"Huh? Apa benda lah yang mamat ni merepek" omel Eva sambil tersenyum-senyum lalu meletakkan sampul surat itu di atas meja di sisi katilnya dan membuka lampu tidur.
————————————————————
Aku ingin membuka mataku , tetapi terasa sedikit berat, badanku kaku seperti di lilit dengan sesuatu yang ketat , tanganku bagaikan diikat dan aku tidak mampu bergerak, aku cuba untuk membuka mataku, aku berjaya , tetapi penglihatanku sedikit kabur dan aku terdengar suara maskulin yang menjerit memanggil namaku.Suara itu.....Sungguh familiar. Aku cuba mengerdipkan lagi mataku, tetapi tetap gagal untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilku. Ikatan yang tadinya ketat bagaikan cengkaman raksasa kini longgar dan aku kini berasa sungguh selesa , terasa seperti seseorang sedang memelukku dengan erat, aku mulai mendonggakkan kepalaku untuk melihat siapakah gerangannya. Tiba-tiba suatu bunyi telah menarik perhatianku.KRINGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!
"Haihhh mimpi rupanya! jam loceng ni pun satu hal! Baru aje nak tengok siapa yang jadi Prince Charming aku!" Marah Eva sendiri lalu menepis Comforter tebalnya ke tepi dan bergegas ke tandas untuk mandi.
————————————————-
Eva menyanyi kecil sambil menuruni tangga rumahnya , dan terserempak dengan adiknya, Eka"Aikk kak! awal hari ni? Selalunya mama yang kena gegar bilik kakak" Perli Eka
"Kau pun apa kurangnya, Mama juga yang kejut , tak payah nak sembanglah" Balas eva
Baru sahaja Eka ingin memulakan ayat Puan Zara sudah memotong
"Sudah, Sudah , Cuba kalau sehari tu tak bergaduh, tenang sikit dunia ni"Marah Puan Zara sambil menghirup teh panas
Mesti termimpikan boyfriend malam tadi sebab itu lah bangun awal" kata Eka sambil menjelir lidah lalu terus berlari ke meja makan
"Tak ada kena mengena okey" Kata Eva lalu menghempas punggungnya di atas kerusi
—————————————————
Ketika Eva sedang bersantai ditepi kolam ikan rumahnya , loceng rumahnya berbunyi. Eva mencapai tuala di sidaian lalu terus bergegas ke pagar rumahnya untuk melihat siapakah yang datang pada tengah hari buta ini.
"Hi Eva!" Kata seorang jejaka sambil menutup pintu kereta
"EMIRRR?!??!!" Pekik Eva lalu menutup semula pagar rumahnya
"Evaa!!! Kau janganlah risau , aku bukan pencuri pun, ni aku lah Emir Sirhan yang kau jumpa hari-hari dekat sekolah!"Kata Emir
"I know Emir, I KNOW! Why are you here? Macam mana awak tahu ni rumah saya?"Tanya Eva dengan nada tegas
"Wah wah banyak betul soalan, Ok aku datang sini untuk bagi kau ini" Kata Emir
"Apa tu?" Kata Eva di sebalik pagar
"Buka lah pagar ni , bukan aku nak merompak pun , Rumah aku lagi besar daripada rumah kau kot"Kata Emir bernada sedikit perli
"Ha? Apa yang awak nak bagi tu" Kata Eva lalu membuka pagar
"Nah" Kata Emir lalu memberikan sebuah kotak kepada Eva
"Aku balik dulu, Dont be shy, just text me" Kata Emir sambil menggoyangkan telefonnya lalu kembali menaiki kereta Mercedes-Benz C-class miliknya. Eva hanya tercengang disitu sambil merenung kotak berbentuk petak yang diberikan Emir tadi___________________________
"Apa benda lagi lah mamat ni"Kata eva lalu membuka kotak tersebut
"Hahhh?? Apa ni? Banyaknya!" Jerit Eva sambil matanya membulat , terkejut melihat kotak yang berisi alat solek berjenama M.A.C!
"Dia memang dah gila!" Kata Eva lalu mendail nombor Emir SirhanTuttt...Tutttt...
"Yes dear?"Kata Emir tenang sekali
"ASSALAMUALAIKUM, EH EMIR! AWAK INGAT SAYA NI APA? PEREMPUAN TAK ADA MARUAH? YANG AWAK BAGI HADIAH JE SAYA MAAFKAN AWAK? EY AWAK DENGAR NI BAIK BAIK YA, SAYA TAKKAN SUKA MAHUPUN BERKAWAN DENGAN AWAK! DISEBABKAN AWAK, SAYA DIMALUKAN DI KHALAYAK RAMAI , ORANG INGAT SAYA NI PERAMPAS KEKASIH ORANG! SUDAHLAH EMIR TOLONG STOP KACAU SAYA , STOP ANGGAP SAYA SEBAGAI SESIAPA PUN YANG AWAK IMPIKAN! SAYA MINTA MAAF , ESOK SAYA AKAN PULANGKAN SEMULA KOTAK HADIAH NI , TOLONG JUMPA SAYA DI DEWAN SELEPAS REHAT. ASSALAMUALAIKUM" Kata Eva lalu menamatkan perbualan di dalam telefon. dan menghempaskan badannya ke atas katil.
TO BE CONTINUEE................
SORRY FOR NOT UPDATING FOR SOOOO LONGGG! IM TOTALLY BUSY WITH ONLINE CLASSES, CHORES, PLUS IM NOT IN THE MOOD FOR WRITING THO , BUT NOW IM BACK! WITH ANOTHER CHAPTER! AND PROLLY WILL UPDATING MOREEEE IN THIS SHORT TIME BEING :) THANK YOU READERS 😍💓

ANDA SEDANG MEMBACA
I love you , mr crush
Storie d'amorePertemuan di antara Eva rose dan Emir sirhan di bus stop amat memalukan! Dia terpaksa mengaku Emir sebagai teman lelakinya! Dia tak menyukai lelaki itu ! apatah lagi berlakon menjadi "teman wanita"nya . Jika tidak dia akan diugut oleh Emir . Tetapi...