dalam cawan . Eva hanya berdiam diri dan tersengih sengih seperti kerang busuk

"Tak apalah eva makan dekat sekolah aje lah" Kata Eva lalu menyalami ibunya dan lantas menggalas beg sekolah Nike nya
———————————
"Aik Eva?? lewat datang harini? kenapa?" soal Erika

"Hehehe malam tadi aku tidur lewat tengok drama korea yang kau suggest tu" kata Eva

"Hish kau ni dah tahu harini sekolah apahal tidur lewat , kan dah lambat datang! Lain kali hari cuti jelah tengok"kata Erika bersama ceramah yang agak panjang

"Dah la eri , penat lah asyik kena ceramah je , dekat rumah kena , dekat sekolah pun sama" rungut Eva

"Ha tulah jawapan nya , malas aku nak nasihat kau lagi lepas ini"kata Erika

"Dah la belajar lah" Kata Eva lalu merenung ke arah buku fizik nya

———————————-
KRINGGGGGGGG!!!
loceng berbunyi menandakan tibanya waktu rehat bagi murid tingkatan 4&5 , Erika dan Eva cepat-cepat mengemas peralatan tulis dan buku-buku yang berselerak di atas meja.

"Eva , kau pergi kantin seorang dulu boleh? Aku nak beli barang sikit dekat koperasi  " kata Erika manakala Eva hanya mengangguk faham dan berlalu pergi ke kantin seorang diri

———————————

"nak makan ape eh"monolog Eva yang rambang mata dengan makanan yang banyak terhidang

"Acik! Nasi lemak telur mata satu" kata Eva lalu menyeluk tangannya ke dalam poket .

"Aikk? mana purse aku ni"soalnya di dalam hati

"Ni dik makanannya"kata Acik kantin sambil menghulurkan sepinggan nasi lemak yang kelihatan sangat mengiurkan

"Err takpelah acik , cancel , duit saya tercicir lah" kata Eva serba salah

"Takpe aku belanja" secara Tiba tiba ada suara maskulin yang mencelah diantara percakapan nya dan acik kantin , Eva menoleh dan sedikit terkejut apabila kelihatan pemilik suara maskulin tersebut adalah lelaki yang menggelarkan dia "girlfriend" nya itu

"its okay, tak payah , terima kasih"kata Eva , sopan dan terus berlalu pergi

"Jap tunggu dulu" sekali lagi suara maskulin itu kedengaran di ruang telinganya

"Awak nak apa lagi?"soal Eva

"Aku belikan kau nasi lemak ni untuk tanda terima kasih" Kata lelaki pemilik suara maskulin tersebut

"untuk apa?" kata Eva

"Untuk semalam, kau kan ada tolong aku jadi "fake girlfriend" aku? By the way , aku Emir , Emir Sirhan , kau? "kata lelaki itu

"Ohh pasal tu , tolong jangan buat lagi benda mengarut macam tu! Kalau ayah saya nampak mati awak dia kerja kan tahu!"Kata Eva sedikit tegas

"Aku kan tanya nama kau" Kata Emir mengulangi soalannya tadi

"Nama saya Eva Rose" kata eva

"Ohh nah nasi lemak kau"kata Emir sambil menghulurkan nasi lemak

"Hmm tak apa lah awak , terima kasih"Kata eva lalu  memberikan senyum tipis

"Ambik jelah , aku tahu kau lapar"kata Emir lalu menghulurkan lagi nasi lemak tersebut

"If you insist, why not, thank you bayarkan nanti saya ganti balik duit awak"kata Eva

"Tak payah la lagipun kan kau dah tolong aku"kata Emir lalu memberikan satu senyuman nipis . Eva hanya berdiri kaku apabila melihat senyuman sang jejaka kacak itu. Tanpa sedar dia telah terbuai dengan senyuman Emir , lalu Emir melambai lambai wajah Eva berkali kali untuk menyedarkan dia daripada "mimpi" tersebut.

"Kau ok tak ni? Apahal termenung pula?" kata Emir

"Hah?? Takde apa apa lah , saya pergi dulu , terima kasih belanja nasi lemak , bye" kata Eva lalu memusingkan tubuh nya ke belakang

BUSHHHHHHH.!!!!

Dengan sekelip mata , baju Eva dikotori dengan tumpahan sambal nasi lemak , Eva terkejut , Siapakah gerangan yang menolak pinggan nya sehingga terkena baju uniform sekolah nya , Eva mengangkat wajah nya ,

"APA YOU BUAT NI??????!!!!" jerit Emir

to be continueeeee ❤️❤️❤️❤️❤️

HAHAHAHAHAHA so best tak? kalau belum best lagi tunggu lah beberapa episod lagi ya! thank you sebab baca! Dont forget to vote and follow my profile okay 🤍🤍
LOVE YOU READERSS 😘

I love you , mr crushWhere stories live. Discover now