Eva berjalan sedikit laju ketika memasuki perkarangan sekolah , takut-takut pula ada mamat sewel tu! Dia sudah bersedia untuk bersemuka dengan Emir , dan dia juga bertekad ingin menjelaskan semuanya kepada "Drama Queen" , siapa lagi kalau bukan Sahara, orang yang menolak pinggan nasi lemaknya sehingga menyebabkan bajunya kotor! Perempuan itu perlu tahu yang dia tiada sedikit pun rasa suka pada mamat sewel! . Sedang dia mengutuk "Drama Queen" itu , tiba-tiba....
BUSHHHHHHHH!!!!!!!!!!!
Dengan sekali simbahan , basah lencun baju uniform milik Eva, kemarahannya semakin meledak apabila dia terlihat wajah Sahara dan rakannya sedang mentertawakannya , Eva selangkah kehadapan, wajahnya memerah menandakan gunung berapi kesabaran telah meletus,
"Kau apahal?!" Pekik Eva sambil merenung tajam ke mata Sahara . Sahara hanya tersenyum sinis , dan berkata
"Hey perempuan jalang! Kau-"
PANGG!!
Belum sempat lagi Sahara ingin meneruskan ayat, tangan Eva sudahpun menghinggapi muka Sahara yang mulus itu.
"Sekarang kita dah nampak siapa lagi jalang kan?" Bisik Eva , sinis lalu berlalu pergi meninggalkan Sahara yang sedang mengelus lebam kesan tumbukan Eva tadi. Ramai orang yang menyaksikan adegan tersebut hanya terkejut melihat Sahara "Si Drama Queen" ditampar oleh Eva .
________________________________________________________
"Eva Rose kelas 5 sains dan Puteri Sahara kelas 5 sosial , diminta ke pejabat sekarang!" Panggilan daripada pembesar bunyi yang datang daripada pejabat bergema di sekitar sekolah.
Eva yang masih berkurung di dalam tandas hanya menangis semahu-mahunya. Dia malu! Di mana dia ingin meletakkan mukanya? bajunya lencun! Tiba-tiba pintu tandas terbuka, kelihatan Erika sedang berdiri sambil memegang baju uniform , dia terus berlari mendapatkan Eva dan memeluk Eva. Eva hanya menangis, geram dan sedih mengenangkan kejadian yang berlaku tadi dan mungkin dia akan dikenakan denda. Lalu Erika bersuara,
"Eva..aku ada dekat sini , untuk support kau, aku takkan hilang, Eva, aku sayang kau, ni aku ada bawakan baju , pergi tukar, nanti kau demam pula pakai baju basah ni."Pujuk Erika sambil menghulurkan baju spear kepada Eva. Eva hanya mengganguk lalu mengucapkan terima kasih kepada Erika.
__________________________________________________________
"Apa yang terjadi sebenarnya? Sahara? Eva? Tolong terangkan." Jerit pengetua , Puan Salbiah
"Maaf Puan , biar saya terangkan, saya pergi sekolah seperti biasa, apabila saya masuk sahaja perkarangan sekolah ini, niat saya, cita-cita saya adalah untuk belajar, untuk berjaya , capai impian dan matlamat saya. Tetapi, semua tu terganggu selepas Sahara ganggu saya, pagi tadi, saya disimbah sebaldi air, baju uniform sekolah saya basah lencun! Dan ya , saya marah, saya bertindak drastik untuk tampar dia, sebab saya geram sangat! saya--"Baru sahaja Eva ingin meneruskan kata-katanya , Sahara mula memintas
"OMG! That statement is probably wrong!! Miss! takkan i nak simbah dia kot? Nonsense!" Pekik Sahara sambil memeluk tubuhnya lalu menjeling tajam Eva
"Baiklah, kalau macam ni, sorang beritahu lain, sorang lagi lain, saya akan mendenda kedua-dua kamu! No excuses! Kamu berdua perlukan kaunseling, saya akan jadualkan sesi kaunseling KHAS untuk kamu berdua" Kata Puan Salbiah dan menekankan sedikit perkataan 'KHAS'
"HELLO!? I'm Puteri Sahara! You know who I am! and you want me to meet the counselor?? Are you kidding me?! i will ask my dad to sue this whole school for this!" Bantah Sahara lalu keluar dan menghempas pintu pejabat.
"Eva Rose, saya rasa kamu boleh masuk aje kelas kamu semula, We'll meet soon" Kata Puan Salbiah terduduk sambil mengurut pelipis kepalanya. Eva hanya mengangguk dan berlalu pergi kembali ke kelasnya, sedang dia berjalan tiba-tiba dia disapa oleh satu suara yang sangat dia kenali, siapa lagi kalau bukan si Mamat sewel, Emir Sirhan!
"Eva! wait!"
Eva terus melajukan langkahnya,perasaan marahnya membara-bara, disebabkan lelaki ini , macam-macam malapetaka yang hadir dalam hidupnya. Lengan Eva dirangkul oleh Emir, dengan pantas Eva menepis dan menolak Emir, Emir terdorong kebelakang
"Apa awak ni? Tak puas-puas lagi nak sakitkan hati saya?? Tolonglah! Saya manusia! Saya ada perasaan! Bagi awak mungkin semua ni mudah, jadikan saya "FAKE GIRLFRIEND" awak! Semua ni bodoh! Awak dengan Perempuan tu sama aje! Dua-dua sewel!!!" Kata Eva dan berlalu pergi dan berlari anak menaiki tangga .
Emir hanya tercengang dengan kata-kata Eva yang begitu mendalam, dan hatinya mulai wujud sebuah perasaan yang sukar untuk diluahkan, dia berasa bersalah atas perkara yang terjadi . Dia menyesal.....
TO BE CONTINUEEEE.............
HEY READERS! THANKS FOR READING THE PART9 , I HOPE YOU GUYS ENJOY IT,HEHEHE KORANG INGAT SAHARA TU BOLEH BERDIAM DIRI KE? DAH NAMA PUN PUTERI SAHARA, SESEORANG YANG TAKKAN MENGALAH! BTW APA PERASAAN EMIR YANG 'SUKAR DILUAHKAN' TU? DIA DAH MULA SUKAKAN EVA KE? KE DIA RASA KESIAN JE TERHADAP EVA? KALAU DIA SUKA EVA , EVA PULAK?? TERIMA KE EMIR? HMMM SOOOO KALAU KORANG NAK TAHU SELANJUTNYAA , KENALAH VOTE AND COMMENT BANYAK2! OKEY?? BYEEEEEEEEEE <3000
p/s ; btw sorry do semua part pendek2 , i want my story, short but precious and understandable, so i decided to tulis pendek2 je & kasi korang hadam sikit sikit okey! THANKSS
love,
-DDD

YOU ARE READING
I love you , mr crush
RomancePertemuan di antara Eva rose dan Emir sirhan di bus stop amat memalukan! Dia terpaksa mengaku Emir sebagai teman lelakinya! Dia tak menyukai lelaki itu ! apatah lagi berlakon menjadi "teman wanita"nya . Jika tidak dia akan diugut oleh Emir . Tetapi...